Flyers Urut Terapi Buang Angin

Thursday, August 13, 2015

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dah beberapa bulan dah saya masuk dalam bisnes urutan terapi buang angin dan alhamdulillah sentiasa ada pelanggan yang membuat temujanji samada mereka datang ke rumah saya ataupun saya ke rumah mereka... mula-mula buat flyers takde banyak maklumat tapi sekarang nie rasanya ada improve sikit kot...



 Itulah mula-mula sekali saya buat flyers, so takdelah cantik sangat pun dan takde seni pun... hehehe sebenarnya kat internet memang banyak software yang boleh buat flyers secara online tapi penyakit malas tue datang, so takdelah flyers yang cantik... 


Flyers kedua nie lagi ringkas, takde bunga-bunga pada background tapi ada improve sikit la kot, dari masa perkhidmatan,caj perkhidmatan dan cara berhubung... So, pada kawan-kawan yang stay kat Salak Tinggi, Putrajaya, Dengkil dan Nilai, bolehlah hubungi saya (Promosi sikit,hehehe) jika awak semua nak buang angin dalam badan atau nak legakan lenguh-lenguh di badan, hanya untuk muslimah saja tau... Minyak urut yang saya gunakan adalah minyak urut bunga matahari...



Minyak nie memang khas saya bawak ke mana-mana untuk perkhidmatan urutan terapi dan ianya adalah minyak urut yang selalu digunapakai oleh spa kecantikan... Kebaikan minyak nie jugak ianya dapat meresap ke dalam kulit kita jadi awak semua takyah risau pasal badan melekit akibat penggunaan minyak kerana minyak nie memang meresap dalam kulit kita selain dapat mewangikan badan... kalu ada di antara awak semua yang berminat nak menggunakan perkhidmatan saya, jangan malu jangan segan nak call atau sms atau whatssap seperti yang tertera kat flyers tue,okey... 

Flyers ketiga pulak saya baru buat.. Kali nie nampak tersusun sikit kot... Kat flyers nie saya memangi siapkan caj dan jadual perkhidmatan... 




jaa nee...



Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧