Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Didik Keluarga Tentang Istiqamah

Friday, January 25, 2013


Assalamualaikum wbt...
Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun masih ramai yang belum jelas tentang maksud sebenar istiqamah. Jom bersama kita mencari pengertian istiqamah dan bagaimana mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.
 
Umumnya, maksud istiqamah ialah berdiri teguh atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan dan tidak akan berganjak sedikit pun walau pelbagai rintangan mendatang. Secara ringkasnya, cita-cita atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik akan sentiasa berhadapan dengan cabaran. Tetapi, jika kita kuat dan punyai prinsip atau pegangan hidup yang mantap, pasti kita akan berjihad, berjuang bermati-matian untuk merealisasikan cita-cita. Pendirian teguh inilah istiqamah.
 
Untuk lebih jelas, kaitan hal ini dalam kehidupan kita. Contohnya, azam untuk mengajak anak-anak bersembahyang subuh berjemaah di masjid setiap hari. Azam tersebut adalah cita-cita murni yang memang patut dilaksanakan untuk meraih keredaan Allah SWT dan keberkatan dalam hidup. Jika di rumah sendiri tentu tidak ada masalah. Tetapi, jika kita pulang ke kampung, pergi melancong atau keluar daerah atas urusan kerja, bagaimanakah untuk mengekalkannya? Bagaimanakah untuk istiqamah? Ketika inilah munculnya cabaran. Cabaran untuk tetap solat subuh berjemaah di masjid meskipun di mana pun berada. Sebenarnya cabaran atau rintangan seperti itu bukanlah satu masalah yang besar lebih-lebih lagi apabila jiwa kita sudah dipenuhi iman. Agar dapat terus mengamalkan solat subuh berjemaah di masjid walaupun berada di luar daerah, carilah tempat penginapan yang hampir dengan masjid. Jika ini menjadi amalan kita dan dalam masa turut mengajak anak bersama melaksanakannya, tentu amalan baik ini mampu diteruskan hingga ke anak cucu. Insya-Allah.
 
Begitu juga istiqamah dengan Al-Quran. Sekiranya kita sudah berazam mahu membaca Al-Quran setiap hari, kita perlu teruskan tidak kira di mana pun berada. Dicadangkan agar kita menetapkan masa yang sama untuk membacanya setiap hari. Misalnya, ketika selesai solat Maghrib sementara menunggu solat Isyak. Masa itu, ajak anak bersama-sama membaca Al Quran. Walaupun ada ketikanya, kita tidak dapat membaca banyak atas kekangan tertentu seperti ada tetamu, tidak mengapa. Yang pentingnya Al Quran tetap dibaca setiap hari.
 
Kita pun perlu istiqamah dalam mendidik anak-anak tentang Islam. Didik dan amalkan cara hidup Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ajak diri sendiri dan anak-anak beribadat, menjalani kehidupan seharian dan berdakwah cara Rasulullah SAW. Beritahu anak tentang kelebihan-kelebihan melakukannya. Misalnya, kelebihan solat di awal waktu, kelebihan solat berjemaah, kelebihan membaca Al-Quran dan kelebihan berdoa sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan tidak faham tentang apa yang kita cakapkan, jangan berputus asa.

Seelok-eloknya gunakan bahasa dan contoh yang mudah agar anak memahaminya. Meskipun banyak yang menghalang proses pembelajaran daripada berjalan lancar, teruskan mendidiknya tanpa jemu. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung.

Pada dasarnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya untuk beberapa ketika. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad.

5 Elemen Utama Istiqamah 
  1. Berpegang kepada akidah yang benar.
  2. Melaksanakan tuntutan syariat berpandukan Al-Quran dan Hadis.
  3. Mempunyai prinsip hidup dan keyakinan diri yang mantap.
  4. Tidak terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi kebenaran.
Cara Untuk Meraih Istiqamah 
  • Kesedaran dan kefahaman yang benar
  • Untuk mencapai darjat istiqamah yang maksimum, pemahaman terhadap ajaran Islam secara sempurna sangat-sangat diperlukan.
  • Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia dan akan tetap istiqamah menghadapi godaan walau sedahsyat mana sekali pun.
  • Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar.
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasakan pengawasan-Nya setiap masa.
  • Bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melaksanakan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
  • Bergaul dengan orang yang istiqamah. Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan. Bahkan dalam Al-Quran disebutkan bahawa perkara yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat.
  • Mu’qabah atau menghukum diri sendiri atas kecuaian yang dilakukannya.
  • Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah dan mengambil teladan daripadanya.
  • Berdoa kepada Allah SWT agar kita mampu beristiqamah. Doa adalah senjata umat Islam.
In: InFOrMaSi, IsLaMiC

1 comment

  1. Rabiahtul adawiyahOctober 25, 2017 at 8:48 PM

    tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Program Wacana Manuskrip Melayu ; Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ►  2025 (33)
    • ►  May (6)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ▼  January (16)
      • Halia Tua Kecutkan Rahim
      • Daun Hujan Lebat Atasi Kuning Bayi
      • Petua Untuk Ibu Hamil
      • Kaedah Banyakkan Susu Ibu
      • Rahsia Persenyawaan
      • Didik Keluarga Tentang Istiqamah
      • Salam Maulidur Rasul
      • Setelah lama bercuti...
      • Maaf lama tidak mengemaskini....
      • Berita sedih. Hubby kemalangan
      • Dengar lagu Number One For Me by Maher Zain
      • Review : Ghost In Your Arms Again (2010)
      • Gembira betul
      • Hari Jumaat sudah tiba....
      • Apakah azam tahun baru??!
      • Selamat Tahun Baru 2013
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist April 2025

  • Drawing the Words
    Erti Bahagia Sebenar
  • fairusmamat.com
    Masjid Agung Melaka: Saksi Bisu Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
  • Blog Rabia Adawiyah
    Shopping
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WORDLESS WEDNESDAY 13/25 :.
  • Sembang Sorang
    Apa Yang Terlepas Dua Minggu Sepi Ni?
  • Camdandusler
    FREDERIC PATRICK MUADİL KOKULAR
  • cikcappuccinolatte
    Mutiara Terhasil, Luka Jadi Nilai
  • LeYa Blog
    Kolaborasi antara Good Virtues Co. bersama Richiamo Coffee & Watsons Malaysia Memperkenalkan Habbatus Sauda dalam Minuman
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Lega Selamat Sampai
  • Serbia – D'Cat Queen
    EUROPE TRIP (PART 3) EXPLORING THE BEAUTY OF BEOGRAD, SERBIA

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.