Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

20 Tip Pemilihan Tudung

Sunday, March 03, 2013


TUDUNG DAN LAYAH MENJADI PELENGKAP PAKAIAN PENGANTIN BERTUDUNG KETIKA AKAD NIKAH DAN BERSANDING. BAJU PENGANTIN TIDAK LENGKAP ATAU MENYERLAH TANPA KEDUA-DUANYA. BEGITU JUGA DENGAN HIASAN KEPALA SEPERTI TIARA YANG TURUT MELENGKAPI PENAMPILAN RATU SEHARI. 

Praktikalnya, tudung atau layah sedondon atau serona dengan baju. Namun ia tetap nampak serasi dengan gandingan warna lain yang seirama seperti platinum dengan ungu lembut. Selain itu, fabrik yang sesuai paling penting agar ketika dipakai ia nampak selesa dan terletak. Bagi bakal ratu sehari, panduan di bawah boleh dijadikan panduan sebelum membuat pilihan gaya tudung dan layah yang sesuai untuk anda.

➤ Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu. 
➤ Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. 
➤ Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. 
➤ Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai. 
➤ Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. 
➤ Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin. 
➤ Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang. 
➤ Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon,georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut. 
➤ Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai. 
➤ Elakkan memakai baju pengantin yang warnanya menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja. 
➤ Paling praktikal, baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. 
➤ Untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. 
➤ Sekiranya layah yang digayakan sarat dengan hiasan jemeki atau batu permata, mini telekung atau tudung yang dipakai mestilah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan. 
➤ Hiasan di layah juga seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia akan membuatkan bahagian kepala dan wajah anda serabut. Ingatlah ‘less is more’. 
➤ Sekiranya ingin memakai tiara, elakkan menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung. 
➤ Jika anda ingin menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elakkan memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang. 
➤ Pemilihan batu permata atau jemeki juga perlu diambil kira. Elakkan memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Hiasan yang sarat akan membuatkan diri anda tidak ubah seperti penari gelek. 
➤ Sekiranya majlis pernikahan diadakan di masjid, elakkan fesyen yang keterlaluan, bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemilihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul. 
➤ Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai pengantin Muslimah. 
➤ Gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.
In: Koleksi Panduan

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    SWCorp laksana operasi pantau kes buang puntung rokok | Keratan akhbar Utusan Malaysia 10 April 2026
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ►  2026 (30)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ▼  March (31)
      • Akhirnya habis juga membaca novel.. ^_^
      • Jumpa juga apa yang dicari..!
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Rasa Berdebar Bila Mahu Pindah..!
      • Anak Kemaruk Televisyen & Gajet
      • Petua Atasi Bengkak Susu
      • Penjagaan Mata Bayi Baru Lahir
      • Doa mudah bersalin
      • Perpindahan bangunan
      • Tahniah kepada adik Hakim...
      • Jualan Buku @ But Kereta Perpustakaan Negara Malaysia
      • Waktu Makan Yang Tepat
      • Abi & Ummie Model Ikutan Anak
      • Lindungi Si Kecil Di Pusat Beli-Belah!
      • Al-Fatihah untuk Allahyarham Ami Mohsin
      • Petua Merawat Ruam
      • Tip Jauhi Gigi Dari Terus Berlubang
      • Ubati Bayi Selesema
      • Lebam Di bawah Mata
      • Redakan Senak Perut
      • Petua Buah Dan Sayur
      • Senarai semak persediaan awal untuk penyusuan bayi
      • Huraian Al- Fatihah
      • Kebersihan Dalam Solat Tuntutan Agama
      • Bekerja kerana Suka atau Terpaksa?
      • Kenali Homeschooling
      • Mengapa Sukar Memaafkan?
      • 20 Tip Pemilihan Tudung
      • Rumah Tangga Didasari Iman Beri Kebahagiaan
      • 10 Tanda Anak Menghidap Kemurungan
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist February - July 2026

  • ABAM KIE : The Man of The House
    Kenapa Tidur Awal Penting Untuk Kesihatan?
  • KasihkuAmani
    👣 Jejak Sihat | 20 & 21 Julai 2026
  • Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!
    Beli Rojak Mee Macam Tak Ingat Dunia
  • Blog Rabia Adawiyah
    A&w
  • aizamia3
    Di Sebalik Sebuah Draf
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Review Moccona Coffee No.10: Sedap Ke? Cuba 3 Cara Berbeza!
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: 26TH SELANGOR RESEARCH WEEK :.
  • Manis Strawberi
    Rezeki Dapat Buah Rambutan
  • Titian Perjalanan
    Perginya Jojo Si Anak Bulu Penyeri Hidup 😢
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    From Bangkok
  • anajingga
    Sarapan pagi English Breakfast di Cafe Salim
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Syurga Untuk Sofie🖊️
    Syukur, Qanaah dan Tenang
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    11 Julai 2026: Sambutan Harijadi Uwan
  • Aida Deq Su
    Vibe camping - bakar sate ikan tepi rumah
  • Camdandusler
    Geri Dönüşü Olmayan Nokta: En Son Üzerini Çizdiğiniz Arkadaşlığınız Neydi?
  • Warisan Petani
    Mengundi Buah
  • Daily Bliss Journal
    Trip Kerja ke Miri, Sarawak
  • Drawing the Words
    Hadiah Untuk Malaikat Kecil
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    RESTORAN TURKISH, Vienna
  • Blog Cik Renex
    Kamera mini untuk Mikhail dan sambutan hari jadi di tabika
  • Yusuf Baradar
    Kisah Harimau Dan Tikus: Siapa Yang Lebih Hebat?
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.