
" Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Wan Rifah Nadzirah Binti Razali, Allah selamatkan kamu...."
Kak Nur hendak mengucapkan " Selamat Hari Lahir " khas untuk adik perempuan Kak Nur yang comel ini...Semoga Azie dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati, dilindungi dan diberkati Allah selalu.. Semoga Azie dimurahkan rezeki dan semoga apa yang Azie hajatkan akan dimakbulkan oleh Allah SWT hendaknya... Amin.....

Assalamualaikum... Suasana pagi di Cameron Highlands sememangnya sejuk menggeletar sampai ke tulang sehingga menyebabkan aku terpaksa mandi air panas sekali lagi bagi mengurangkan rasa sejuk di badan aku...Hubby pun begitu juga sehingga dia terpaksa memakai baju sejuk...Acara pada pagi kami adalah pergi ke gerai makanan untuk sarapan pagi... Dan menu pada pagi ini adalah nasi lemak ayam berempah...Kemudian kami ke taman rama-rama untuk melihat pelbagai jenis rama-rama yang terdapat di Cameron Highlands...Lepas tengok rama-rama kami ke ladang teh Cameron Valley dan kami membeli pelbagai jenis teh berperisa untuk dibawa balik ke Sepang...hehehe memang seronok sekali sehingga kami tidak sedar petang menjelma...Kemudian kami bergerak ke Tanah Rata untuk menikmati makan malam dan aku tertarik dengan menu minuman yang terdapat di gerai makanan..Air jus strawberi... yumm...yumm...Aku pun mencuba jus tersebut dan rasanya wowwww.... memang sedap dan hubby berebut dengan aku untuk minum jus strawberi sebab dia cuma pesan teh ais saja.....Kemudian kami pulang ke rumah penginapan kerana penat sudah menguasai badan kami dan suasana malam di Cameron Highlands amat sejuk sekali...Tentu kamu semua hairan kenapa aku boleh mengemaskini blog aku ini kan... sebenarnya aku dapat wi-fi percuma di sini dan sebab itulah aku dapat mengemaskini blog dan gambar untuk tatapan kamu semua... hehehe itulah bagusnya...Okay, ini adalah gambar untuk tatapan hari ini.... Enjoy it !
![]() |
| Sedang menikmati air jus strawberi... |
![]() |
| Berhampiran dengan taman strawberi... |
![]() |
| Bunga ini ada ditanam di rumah aku tetapi tidak sebesar ini..huhuhu jealous betul.. |
![]() |
| Posing dengan bunga yang cantik... |
![]() |
| Aduh, cepatlah ambil gambar cik abang oiii...Sudah lenguh duduk begini.... |
![]() |
| Bunga ini pertama kali aku melihat...memang besar dan cantik... |
![]() |
| Alamak!! Ini air terjun buatan ke atau air longkang??? hehehe |
![]() |
| Ambil gambar bersama dengan rama-rama comel di samping dengan bunga tahi ayam....hehehehe |
![]() |
| Di dalam Taman Rama-Rama...Bayar RM5 seorang... |
![]() |
| Ini adalah sarapan pagi kami..Nasi lemak ayam berempah... Hmm.. Sedap !!! |
![]() |
| Jus strawberi yang pertama kali aku mencuba.... memang TERBAIK !!! |
![]() |
| Posing sementara menunggu hubby isi minyak kereta.... |
![]() |
| Ini dekat tempat duduk ladang teh Cameron Valley.... |
![]() |
| Wajah kesayangan hamba.... |
![]() |
| Baik-baik Sayang...Nanti jatuh nanti... |
![]() |
| Penatlah berjalan-jalan...Rehat sebentar bersama Kit Kat.... |
![]() |
| Alamak ! Kenapa rama-rama ini memandang pada aku?!! |
![]() |
| hehehe tengok...Sayang pun boleh jadi kawan pada rama-rama ini... Bukan abang seorang saja tau.... |
![]() |
| Bunga raya yang memang besar yang pernah aku lihat seumur hidup aku.... |
![]() |
| Di hadapan ladang teh Cameron Valley.... |
![]() |
| Jauh perjalanan luas pemandangan.... |
![]() |
| Pintu gerbang ladang teh Cameron Valley..... |

Al-Hamdulillah, akhirnya kami sampai di Cameron Highlands... Yahooo... Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah permudahkan perjalanan kami...Al-Hamdulillah...Aku berasa amat seronok sekali kerana dapat bercuti dengan hubby tercinta kerana inilah kali pertama kami berdua pergi ke Cameron Highlands...Kami bernasib baik kerana tidak sesat dengan adanya bantuan GPS handset milik aku dan kami sememangnya tidak sesat...Kami melalui jalan Lebuhraya Elite kemudian diikuti dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan kami masuk ikut tol Simpang Pulai kerana menurut rakan-rakanku yang pernah pergi ke Cameron Highlands, jalan di Simpang Pulai adalah lebih baik jika dibandingkan dengan jalan Tapah dan GPS aku pun menunjukkan arah jalan yang sama iaitu Simpang Pulai...Pemandangan di Cameron Highlands sememangnya cantik dan aku amat berbangga kerana tinggal di bumi Malaysia....Kami sampai di rumah peranginan persekutuan pada pukul 1.55 petang dan kami mula check in masuk ke suite room pada pukul 2.00 petang.... Kami kemudiannya masuk ke dalam suite room dan ternyata ianya sungguh besar sekali dan boleh memuatkan sebuah keluarga tinggal di suite room ini... Aku dan hubby berehat seketika sebelum kami keluar semula untuk menikmati udara Cameron Highlands di waktu petang... Kami bertolak dari rumah peranginan persekutuan pada pukul 4.30 petang dan kami pergi ke Kea Farm yang jaraknya kira-kira 2 kilometer dari rumah penginapan kami... Kelihatan ramai orang yang membeli barangan di sana kerana Kea Farm ini diibaratkan seperti pasar sayur dan buah-buahan... Kami tertarik dengan suasana begini dan hubby telah membeli jagung mutiara bakar dan rebus 4 tongkol....Kata orang jagung mutiara ini amat manis sekali dan kami pun mencuba untuk merasa jagung mutiara yang manis itu... Ternyata ianya amat manis sekali dan aku amat gembira dan seronok...Kemudian kami membeli satu kotak buah strawberi yang amat terkenal di Cameron Highlands...Kami kemudian bergerak ke gerai makan untuk menikmati makan malam dan setelah itu kami pun pulang ke rumah penginapan kami pada pukul 7.20 malam... Suasana di Cameron Highlands amat sejuk sekali dan aku tidak sesekali untuk mandi menggunakan air sejuk sebaliknya aku mandi menggunakan air panas...Esok kami akan keluar lagi berjalan-jalan di Cameron Highlands dan di dalam fikiran aku memang banyak tempat yang perlu kami lawati semasa berada di Cameron Highlands...Okay, inilah gambar-gambar semasa aku berada di Cameron Highlands...
![]() | |
| Inilah Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands khas untuk kakitangan kerajaan..Memang murah !! Rugi tau kalau tidak pergi ke sini... |
![]() |
| Inilah jagung mutiara yang aku sebutkan..Bezanya dengan jagung biasa adalah isinya...Tengok..Ada warna putih seperti mutiara kan.... |
![]() |
| Suasana di Kea Farm... Memang ramai orang yang berkunjung di sini... |
![]() |
| Inilah pasar di Kea Farm... Macam-macam ada... |
![]() |
| Bilik penginapan aku..Macam mana? Besar bilik ini kan... |
![]() |
| Pemandangan yang cantik... |
![]() |
| Hai kawan-kawan..Jangan jealous yea....hehehe |
| Buah strawberi yang aku beli...RM10 untuk satu kotak.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)





























Social Icons