
Assalamualaikum,
Hari ini aku memesan Domino's Pizza
kerana aku terasa amat malas untuk keluar dan aku tidak mahu keluar
pada waktu tengahari... Jika dahulu aku tidak berapa gemarkan
Domino's Pizza tetapi sekarang selera aku berubah sama sekali...
Sebenarnya aku suka pada banana pie yang agak sedap bila dimakan,
rupanya seperti pizza yang lain, cuma ianya tiada keju sahaja...
Minggu depan aku akan mula berkursus bersama-sama dengan 4 orang
sahabat aku yang juga rakan sekerja dengan aku... Aku mengambil
Kursus Bina Insan yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) selama 3 hari berturut-turut, bemula pada
8hb hingga 10hb Mei ini...Yeaa... Akhirnya aku dapat pergi ke kursus
ini dan ianya akan menjadi lengkap nanti, Insya-Allah....

Hari pertama aku menjalankan tugas
setelah beberapa mengambil cuti dan ditambah dengan cuti umum
baru-baru ini... Penyakit malas mula menyerang aku dan aku tidak akan
tunduk pada penyakit itu... Aku akan cuba untuk menentang penyakit
yang sememangnya menjadi lumrah kehidupan manusia... Minggu depan
pegawai aku akan mula bertugas dan aku adalah antara orang yang
paling gembira sekali dengan kepulangan dia... Selain daripada
bebanan kerja aku berkurangan, aku telah dapat kembali sahabat yang
menjadi teman bicara dan teman pendengar yang baik buat diri aku....

Lama betul rasa aku tidak mengemaskini blog, sampai naik sawang sudah blog aku ini... Maklum saja, pegawai aku cuti bersalin dan aku tinggal sendirian di dalam office ini dan aku tidak mempunyai banyak masa untuk mengemaskini blog... Hendak mengharapkan pada broadband, memang tidak boleh pakai, kalau setakat hendak mencari maklumat, sudah mencukupi tapi speed broadband tidak laju apabila aku ingin membuka blog aku... Apa khabar kawan-kawan semua? Terasa rindu pula aku pada kamu semua.... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada sesiapa yang bekerja, sama ada di pejabat mahupun di rumah... Bak kata orang, semua orang bekerja biarpun hanya duduk di rumah... hehehe... Aku berada di rumah keluarga hubby sekarang ini kerana bercuti... Aku mengambil cuti sempena cuti umum ini, sudah agak lama kami tidak balik ke kampung hubby... Kadang-kadang seronok juga dapat melihat negeri orang walhal perkara yang sama saja yang nampak, cuma design sesetengah rumah amat mengagumkan aku... Pegawai aku akan mula bekerja pada 7hb Mei ini, dan aku akan mempunyai teman lagi.... Kadang-kadang seronok juga duduk keseorangan dan kadang-kadang bosan melanda diri.... Aku tetap sukakan pekerjaan ini dan insya allah aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik pada pekerjaan aku ini kerana aku amat sayangkan pekerjaan aku ini... Biarpun ramai orang tidak mengetahui hakikat sebenar di sebalik bidang kepustakawanan tapi sekurang-kurangnya mereka tahu serba sedikit tentang bidang ini.... Banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku dan insya allah aku akan menceritakan serba sedikit...Antaranya aku telah selamat menjalani rawatan IUI tetapi Allah masih tidak mengizinkan aku memperolehi zuriat lagi.... Dan insya allah aku akan mencuba untuk kali kedua dan jika tidak berjaya aku akan mencuba dengan kaedah IVF... Melihat kejayaan beberapa pasangan yang bertahun-tahun tidak mempunyai zuriat akhirnya tercapai impian mereka untuk melihat cahayamata dengan bantuan IVF... Jikalau tidak, insya allah jika tidak ada aral melintang, aku akan menunaikan umrah bersama-sama dengan ummie dan hubby pada tahun depan.... Doakan aku berjaya.... Walaupun terasa pahit untuk ditelan tetapi aku redha dengan ketentuan Ilahi dan aku akan berusaha lagi untuk mendapatkan zuriat... Sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan dosa orang yang mengumpat dan mengata pada aku dan hubby kerana aku tidak mahu ' mereka' terus menerus mendapat dosa kering disebabkan aku... Kadang-kadang aku kasihan pada hubby kerana kami tidak mempunyai zuriat dan aku akan cuba untuk membahagiakan dia walaupun hubby tidak berkata apa....


Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons