Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba
anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu
maknanya badan kita ini penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut
boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya,
kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman
perempuan kita pula, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.
Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan
berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan
masing-masing, kalau yang suka marah-marah itu mungkin angin dalam badan
banyak. Sebab
itulah selalu rasa hendak marah dan naik angin sahaja.
Selain itu, pernah atau
tidak anda mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembap? Jika ya,
itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari
berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah
resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Selain itu, urat biru
/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis
kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam
kehidupan sehariannya.
Seterusnya,ini yang
paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.
cuba anda perhatikan betul-betul pada kuku setiap jari anda..Jika
terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda
mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tapi berlainan pula
sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada
ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..Insya Allah...
Ramai manusia yang
mengorbankan
kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi
akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali
kesihatan yang hilang.. Oleh itu, jagalah kesihatan anda seperti mana
anda menjaga diri dan keluarga kerana kesihata itu penting untuk diri
kita....
Sebenarnya aku
ingin membuat promosi tudung daripada salah satu blog bisnes kepunyaan adik perempuan aku dan rakannya...Mereka baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan tudung hijab... Macam-macam ada....
Pelbagai tudung dengan rekaan terbaru yang diambil terus dari kilang
dengan harga yang berpatutan... Untuk keterangan lanjut sila lawati
laman blog yang tertera di bawah :-
http://comey-comeybiz.blogspot.com

Assalamualaikum,
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua seluruh rakyat Sarawak.... Wah, best la sebab hari ini kamu semua dapat cuti umum, hari Jumaat pula...So dapat 3 hari cuti kan, hari esok dan lusa... hehehe apapun hati-hati di jalan raya kerana malang tidak berbau.... Pada adik-adik yang sedang bercuti sekolah, jangan lupa buat kerja rumah yang cikgu telah bagi pada kita....
HARI GAWAI
Gawai Dayak
merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera
Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai
dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964,
apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan
Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.
Gawai
Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah
panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada
dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang
khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan
persembahan.
Selepas
upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang
pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan
dihiasi dengan makanan dan minuman.
Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali
sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik
orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban
pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup
berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
Pada umumnya Gawai dalam budaya Dayak terdiri dari beberapa jenis
Gawai. Gawai tersebut terdiri dari gawai untuk orang meninggal atau
gawai kubur, gawai untuk pantang kampung, gawai untuk mengucap syukur
atas panen padi dan sebagainya. Jadi gawai sendiri terdiri dari beberapa
jenis salah satu yang populer adalah Gawai Padi atau Harvesting Gawai.
Gawai sendiri dilakukan oleh kaum bangsa Dayak pada umumnya. Dayak dari
berbagai sub sukunya memiliki gawai serupa yang bertujuan mengucap
syukur kepada Tuhan atas berkat panen padi dan berbagai sayur mayur di
ladang. Jadi gawai sendiri memiliki nama beragam sesuai sebutan
masing-masing sukunya. Gawai padi adalah gawai yang sangat umum dalam
kehidupan masyarakat Dayak. Dayak Iban menyebutnya Gawai Padi, Dayak
Bidoih/Bidayuh menyebutnya Gawa Semangat Padi atau nosuminu. Dayak
Sarawak dan Dayak Kalimantan Barat memiliki ciri yang sama dalam hal
budaya Gawai tersebut sebab keduanya memang satu yang dibagi dalam dua
negara. Budaya Gawainya sama persis dan dari namanya juga sama yakni
gawai. Gawai sendiri merupakan ritual khusus kepada
Jubata/Petara/Penompa/Sang Hyang/yang berisikan sesajen dan peralatan
berladang yang disamaikan kepada Tuhan melalui doa doa khusus dalam
bahasa Dayak itu sendiri dengan maksud dan tujuan agar kehidupan
masyarakat Dayak di kampung tersebut atau di wilayah tersebut diberkati
dalam kehidupannya termasuk apa yang telah Tuhan berikan sangat patut
sebagai manusia mengucapkan terima kasih kepada Nya dalam wujud pesta
padi atau Gawai padi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons