Showing posts with label Info keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Info keibubapaan. Show all posts
Assalamualaikum wbt..
Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahayamata, sudah semestinya kita amat teruja dan seronok untuk bermain dengan anak yang tersayang. Pelbagai aktiviti yang boleh kita buat untuk membuatkan anak kita sentiasa ceria bersama sepanjang hari..
Saya ingin berkongsi terapi yang begitu santai untuk anak kita.. Jom kita baca.. (*kredit info ini untuk Norhasliza Yusoff)
Berkomunikasi - walaupun bayi kita masih belum boleh bercakap lagi, ini tak bermakna kira tak boleh berkomunikasi dengannya. Bercakaplah dengan si manja walaupun dia masih kecil malah kita boleh selitkan dengan gelak ketawa kita. Jadikan suasana ketika tue dengan suasana yang ceria, pasti anak kita akan berasa selesa dan seronok melihat mulut kita tak henti bercakap sambil bergelak ketawa bersama-sama.
Gelikan bayi - Tahukah awak yang bayi sebenarnya amat suka apabila badannya disentuh atau dibelai..? Kita boleh gelikan badan si manja dengan menggeletek pada anggota badannya. Sentuhan daripada tangan si ibu dan si bapa akan membuatkan si manja gembira.
Ucapan 'sayang' - Ucapkanlah dengan ucapan 'sayang' pada bayi pada setiap hari. Ianya umpama seperti terapi minda buat si kecil. Lakukan setiap hari, dari si manja bangun dari tidur sehinggalah dia lelapkan mata. Dengan cara sebegini, si manja pasti tak sabar menanti waktu ini untuk kita melakukan perkara yang sama kepadanya.
Sentuhan - Sentuhan adalah magis yang amat tinggi untuk si manja. Sentuhan tangan dari ibu dan bapa terhadap wajah si manja yang comel dan kulitnya yang gebu akan membuatkan dia menjadi selesa dan berasa selamat. Jangan lupa jugak untuk menatap mata si kecil ini dan senyumlah padanya sambil memuji wajahnya yang comel dan matanya yang cantik. Awak juga boleh dekatkan wajah awak sehingga menyentuh tubuhnya.
Aksi muka lucu - Bagi tempoh tiga bulan yang pertama, ibu adalah insan yang paling rapat dengan bayi. Tambahan pula, ibu menyusukan bayi secara eksklusif, jadi setiap masa bayi akan melihat wajah ibunya. Ketika inilah apa jua reaksi pada wajah ibunya pasti menarik perhatiannya. Waktu bersantai selepas menyusukan bayi, kita boleh buat pelbagai aksi wajah yang lucu untuk menarik perhatiannya seperti bulatkan mulut, buat mata sepet ataupun pegang pipi dan tarik pipi tue.. Mesti anak akan ketawa melihat aksi lucu yang kita buat.
123 cium! - Memberi ciuman kepada bayi begitu menyeronokkan, nak-nak lagi bayi yang baru lahir montel..! Ciuman nie bukan sekadar kat pipi jea, tapi di seluruh badannya. Lagi seronok kita lakukan aktiviti nie selepas bayi kita mandi, mesti wangi kan.. Orang kata bauan bayi adalah bau dari syurga, Wallahualam..
Duduk bersama bayi - Aktiviti yang senang dilakukan tapi ianya sungguh bermakna buat si manja. Senang saja, dudukkan bayi kita di atas ribaan, kemudian gerakkan badan awak ke kanan dan ke kiri sambil memanggil namanya. Sambil-sambil tue, awak boleh berzikir bersama-sama dengan si manja. Aktiviti ini selain daripada dia berasa selesa, malah ianya boleh membuatkan si manja tertidur kerana ianya begitu menenangkan.
Ba ba cak! - Aktiviti santai yang disukai oleh si manja. Kedua belah tangan ibu menutupi muka, dan dibuka sambil menyebut perkataan 'ba ba cak!'.. Pasti si anak akan teruja dan ketawa bila ibu melakukan aksi itu.
Permainan kain lembut - Bayi yang masih kecil memerlukan permainan jenis kain dan lembut, pilihan warna permainan yang terang dengan bunyian yang menarik pasti akan menjadi pilihan si manja. Dah tentu si manja asyik bermain dengan 'kawan barunya'! Permainan seperti bongkah yang berwarna boleh melatih pergerakan tangannya dan demi untuk keselamatan, tangan bayi perlu dibersihkan selepas bermain kerana selalunya si manja suka memasukkan tangan ke dalam mulut.
Urutan lembut - Lakukan urutan bayi setiap hari. Walaupun hanya sekejap, urutan adalah terapi buat bayi kita. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan bayi adalah selepas mandi.
Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu bapa baru...
Assalamualaikum wbt..
Memang lumrah, bila bayi tumbuh gigi mesti gusinya terasa gatal.. Ini membuatkan dia cenderung untuk memasukkan sesuatu objek ke mulut untuk menggigitnya. Tapi si ibu mesti akan terasa sakit yang amat jika secara tiba-tiba bila sedang menyusu bayi awak menggigit puting susu.. Akibatnya puting si ibu akan melecet dan terasa pedih dan ramai di antara ibu yang tak tahan kesakitan akan mengambil keputusan untuk berhenti menyusukan bayinya.. Alangkah ruginya, saya nak kongsi tips camne nak bantu si ibu daripada terus menjadi 'mangsa' bayinya sendiri.. Jom..
Tunjukkan reaksi - Bila bayi awak mula menggigit, terus saja awak mengaduh sambil memegang dagunya agar bayi awak melepaskan gigitannya. Setelah dia melepaskan gigitannya, lihat pada mata si anak dan katakan dengan suara lembut tapi tegas supaya tak menggigit lagi. Anak yang sensitif biasanya akan menangis melihat reaksi ibunya seperti itu. Jika anak menangis, pujuklah dengan lembut dan susukan kembali. Jika si anak masih terus menangis, tunjukkan reaksi awal tadi. Dengan membiasakannya, si anak akan tahu jika dia menggigit lagi, ibu akan memberi reaksi yang tak menyenangkan sehinggalah si anak akan berhenti menggigit.
Berhenti seketika - Bila si anak menggigit, hentikan segera proses menyusu untuk seketika. Dengan cara itu, si anak akan belajar bahawa jika dia menggigit, dia takkan mendapat susu yang diinginkannya.
Dakap erat - Jika ibu terasa gigi anak mengigit, dakap anak erat-erat ke payudara. Biasanya anak akan segera membuka mulutnya lebar-lebar dan melepaskan gigitannya kerana mahu segera menarik nafas. Tapi janganlah erat sangat sehingga membuatkan anak ketakutan kerana perkara ini.
Sediakan jari - Jika anak biasa menggigit (mungkin sebelum atau sesudah menyusu) sisipkan jari kelingking ibu di hujung mulutnya. Ini akan membantu si anak untuk membuka mulutnya.
Cari Pengganti - Ketika giginya mulai tumbuh, bayi akan terdorong untuk menggigit atau mengunyah. Apa saja yang masuk ke mulutnya (termasuk puting payudara) akan digigitnya. Jadi, jika si anak berkeinginan untuk menggigit sesuatu, carilah pengganti agar anak tak menggigit puting payudara ibu, contohnya belikan teether untuk si anak..
Semoga ianya bermanfaat.
Assalamualaikum wbt...
Umumnya kita memang dah tau yang susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi kita kerana manfaatnya kepada bayi itu sendiri.. Faedah susu ibu ini sebenarnya lebih daripada sekadar untuk kesihatan si manja saja malah si ibu juga dapat faedahnya..
Bayi sihat - Menurut sorang pakar nutrisi kanak-kanak yang bernama Ruth A. Lawrence telah berkata bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko lebih rendah mengalami radang paru-paru, selesema dan jangkitan virus. Dia berkata lagi walaupun mengalami cirit birit iaitu masalah yang serius untuk bayi, bagi bayi yang menyusu badan, simptom ini akan berkurangan. Diabetes jenis I, penyakit seliak atau penyakit Crohn juga dalam senarai penyakit yang tidak dialami oleh bayi yang menyusu badan.
Tulang lebih kuat bagi si ibu - Lawrence juga berkongsi bahawa ibu yang menyusukan bayinya akan mengalami kurang cenderung untuk penyakit osteoporosis atau masalah tulang selepas menopaus.
Mengurangkan risiko SIDS untuk bayi - SIDS bermaksud Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Penyusuan boleh mengurangkan risiko sebanyak 50 peratus.
Mengurangkan masalah berat badan - Kedua-dua ibu dan bayi boleh mendapat manfaat daripada aspek ini. Ibu dan bayi akan kurang berisiko mendapat obesiti (kegemukan). Ini kerana menyusu dapat membantu ibu membakar lebih kurang 500 kalori setiap hari. Selain itu, susu ibu adalah lebih sihat daripada mana-mana susu pasaran lain dari segi nilai pemakanan.
Proses penyembuhan lebih baik selepas bersalin - Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, hormon yang dipanggil oksitosin akan dirembeskan. Bahan ini menjadikan rahim mengecut dan mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin. Penyusuan juga mempercepatkan proses rahim kembali ke saiz asal. Jika kita menyusukan bayi, tempohnya hanya mengambil masa kira-kira enam minggu berbanding 10 minggu bagi mereka yang tidak menyusukan bayi mereka.
Mengurangkan risiko kanser - Penyusuan badan juga boleh menurunkan kanser tertentu untuk bayi. Bagi si ibu pula, ianya dapat mengurangkan risiko kanser payu dara sebelum menopaus dan kanser ovari.
Ikatan ibu dan anak lebih baik - Menyusukan bayi dan melihat mereka membesar hari demi hari dapat menguatkan ikatan antara ibu dan anak.
Vaksin yang hebat untuk bayi - Kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu mempunyai tindak balas antibodi yang lebih hebat berbanding kebanyakan vaksin yang diambil oleh bayi.
Melewatkan haid - Apabila si ibu menyusukan bayinya, ia boleh melambatkan ovulasi dan haid. Dengan prolaktin yang dikeluarkan semasa penyusuan, estrogen dan progesteron akan berada pada paras yang rendah, dengan itu ovulasi tidak diaktifkan.
Penyelesaian mesra bajet - Susu badan sentiasa ada pada jumlah dan suhu yang betul untuk bayi. Selain itu, ia boleh bertukar secara semulajadi untuk memenuhi permintaan bayi. Apabila bayi kita baru dilahirkan, kolostrum iaitu susu awal berada dalam tekstur berair dengan penuh antibodi untuk memuaskan kelaparan pada bayi yang baru lahir. Kemudian, apabila bayi memerlukan lebih banyak kalori untuk berkembang, susu badan menjadi kaya dengan gula dan lebih tinggi jumlah kalorinya. Untuk perubahan ini, ibu yang menyusukan tak perlu mencari maklumat mengenai jenama atau fakta pemakanan.
Semoga ianya bermanfaat pada semua..
*Sumber kredit : Hello Doktor
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang

Assalamualaikum wbt..
Apa perasaan kita agaknya bila kita nampak anak-anak bergaduh dan suka memukul sesama sendiri..? Selalunya bila mereka memukul bila mereka berasa kesal, marah ataupun kecewa, jadi tanganlah yang menjadi alat komunikasi terutama untuk kanak-kanak yang belum mahir bercakap. Tips yang saya nak kongsikan ini boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini...
Jangan memukul - Ianya sama sekali tak boleh dilakukan untuk mendisiplinkan anak yang suka memukul. Apa yang perlu awak buat adalah berikan nasihat dan jangan sesekali menggunakan tangan untuk mengatasi situasi yang berlaku. Memukul akan membingungkan anak, bukankah kita sedang cuba untuk mengajarnya bahawa tak boleh pukul sesuka hati...? Ibu jugak harus sedar yang anak boleh belajar dan meniru segala perlakuan kita, jadi berikan contoh yang terbaik kepadanya.
Ketahui punca - Lihat samada anak sedang kepenatan, bosan, lapar ataupun marah? Lepas tue, samada wujudnya pola tertentu dan bila dah tahu punca, cari penyelesaian terbaik. Jangan lupa perhatikan keadaan keluarga. Adakah terjadi perubahan dinamik keluarga seperti berpindah rumah, wujud masalah dalam perkahwinan atau anak terpaksa bertukar pusat asuhan sehingga berasa kecewa. Ataupun dia mempunyai kawan-kawan yang sebaya dengannya yang suka memukul dan menganggap bahawa memukul itu jugak salah satu bentuk komunikasi.
Pilih cara komunikasi berbeza - Tunjukkan pada anak cara berkomunikasi yang lebih halus dengan tangannya. Jika perlu, alihkan perhatiannya dan lakukan sesuatu yang disukainya, iaitu memberikan permainan yang disukainya.
Lakukan komunikasi secara semasa - Ajarkan anak keseronokan bermain dengan tangan. Jika tangannya mula menuju ke arah anda,cepat-cepat alihkan perhatiannya dengan frasa dan gerakan seperti "give me five!"..
Luangkan masa - Berikan lebih banyak waktu untuk memegang dan memeluk anak. Urut perlahan tubuhnya kerana ini akan membantu anak untuk lebih halus menggunakan tangannya. Berikan si kecil ini ciuman apabila dia mahu memukul dan lama kelamaan dia akan memahami bahawa memukul itu adalah sesuatu yang salah.
Tetapkan aturan - Terapkan dan konsisten dengan aturan. Jika anak masih lagi dengan kelakuan yang suka memukul, kita perlu menjadi tegas dan melarangnya untuk lakukan perbuatan itu. Konsistensi kita akan melatih anak untuk mematuhi peraturan tersebut.
Jangan beri hadiah - Bila anak melakukan kesalahan memukul, janganlah kita berikan dia permainan untuk meredakan kemarahannya. Sebaliknya kita harus menegaskan yang dia akan dihukum untuk tidak diberi permainan sekiranya anak masih rasa nak memukul.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita...
Apa perasaan kita agaknya bila kita nampak anak-anak bergaduh dan suka memukul sesama sendiri..? Selalunya bila mereka memukul bila mereka berasa kesal, marah ataupun kecewa, jadi tanganlah yang menjadi alat komunikasi terutama untuk kanak-kanak yang belum mahir bercakap. Tips yang saya nak kongsikan ini boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini...
Jangan memukul - Ianya sama sekali tak boleh dilakukan untuk mendisiplinkan anak yang suka memukul. Apa yang perlu awak buat adalah berikan nasihat dan jangan sesekali menggunakan tangan untuk mengatasi situasi yang berlaku. Memukul akan membingungkan anak, bukankah kita sedang cuba untuk mengajarnya bahawa tak boleh pukul sesuka hati...? Ibu jugak harus sedar yang anak boleh belajar dan meniru segala perlakuan kita, jadi berikan contoh yang terbaik kepadanya.
Ketahui punca - Lihat samada anak sedang kepenatan, bosan, lapar ataupun marah? Lepas tue, samada wujudnya pola tertentu dan bila dah tahu punca, cari penyelesaian terbaik. Jangan lupa perhatikan keadaan keluarga. Adakah terjadi perubahan dinamik keluarga seperti berpindah rumah, wujud masalah dalam perkahwinan atau anak terpaksa bertukar pusat asuhan sehingga berasa kecewa. Ataupun dia mempunyai kawan-kawan yang sebaya dengannya yang suka memukul dan menganggap bahawa memukul itu jugak salah satu bentuk komunikasi.
Pilih cara komunikasi berbeza - Tunjukkan pada anak cara berkomunikasi yang lebih halus dengan tangannya. Jika perlu, alihkan perhatiannya dan lakukan sesuatu yang disukainya, iaitu memberikan permainan yang disukainya.
Lakukan komunikasi secara semasa - Ajarkan anak keseronokan bermain dengan tangan. Jika tangannya mula menuju ke arah anda,cepat-cepat alihkan perhatiannya dengan frasa dan gerakan seperti "give me five!"..
Luangkan masa - Berikan lebih banyak waktu untuk memegang dan memeluk anak. Urut perlahan tubuhnya kerana ini akan membantu anak untuk lebih halus menggunakan tangannya. Berikan si kecil ini ciuman apabila dia mahu memukul dan lama kelamaan dia akan memahami bahawa memukul itu adalah sesuatu yang salah.
Tetapkan aturan - Terapkan dan konsisten dengan aturan. Jika anak masih lagi dengan kelakuan yang suka memukul, kita perlu menjadi tegas dan melarangnya untuk lakukan perbuatan itu. Konsistensi kita akan melatih anak untuk mematuhi peraturan tersebut.
Jangan beri hadiah - Bila anak melakukan kesalahan memukul, janganlah kita berikan dia permainan untuk meredakan kemarahannya. Sebaliknya kita harus menegaskan yang dia akan dihukum untuk tidak diberi permainan sekiranya anak masih rasa nak memukul.
Semoga ianya memberi manfaat kepada kita...

Assalamualaikum wbt..
Nie just info bukan untuk saya sorang, malah bakal-bakal ibu yang akan melahirkan khalifah-khalifah kecil di muka bumi Allah nie...
Setengah dari jumlah keseluruhan bayi baru yang dilahirkan menangis dan resah lebih dari 2 jam dalam sehari. Episod tangisan berpanjangan ini sering menyebabkan kemurungan di kalangan ibu, ketegangan hubungan perkahwinan dan isi rumah, kegagalan penyusuan ibu malah penderaan bayi.
Sindrom bayi digoncang (Shaken Baby Syndrome) atau SBS adalah punca utama penderaan bayi dalam kes trauma kecederaan kepala (Abusive Head Trauma, AHT). Contohnya, dianggarkan sekitar 1000-3000 kes SBS dilaporkan setiap tahun di USA. Peratusan tertinggi dicatatkan bagi kanak-kanak di bawah 1 tahun dengan kumpulan paling berisiko adalah bayi 0-4 bulan. Setiap 1 dari 4 kanak-kanak SBS mati manakala selebihnya menderita kerosakkan kekal. Salah satu punca utamanya? Bayi digoncang secara ganas oleh orang dewasa yang tidak tahan berhadapan tangisan bayi. (sumber: Department of Health, NY State, 2011)
Menjadi ibu baru memang sudah meletihkan secara amnya. Bayi kecil menuntut perhatian yang bukan sedikit. Maka, amat mudah di fahami bagaimana episod tangisan berpanjangan ini ‘melemahkan’ ibu. Sebahagian ibu baru pernah berseloroh; “Mudahnya kalau setiap bayi lahir dengan buku panduan!”.
Memetik kata-kata Prof Dr. Harvey Karp, seorang pakar kanak-kanak selama lebih 30 tahun dan Professor di UCLA School of Medicine; “Gesaan untuk mententeramkan bayi ada dalam naluri setiap individu. Tetapi kemahiran melakukannya adalah sesuatu yang perlu di pelajari”.
Beberapa perkara asas berkaitan bayi dan tangisan harus diketahui. Contohnya, pakar mengkelaskan bayi kepada 3 kategori berdasarkan karekteristik tangisan mereka. Iaitu mudah (easy going), high need (menuntut perhatian tinggi) dan colic (lebih dikenali sebagai sawan tangis di dalam masyarakat Melayu). Sudah tentu ketiga-tiga golongan bayi ini adalah bayi sihat. Yang membezakan hanyalah dari segi perkara yang menyumbang kepada ciri tangisan mereka. Pengetahuan lengkap tentang perkara ini adalah penting agar semua ibubapa sedar bahawa setiap bayi adalah unik, bukan semestinya salah ibu jika bayi menangis tak berhenti, bayi tidak semestinya sakit walau kuat menangis dan paling penting, tiada istilah bayi A adalah bayi yang lebih baik berbanding bayi B kerana bayi A kurang menangis berbanding bayi B.
Walau begitu, bayi yang kuat menangis dan sukar ditenteramkan pasti memberi tekanan kepada sesiapa sahaja. Memberitahu perkara seperti; “Adalah sesuatu yang normal bagi bayi kecil menangis dengan kerap pada bulan-bulan awal kehidupan. Ibubapa harus bersabar kerana episod tangisan ini bukan untuk selama-lamanya. Ia akan berkurangan dan berakhir selepas usia 3-4 bulan..” adalah tidak cukup bagus buat ibu-ibu yang sudah sangat keletihan, dari mental dan fizikal. Mereka benar-benar memerlukan jalan keluar kepada situasi ini, dengan segera.
‘Unexplained crying’ merujuk kepada tangisan tanpa sebab yang jelas seperti lapar, lampin yang kotor, kembung perut, sakit atau tidak sihat. ‘Unexplained crying’ mewakili 15% dari keseluruhan keresahan bayi. ‘Unexplained crying’ inilah yang sering membuat para ibu terutama yang memiliki bayi sensitif dan colic, buntu dan tertekan. Mengapa? Baiklah,untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas, mari kita lihat 3 sebab utama mengapa bayi menangis;

1. Untuk menyatakan keperluan rutin mereka
Ianya seperti lapar, tak selesa, ingin sendawa atau mengantuk. Tangisan yang mewakili keperluan rutin ini selalunya dapat disahkan melalui isyarat-isyarat fizikal yang mengiringi. Contohnya, bayi akan menggosok-gosok mata dan telinga serta menguap jika mengantuk. Ada beberapa cara untuk mengenalpasti tangisan jenis ini.Walaubagaimanapun, ianya boleh menjadi agak mudah untuk dikenalpasti selepas beberapa siri cuba dan salah (try & error) serta setelah ibubapa mendapat rentak rutin dan memahami corak sikap unik bayi mereka.
2. Sakit atau tidak sihat.
Kesemua bayi tanpa mengira samada mereka dari kategori mudah, sensitif atau colic, akan menjadi lebih resah, cerewet, lebih kerap menangis atau berkelakuan ‘ganjil’ ketika tidak sihat atau sakit. Bayi boleh menangis dan menjerit tanpa henti serta tidak dapat ditenteramkan. Malah hampir tiada waktu senggang di antara siri tangisan.Atau, bayi membuat tangisan yang lemah dan amat halus. Kelihatan amat tidak berdaya. Malah boleh diiringi kelainan sikap yang amat jelas dan sukar untuk ibu bapa terlepas pandang seperti enggan disusukan atau hanya mahu tidur sepanjang masa selain simptom biasa seperti kenaikan suhu badan, muntah berlebihan, pendarahan dan sebagainya. Sudah tentu, merujuk kepada doktor, hospital atau klinik adalah perkara yang perlu dibuat dalam hal ini.
3. Gangguan emosi
Tangisan yang mewakili perkara inilah yang ingin saya fokuskan dalam perbincangan kali ini!. Walaupun bayi kecil tidak pandai merasa kecewa, sedih atau marah dengan hal-hal ‘remeh’, ia tetap tidak menafikan hakikat bahawa mereka adalah manusia biasa, sama seperti orang dewasa, yang memiliki emosi dan boleh merasa terganggu. Sudah tentulah gangguan emosi tersebut adalah atas sebab yang berbeza berbanding orang dewasa. Bayi kecil, kerana adaptasinya yang masih amat lemah terhadap dunia luar rahim, sangat mudah merasa terganggu untuk 2 perkara. Iaitu rimas (overstimulate) atau merasa terasing (under stimulate);
a. Rimas (overstimulate)
Semasa di dalam kandungan, rahim menyediakan bayi dengan semua sensasi yang menenangkan dan aman. Dunia luar rahim pula dipenuhi dengan rangsangan atau stimulasi yang datang dalam pelbagai bentuk; sentuhan, cahaya, bunyi dan bau. Bagi sesetengah bayi, ia mungkin bukan satu masalah yang amat besar. Bayi dengan kawalan pusat yang tinggi amat berkemahiran berhabituasi . Mereka tiada masalah untuk tidur di mana-mana dan pada bila-bila masa. Namun, bagi bayi dengan kawalan pusat yang lemah serta corak sikap yang sukar, iaitu bayi dari kategori sensitif dan colic, amat mudah bagi deria mereka menjadi terbeban atau melimpah ruah dengan stimulasi tanpa henti dari sekeliling ini. Mereka cepat rimas dan menangis hasil daripadanya.
b. Terasing (understimulate)
Rangsangan yang diterima dari dunia baru ini amat berlainan dari apa yang biasa bayi dapatkan semasa di dalam rahim. Maka, tidak mustahil keganjilan atau kelainan ini membuat bayi merasa terasing. Cuba kenang kembali saat pertama kali anda berjauhan dari ibubapa dan keluarga. Mungkin ketika memasuki asrama, kolej atau universiti. Apakah yang anda rasakan terutama pada minggu-minggu terawal berjauhan?. Di sekeliling anda mungkin cukup meriah dengan kawan-kawan baru, suasana tempat baru yang mungkin lebih hebat dari apa yang terdapat di rumah anda sendiri dan adanya guru-guru atau pembimbing yang meraikan. Namun, entah bagaimana, jauh di sudut hati, anda tetap terkenangkan keluarga dan suasana kampung halaman. Oleh kerana itu, minggu orientasi diwujudkan bagi memudahkan anda beradaptasi dengan tempat dan suasana baru. Begitu juga dengan bayi. Fasa ‘newborn’ iaitu tempoh 3 bulan pertama kehidupannya, merupakan minggu orientasi buat mereka!. Jadi, sebagai ibu, apa yang dapat anda lakukan bagi membantu bayi melalui proses peralihan 2 dunia ini?.
Suis tutup tangisan bayi
Tahukah anda akan wujudnya beberapa komuniti bebas colic di dunia ini. Ya! komuniti dengan purata tempoh resah bayi hanya sekitar 16 saat dan lebih 90% bayi berjaya di tenteramkan di bawah 1 minit. Rahsia mereka?. Para ibu puak !Kung San yang mendiami Gurun Kalahari misalnya, mereka membedung dan meletakkan bayi dalam gendongan hampir pada setiap masa, menyusukan bayi dengan amat kerap iaitu beberapa kali dalam satu jam serta memberi respon pantas kepada keresahan atau tangisan bayi. Mereka meniru dan menyediakan kesemua kualiti sensasi rahim serapat dan sekerap mungkin kepada bayi mereka untuk beberapa bulan awal. Dalam erti kata lain, mereka bertindak menjadi rahim bergerak buat para bayi!. Sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan para ibu moden, berkerjaya dan tinggal di dunia metropolitan hari ini untuk membuat perkara yang serupa. Namun, kita masih boleh mencedok sedikit amalan mereka. Teknik ‘Cuddle Cure’ adalah teknik yang mengambil aspirasi dari amalan meniru kesemua sensasi rahim yang diamalkan puak !Kung San. ‘Cuddle cure’ yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan reflek bertenang bayi…dalam masa yang amat singkat!
‘Cuddle Cure’ adalah gabungan 5 teknik yang digelar ‘5S’;
1. Swaddle; membalut bayi dengan kemas dan ketat. langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk seterusnya memudahkan bayi memberi tumpuan kepada perlaksanaan 4S yang lain.
2. Side/Stomach Position; memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga di panggil ‘fetal position’ merujuk posisi bayi semasa di dalam rahim.
3. Ssshing; membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu, bunyi hasil proses pencernaan yang berlaku dalam usus ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih 9 bulan yang lepas!
4. Swing; menghayun bayi dengan intensiti hayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi dalam pelukan (bukan dalam buaian). Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih didalam rahim, setiap kali ibu bergerak.
5. Sucking; membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih. Perlaksanaan setiap ‘S’ yang sempurna serta mengikut turutan yang betul perlu diambil kira. Ia mungkin tidak dapat dicapai melalui pembacaan semata-mata. Namun sekurang-kurangnya, sekarang para ibu telah tahu bahawa sawan tangis (colic) atau tangisan berpanjangan yang bukan disebabkan oleh masalah kesihatan, ada penyelesaiannya!


Assalamualaikum wbt..
Nak tanya, umur berapakah anak-anak awak mula guna cawan dan jarang gunakan botol..? Adakah ianya perkara mudah ataupun sukar untuk memisahkan botol susu kesayangannya..? Dalam usaha nak tinggalkan botol susu, para ibu tak perlu sangat untuk mengikut kemahuan anak walaupun mereka berteriak dan merenggek.. Jika dituruti maka si kecil nie akan terus menerus untuk menolak minum menggunakan cawan, dan bila dah minum dalam cawan tue, pujilah anak kita kerana berjaya minum menggunakan cawan..
Saya nak berkongsi 7 tips untuk membantu si kecil minum menggunakan cawan, dan semoga ianya memberi manfaat kepada kita..

1. Ajak anak-anak semasa awak nak beli cawan untuk dia. Mintak dia pegang gelas sebagai pengenalan awal dengan objek yang akan digunakannya sehari-hari untuk minum.
2. Biarkan anak awak memilih dari segi warna, motif dan rekaan cawan dia. Berikan beberapa biji cawan yang berbeza bentuk dan pastikan ianya tak mudah pecah..
3. Berikan pada anak awak untuk bermain dengan cawannya sebagai salah satu permainannya, sebagai contoh, jika dia bermain dengan anak patung, berikan cawan untuk memberi minum pada anak patungnya.
4. Ajak anak-anak membancuh susu pada cawan tersebut dan jadikan ianya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.
5. Pada hari-hari penyesuaian awal, kita masih boleh berkompromi. Contohnya, awak hadkan penggunaan botol susu hanya pada waktu malam saja, dan bila hari dah siang, awak perlu mewajibkan anak supaya untuk minum susu menggunakan cawan.
6. Letakkan cawan berisi air yang boleh terjangkau oleh tangan anak. Tanpa perlu memaksa bila dia dahaga, secara dengan sendirinya dia akan mengambil minumannya tanpa perlu meminta pada kita.
7. Ajak anak-anak berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dengan dia, yang dah minum menggunakan cawan. Jadikan ianya sebagai acara yang menyenangkan agar anak kita akan terdorong untuk minum menggunakan cawan sama seperti kawan-kawannya..
Assalamualaikum wbt..
Bagi yang mempunyai anak kecil tentu biasa berhadapan dengan situasi solat kita akan diganggu oleh mereka. Kadang-kadang si kecil sengaja duduk di atas riba kita semasa sedang tahiyat awal, memanjat belakang badan semasa sedang sujud, mengorek lubang hidup, menarik telekung, menyelak kain, mencabut kopiah yang dipakai atau sengaja duduk di atas sejadah sehingga sukar untuk kita sujud dan bermacam aksi mereka lagi.
Lagi haru, kadang-kadang mereka melakukan perkara yang membahayakan diri mereka seperti bermain dengan suis elektrik, bermain di depan bilik air yang lembap lantainya dan sebagainya. Jadi dah tentu kita tak khusyuk untuk bersolat disebabkan memikirkan keselamatan mereka.
Apa yang patut kita buat? Nak marah ataupun batalkan solat untuk mengalihkan kedudukan anak?
Bagi yang bergelar suri rumah pula kadang kala berhadapan dengan situasi sukar hendak mendirikan solat lantaran tiada sesiapa yang boleh menjaga si kecil. Terpaksa tunggu anak tidur baru hendak mendirikan solat sehinggakan bersolat di akhir waktu.
Sebenarnya perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melengahkan waktu solat. Kita perlu tahu bahawa Islam adalah agama yang sangat indah dan memudahkan penganutnya cuma jangan dipermudahkan. Oleh itu jika berhadapan dengan situasi solat digangguu oleh anak kecil ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan tanpa perlu membatalkan solat.
1. Dibolehkan bersolat sambil mendukung bayi
Dalam keadaan tertentu kita dibolehkan mendukung bayi semasa solat sama ada yang menjadi imam, makmum atau solat bersendirian. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud, Baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari)
Tetapi mestilah mematuhi syarat-syaratnya seperti:
a. Bayi bebas daripada najis. Tukarkan lampinnya sebelum mula solat.
b. Kawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut.
c. Pastikan dada sentiasa menghadap kiblat.
d. Melakukan hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan sahaja dan bukan hanya suka-suka.
Cara solat sambil mendukung bayi:
1. Anak yang didukung harus dibersihkan dari sebarang najis.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi.
3. Tangan tak perlu diangkat ketika takbir dan tak perlu diletakkan di atas dada kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkan di atas dada hanyalah sunat.
4. Baca surah al-fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.
5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi dan kemudian didukung semula apabila mahu bangun ke rakaat seterusnya.
7. Laksanakan langkah ini hingga solat selesai.
Untuk lebih jelas berikut adalah panduan bergambar:
2. Dibolehkan melakukan pergerakan sekiranya bayi melakukan sesuatu yang bahaya.
Sekiranya semasa solat anak kita melakukan sesuatu yang bahaya atau berada jauh daripada tempat solat kita, dibolehkan melakukan pergerakan anggota yang besar tidak lebih tiga kali.
Contohnya, boleh melangkah ke hadapan, ke sisi atau ke belakang dengan syarat pergerakan besar tidak melebihi tiga kali berturut-turut. Hanya pastikan dada masih lagi dalam keadaan menghadap kiblat sertai tidak bercakap.
3. Dibolehkan mempercepatkan solat ketika bayi sedang menangis.
Apabila anak kecil kita menangis sehingga boleh merisaukan kita maka dibolehkan untuk mempercepatkan solat. Ada hadis yang membuktikan Rasulullah SAW turut memendekkan solat apabila terdengar tangisan bayi.
Terdapat sebuah hadis Qatadah bahawa Anas Bin Malik menceritakan kepadanya:
Bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya aku berminat untuk memperpanjangkan solat. Tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak lalu aku memendekkan solat itu kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya."
Bolehkah membatalkan solat sekiranya anak mengganggu solat kita?
Sebenarnya kita tidak boleh sesuka hati membatalkan solat kecuali disebabkan faktor keuzuran. Bagaimanapun ia dibolehkan sekiranya melibatkan kebimbangan terhadap keselamatan diri sendiri, harga atau menyelamatkan nyawa orang lain. Bahkan jika ada keinginan untuk membuang angin atau buang air, kita dibolehkan membatalkan solat.
Sesemangnya Islam agama yang indah dan sempurna. Dalam memastikan umat Islam tetap mendirikan solat dengan sempurna ia tetap menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang berhadapan dengan situasi tertentu terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Daripada contoh-contoh yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti diceritakan dalam beberapa hadis sahih jelas membuktikan betapa Baginda tetap menyayangi anak-anak kecil sehingga di dalam solat pun Baginda meraikan telatah mereka.
Semoga kita mampu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak melalui amalan solat dan dalam masa yang sama mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w terhadap kanak-kanak semasa dalam solat.
Sumber: muzir.wordpress.com

Assalamualaikum wbt..
Saya ada terbaca satu artikel yang menarik untuk tatapan kita.. Ianya mengenai bayi yang taknak minum susu ibu stok sejuk yang dicairkan... Camne nak buat yea..
Permasalahan :
Qisha, 3 bulan sudah tidak mahu yang susu yang perahan yang disimpan lama. Ini menyebabkan mamanya, Ziela resah kerana terpaksa membuang stok susu lama yang sudah tamat tempoh. Hanya susu yang diperah segar dan menyusu terus menjadi pilihan Qisha. Adakah ini biasa berlaku kepada awak dan bagaimana mengatasinya?Ada sesetengah bayi cerewet untuk meminum susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk dalam masa yang lama. Ada yang mengatakan ia berbau yang membuatkan si manja menolak. Apa puncanya dan apakah yang boleh dilakukan?
Menurut Siti Nur Suraya Mohamed Ali, pakar laktasi / IBCLC, susu yang masam dan berbau sabun perlulah dielakkan daripada diberikan kepada bayi kerana ia sudah rosak dan khuatir akan memudaratkan kesihatan si manja. Ibu juga perlulah mengambil langkah memeriksa beberapa faktor berikut;
Bekas penyimpanan
- Pastikan susu disimpan dalam bekas penyimpanan susu perahan yang sesuai.
- Material terbaik ialah bekas plastik gred makanan yang bebas bisphenol A.
- Bertukarlah kepada plastik liner khas untuk susu perahan.
Cara kendalian
- Jika anda pasti tidak akan menggunakan susu yang diperah dalam masa lima hingga lapan hari, maka terus bekukan selepas diperah.
- Gunakan secepat mungkin selepas dicairkan dalam masa 24 jam.
- Susu yang terdedah lama kepada suhu bilik yang panas memang akan lekas rosak.
- Rasa dahulu susu sebelum memberikannya kepada si manja kerana ia boleh mengurangkan penolakan.
- Pastikan susu disimpan dalam beg pendingin yang cukup sejuk untuk mengelakkan susu lekas masam. Kuantiti pek ais perlulah seimbang dengan saiz beg pendingin supaya susu kekal sejuk sebelum dipindahkan ke peti sejuk di rumah.
Periksa peti sejuk
- Suhu peti sejuk memainkan peranan penting dan perlu mengekalkan suhu 3° hingga 7°Celsius supaya susu tahan selama lapan hari.
- Periksa bahagian compressor kerana ia mungkin rosak dan menyebabkan suhu di dalam peti sejuk menjadi tinggi.
- Pastikan juga pintu peti sejuk dan tempat pembeku tertutup rapat.
- Pastikan botol susu penyimpanan atau plastik liner tertutup sempurna supaya susu tidak menyerap bau makanan di dalamnya.
- Simpan di bahagian belakang peti sejuk, bukan di depan atau pada pintu.
- Elakkan daripada kerap membuka dengan lama kerana suhu dalamannya boleh meningkat.
Kebersihan
- Jika susu berbau sabun, besar kemungkinan botol atau perkakas tidak dibersihkan dengan betul.
- Mama juga disarankan untuk menggunakan pencuci botol gred makanan untuk membersihkan botol, corong pam payu dara, puting dan botol penyimpanan susu perahan.
- Bilas lebih lama untuk menghilangkan bau.
- Jangan sesekali menggunakan sabun biasa kerana ia boleh menyebabkan botol menjadi berminyak.
Pemakanan ibu
- Mama juga perlulah memerhatikan pemakanan dengan mengelakkan makanan seperti produk tenusu.
- Elakkan juga makanan yang berbau seperti petai, durian atau cempedak kerana ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu yang diperah.
Tip kurangkan penolakan EBM oleh si manja daripada Siti Nur Suraya
- Latih anak menyusu botol empat hari sebelum mula kerja di rumah pengasuh atau taska.
- Pada hari pertama, hantar bayi kepada pengasuh/penjaga di taska selama dua jam. Purata dua jam bayi akan minum 2.5 ke 3.5oz (bagi bayi berusia dua bulan)
- Pada hari kedua, tinggalkan bayi enam jam dengan tiga botol susu.
- Dalam masa yang sama tingkatkan jumlah jam dan jumlah botol susu perahan yang ditinggalkan.
- Ibu perlulah mengelakkan memberi susu botol ketika di rumah bersama dengan bayi kerana ini boleh membuatkan bayi menolak.
- Ibu cuba bertenang dan jauhi kerisauan kerana hal ini mungkin akan menyebabkan trauma bagi bayi.
Semoga info ini bermanfaat pada ibu-ibu yang mengalami masalah ini..

Assalamualaikum wbt...
Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi
Bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi
Antara perkongsiannya:
1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak-anak, bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri untuk istiqamah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Al Quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin & Khamis dan sebagainya. Tambah-tambah lagilah untuk mendidik orang lain. Maka bersabarlah dalam mendidik. Dalam banyak-banyak keadaan, matlamat kita untuk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
2.Tuntutlah ilmu secara berterusan. Walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tapi jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dengan nama yg baik sebab itu adalah labelnya.
4. Letakkan misi dan visi yang jelas kepada anak. Jadi hamba Allah yang baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yang baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK daripada didik anak jadi CERDIK.
5. Anak bukan milik kita tapi amanah Allah kepada kita. Didiklah anak mengikut kehendak Pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, tapi bawalah anak-anak kepada Allah.
6. Ibu sama dengan bulan Ramadhan sebab ibu adalah madrasah anak-anak dan bulan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu adalah cuaca dalam rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kepada anak daripada ayah.
Sebab itu hadiah terbaik seorang ayah untuk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. Yang sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan. Didiklah isteri secara berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
8. Didiklah anak dengan Al Quran. Ibnu Sina, Hafiz Al-Quran pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dalam kandungannya ia telah dididik oleh ibu yang hafizah Al Quran. Kita bukan hafiz Al Quran tetapi pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.
9. Ibu bapa pemimpin kepada anak-anak. Pemimpin yang baik adalah yang besar pengaruhnya kepada anak-anak. Sekarang nie anak-anak tadika lebih percaya ustaz-ustazah di sekolah daripada ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan daripada ibu bapanya. Akhirnya, ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.
10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa cinta kepada kepercayaan. Dalam rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama daripada dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yang mencintai suaminya tapi tidak mempercayainya.
11. Walk the talk. Didiklah diri kita dalam usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dengan membanyakkan amalan sunat. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
12. Niatkanlah kebaikan yang kita lakukan seperti sedekah dan sebagainya sebagai tawassul untuk anak-anak menjadi baik. Contoh: Semoga dengan sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..
13. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bukan kerana sayang diri kita. Contoh: kita jadikan anak-anak kuda lumba untuk kebanggaan kita. Anak dapat result yang baik terus war-warkan. Anak yang tak dapat result elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita. Jangan membezakan anak-anak yang pandai dengan yang kurang pandai.
Sedikit perkongsian untuk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan...
#sharingisloving

Pam
susu payudara adalah benda yang penting bagi kita yang berkerja dan
menyusukan anak kerana ianya memudahkan tugas untuk mengepam susu
dengan lebih lancar dan sekaligus senang untuk buat stok susu...
Tapi
apa caranya kita untuk membeli pam susu yang terbaik? Semoga panduan
berikut dapat digunakan sebaiknya ketika membeli pam payudara. Ini
kerana setiap ibu mempunyai keperluan yang berbeza antara satu sama
lain.

1.
Bajet
Ini
faktor paling penting! Beli ikut kemampuan awak, jangan ikut orang
lain. Pam yang mahal tidak semestinya sesuai untuk awak. Kini ada
banyak pilihan pam berkualiti dengan harga mampu beli. Jika hendak
berjimat, awak juga boleh beli pam terpakai yang masih berkualiti
atau beli di jualan murah gudang yang menawarkan harga menarik.
2.
Jenis
Terdapat
empat jenis jam iaitu manual, menggunakan kuasa bateri, elektrik
sahaja dan gabungan bateri elektrik. Pam manual menggunakan tangan.
Ia agak meletihkan tetapi harganya lebih murah. Ia sesuai untuk ibu
yang jarang mengepam iaitu suri rumah.
Pam
bateri perlu dipastikan jangka hayatnya bertahan lama. Pam elektrik
lebih mudah dan tidak memenatkan. Paling seronok jika memiliki pam
yang mempunyai dua cara operasi iaitu bateri dan elektrik.
3.
Keselesaan
Jika
tidak selesa bagaimana awak hendak menghasilkan susu yang lancar.
Oleh itu pastikan corong pam yang dilekapkan ke payudara mempunyai
alas getah yang lembut dan selesa.
4.
Daya tahan
Jika
awak mengepam dengan kerap, pilih jenis pam yang memiliki motor mampu
bertahan lama. Jangan terpengaruh dengan harga promosi. Bimbang nanti
motor pam awak tidak mampu bertahan lama.
5.
Daya hisapan
Sebaiknya
pam yang dipilih mempunyai ciri hisapan sama seperti bayi menyusu.
Pam begini akan membantu awak mengeluarkan susu lebih lancar dan
tidak membuatkan awak berasa sakit ketika mengepam.
6.
Alat ganti
Jangan
terpengaruh kepada harga promosi atau rekaan yang menarik. Tetapi
pastikan pam yang dibeli mempunyai alat ganti yang mudah diperoleh.
Selain itu, pam yang dibeli juga mudah ditanggal dan dipasang untuk
dibersihkan.
7.
Bunyi
Aspek
ini tidak kurang pentingnya. Pam yang mengeluarkan bunyi bising
ketika digunakan sudah tentu membuatkan awak kurang selesa kerana
bimbang orang lain mendengar bunyi pam awak. Dapatkan pam yang senyap
atau kurang bunyi. Barulah tenang masa mengepam!
8.
Mobiliti
Pam
yang bagus adalah jenis yang mudah dibawa ke mana-mana terutama
sekiranya awak jenis ibu berkerjaya yang selalu bekerja luar kawasan.
Tentu sukar membawa pam yang mempunyai banyak bahagian ke mana-mana.
9.
Tunggal atau berganda
Awak
perlu memilih sama ada hendak mengepam secara tunggal atau berganda.
Bagaimanapun ibu bekerja digalakkan memilih pam berganda kerana boleh
mengepam kedua belah payudara serentak dan menjimatkan masa ketika
bekerja.
10.
Saiz dan berat
Jika
awak seorang yang selalu bertugas di luar pejabat, digalakkan memilih
pam yang ringan, kecil dan mudah dibawa. Sekurang-kurangnya ia
memberi semangat untuk terus mengepam. Maklumlah kalau pam besar dan
berat, nanti awak jadi malas hendak mengepam.
Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semula jadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.
Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.
Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan. Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.
1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
4. Banyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.



5. Amalkan juga membaca Surah Taha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.



6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:

7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud:


9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
10. Saat anak-anak bergaduh baca surah al-Baqarah, ayat 102, yang bermaksud:

11. Anak-anak pandai belajar baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud:
12. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran baca surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud:
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dunia dan akhirat. Jadi, amalkanlah demi kesejahteraan seisi keluarga. Jadikan doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.. Semoga dengan doa-doa ini kita dapat mendidik anak-anak kita ke arah kebaikan dan Insha Allah akan selamat di dunia dan di akhirat..
Cuti
sekolah dah bermula kan, hehehe.. Sebenarnya dari akhir bulan
November lagi dah start dah cuti sekolah.. Tapi ada anak2 kita yang
tahun depan yang akan masuk ke tadika atau pra-sekolah kan.. Mesti
mereka tak sabar nak ke sekolah. Tapi kita perlu sediakan anak-anak
kita untuk menghadapi situasi di tadika kan.. Jom kita semak apa yang
kita perlu buat supaya anak-anak kita lebih bersedia untuk ke tadika.
a)
Mengajar anak kita secara tak formal di rumah contohnya cara pegang
pensel dengan betul dan mengajar mereka mewarnakan gambar.
b)
Melatih anak kita untuk menjaga peralatan peribadi seperti beg
sekolah, kasut dan perkakasan sekolah.
c)
Mengajar kita untuk bercakap dengan cara yang betul dan jelas, bukan
cara yang pelat.
d)
Ibu bapa hendaklah menyediakan keperluan yang lengkap. Contohnya
pakaian seragam sekolah, perkakasan sekolah seperti beg dan alat
tulis, bekalan makanan dan minuman sekiranya pihak tadika tak
sediakannya.
e)
Kita perlu menerangkan kepada anak-anak tentang tujuan pergi ke
tadika.
f)
Mengajar anak kita cara untuk menjaga keselamatan diri ketika berada
di sekolah atau pun luar sekolah, juga ketika mereka pergi dan pulang
dari sekolah.
g)
Memberitahu pada anak-anak agar tidak mengikuti orang-orang yang
mereka tak kenal.
h)
Memberitahu pada anak-anak tentang cara menjaga kebersihan diri dan
juga peralatan sekolah mereka.
i)
Mengajar anak supaya berdikari ketika berada di sekolah dengan
memberikan kata pujian.
j)
Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan anak-anak dan bercerita pada
mereka tentang tadika mereka.
Semoga
maklumat nie dapat membantu pada mak ayah yang baru pertama kali nak
hantar anak mereka ke tadika.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons