Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Abi & Ummie Model Ikutan Anak

Monday, March 18, 2013


Assalamualaikum wbt...
Tentu ada di kalangan kita mempunyai anak-anak yang ada kelakuan negatif seperti cepat ‘naik tangan’ terhadap adik-beradik atau ibu bapa dan gemar menjerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Bagaimana cara terbaik untuk menasihatikannya agar berkelakuan lebih baik dan bersopan? Ikuti kupasan lebih lanjut seterusnya.

Kesabaran abi dan ummie ada kalanya teruji apabila berhadapan dengan kerenah si kecil terutama apabila di hadapan khalayak ramai. Sudah puas dinasihat, dimarah atau dipukul bagi tujuan memberitahu perbuatan tersebut salah namun si anak tetap tidak serik mengulangnya lagi. Selain daripada belajar melalui buku atau guru di sekolah, kita juga belajar melalui pemerhatian. Tambahan lagi, belajar melalui pemerhatian atau pengalaman sendiri adalah lebih difahami dan berkesan berbanding method (cara) yang yang lain.
 
Biasanya orang yang paling dekat dengan kita akan menjadi sumber rujukan yang paling penting. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan belajar, memahami persekitaran termasuk perlakuan manusia, ibu bapa adalah sumber yang paling utama. 

Merujuk kepada teori psikologi barat iaitu modelling atau juga dikenali sebagai social learning theoryoleh Albert Bandura, kanak-kanak belajar meniru perbuatan orang dewasa. Jadi ibu bapa sangat bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak pada peringkat awal. Dengan kata lain, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan platform untuk anak belajar tentang kehidupan. Islam sendiri sudah menggariskan panduan cara-cara mendidik anak dengan betul dan berkesan. Bukti yang paling kuat adalah hadis yang mengatakan “anak itu dilahirkan sebagai fitrah, suci bersih umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak itu….” 

Salah satu garis panduan yang diberikan oleh ilmuan Islam adalah didik anak-anak sejak mereka dalam rahim lagi. Ia termasuk menjaga perlakuan dan berfikiran positif. Maka anak-anak akan mengikut cara kita. 

Namun, kadangkala, walaupun kita sudah menjaga anak kita dengan baik sejak dalam kandungan namun anak-anak masih tidak mendengar kata. Itu disebabkan pengaruh persekitaran pula. Mungkin pengaruh luaran lebih mempengaruhi berbanding ibu bapanya. 
Biasanya kalau ibu bapa tidak rapat dengan anak-anak, maka anak-anak akan lebih terpengaruh dengan persekitaran luaran. Misalnya ibu yang sedang hamil anak kedua atau seterusnya telah mengabaikan anak dengan tidak sengaja.  Di samping itu, perlunya ibu bapa menjaga anak-anak yang semakin membesar dengan pelbagai kerenah membuatkan tidak dapat lari daripada rasa stres. Jadi sudah tentulah apabila kita sudah penat dan stres, maka cepatlah kita naik angin dan naik tangan. Justeru, tanpa disedari, perbuatan ini menjadi ikutan kepada anak. 

Semakin kerap papa atau mama naik tangan, semakin cepatlah dia naik tangan. Si kecil yang baru berusia dua hingga enam tahun, memang sangat suka meniru perbuatan orang. Selain itu, ia adalah suatu cara untuk menarik perhatian papa dan mama. 
Mungkin sebelum ini dia sering mendapat perhatian. Jadi apabila, perhatian semakin kurang dan dia dapat merasakan kehadiran orang baru, maka sebab itulah dia mudah baran dan naik tangan. 

Jadi, ibu bapa perlu bersabar supaya tidak cepat naik tangan juga. Gunakan reverse psychology untuk menangani anak yang panas baran. Contohnya, memberikan denda seperti tidak boleh bermain dengan barang permainannya sehingga dia berkelakuan baik. Tetapi, anda perlu konsisten dengan cara ini sehingga anak-anak faham cara didikan. 
Sekiranya hanya sekali-sekala maka susahlah untuk membentuk mereka. Terangkan kepadanya kenapa anda berbuat demikian. Di samping itu ibu bapa perlu panjatkan doa pada Allah agar anak-anak menjadi anak yang mendengar kata. 

Tahukah awak...?
  • Rasulullah mendidik anaknya dengan cara bersikap adil dan tidak pilih kasih. 
  • Sikap pilih kasih dan tidak berlaku adil kepada anak-anak terutamanya yang masih kecil dan banyak kehendak, boleh jadi mengakibatkan tekanan dalaman, seterusnya protes dalam diri anak itu. Hubungan kekeluargaan bukanlah satu pertandingan yang perlu ada pemenang.
In: Info keibubapaan

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Terkeluar kelompok 120 dunia? | Keratan akhbar Sinar Harian 19 Disember 2025
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ►  2026 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ▼  March (31)
      • Akhirnya habis juga membaca novel.. ^_^
      • Jumpa juga apa yang dicari..!
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Rasa Berdebar Bila Mahu Pindah..!
      • Anak Kemaruk Televisyen & Gajet
      • Petua Atasi Bengkak Susu
      • Penjagaan Mata Bayi Baru Lahir
      • Doa mudah bersalin
      • Perpindahan bangunan
      • Tahniah kepada adik Hakim...
      • Jualan Buku @ But Kereta Perpustakaan Negara Malaysia
      • Waktu Makan Yang Tepat
      • Abi & Ummie Model Ikutan Anak
      • Lindungi Si Kecil Di Pusat Beli-Belah!
      • Al-Fatihah untuk Allahyarham Ami Mohsin
      • Petua Merawat Ruam
      • Tip Jauhi Gigi Dari Terus Berlubang
      • Ubati Bayi Selesema
      • Lebam Di bawah Mata
      • Redakan Senak Perut
      • Petua Buah Dan Sayur
      • Senarai semak persediaan awal untuk penyusuan bayi
      • Huraian Al- Fatihah
      • Kebersihan Dalam Solat Tuntutan Agama
      • Bekerja kerana Suka atau Terpaksa?
      • Kenali Homeschooling
      • Mengapa Sukar Memaafkan?
      • 20 Tip Pemilihan Tudung
      • Rumah Tangga Didasari Iman Beri Kebahagiaan
      • 10 Tanda Anak Menghidap Kemurungan
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist August - December 2025

  • Blog Rabia Adawiyah
    Prepare bahan masak nasi goreng esok pagi
  • PESONA ETUZA
    Wangian Attar Hajar Aswad Sesuai Ke Masjid.
  • KasihkuAmani
    Chipsmore Almond Crunch
  • aziankhalil.com
    Hadiah dari Penyelaras Tahun 6 2025
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: LAST KEMAS RUMAH KUARTERS :.
  • SAJE SUKA-SUKA
    Team Building Jabatan Rekod HPJ
  • #JMBELOG
    Harapanku Hanya Satu — Kembali Kuat, Kembali Berfungsi
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Terima Hadiah Kerana Menjadi Kamu Yang Mesra Untuk Tahun 2025
  • Titian Perjalanan
    Catatan Hujung Minggu | 17 - 18 Januari 2026
  • LIFE WITH LOVE
    Berbuka Puasa dengan Menu Buffet 'Gempita Ramadan' Renaissance Johor Bahru Hotel 2026 Ini
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    NO
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Hadiah dari Ujie
  • Drawing the Words
    Beli belah
  • Mazni Munawar
    Adopt kucing jalanan
  • Blog Rodiah Amir
    Catatan Awal Tahun 2026
  • Afzan Sidi
    SELAMAT TAHUN BARU 2026
  • Sii Nurul
    Tutorial Pasang Widget Top Commentator Blogger & Custom Design
  • anajingga
    Nasi lemak sayur kangkung
  • D'Cat Queen
    WISATA MALDIVES: MENIKMATI MALE DALAM SEHARI
  • Di Sebalik Uniform
    Apa itu Sistem Baharu Next Generation MERS 999
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    Ma-Kan, Satun Thailand
  • Tinta Kenangan Airene Erawan
    Si Penghibur Hati 😸
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
  • Epilog Abah
    Rab, 030925: Terimakasih Sahabat Malaysia
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.