Petua dahulukala

Sunday, December 28, 2014


Hari nie saya nak berceloteh pasal petua di zaman dahulu kala, hehehehe yea ke? Gasak lah, sebab dah tak tahu nak celoteh pasal apa kerana nak lari dari bersedih disebabkan banjir yang melanda negeri pantai timur... well, here we go...



KHASIAT MINYAK ZAITUN
  • Usapkan minyak zaitun ke bahagian bawah mata sebelum tidur secara teratur untuk menghilangkan lebam bawah mata.
  • Minyak zaitun juga dapat menyihatkan kembali bibir kurang sihat serta menjadikannya merona. Caranya dengan mengusapkan minyak zaitun ke bibir sebelum tidur secara teratur.
  • Minyak zaitun juga dapat membantu menguatkan kuku pada kaki dan tangan. Rendam kaki dalam air hangat yang dicampur dengan minyak zaitun untuk kuku yang lebih kuat.


MENANGGALKAN GULA-GULA GETAH PADA PAKAIAN
Petua paling mudah dan cermat untuk menanggalkan gula-gula getah yang terlekat pada pakaian adalah seperti berikut ; lipatkan pakaian yang terkena gula-gula getah dengan cara menghadapkan bahagian yang terlekat itu ke luar. Selepas itu, masukkan lipatan pakaian tadi ke dalam karung plastik dan biarkan ia di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kemudian keluarkan semula pakaian tersebut dan anda akan dapati gula-gula tadi telah menjadi keras dan mudah untuk ditanggalkan daripada pakaian. Jika belum berhasil, sejukkan pakaian itu semula dalam tempoh yang lebih lama.


TAJAMKAN MATA GUNTING
Ambil daun bambu kira-kira 10 helai. Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul. Selepas itu, cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul, ulangi langkah sebelum ini.


DAUN BUNGA RAYA UNTUK RAMBUT GUGUR
Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan bersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air. Ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air daun bunga raya tersebut. Biarkan beberapa minit dan baru boleh dibilas.

Semoga ianya akan memberi manfaat kepada kita semua...Apa kata awak cuba jika berlaku salah satu daripada di atas.....okey, jaa mata nee...


Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧