Assalamualaikum wbt..
Haa, mesej nie dikhaskan kepada peminat buku.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bakal muncul tak lama lagi..!!!!
Jom kita simpan dan lock tarikh nie dalam kalendar masing-masing...
Tarikhnya adalah 23hb Mei sehingga 1hb Jun 2025, bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam...
Planning saya..?
Dah tentulah ada planning nak pergi.. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air".. Saya telah masukkan dalam kalendar aktiviti library saya.. Hihi macam biasa saya akan jadi pemandu pelancong hujung bulan nie...
Okay, ada yang tahu tak aktiviti yang dijalankan secara serentak seluruh negara pada 22hb dan 23hb April 2025 yang lepas..? Yea betul...
Ianya adalah Program Jom Baca Bersama 10 Minit...
Tapi library saya tak buat pada hari tersebut kerana kekangan masa dan masa tuepun abang dan kakak bomba masih sibuk dengan pelbagai tugasan terutama tentang kes kebakaran yang terjadi di Putra Heights baru-baru nie... Oh ya..! Hari nie adalah hari sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia...
Jadi, team library buat keputusan untuk laksanakan program nie pada hujung bulan Mei, jangkaan tarikh 27hb sehingga 29hb Mei 2025... Planning program yang nak buat adalah kursus pengurusan sistem library (LIBRARIKA), Program Jom Baca Bersama 10 Minit (ada games) dan lawatan ke pesta buku.. Secara kebetulan, pada 29hb tue hari pertama cuti persekolahan, kan... Jadi memang ramailah staf yang nak pergi, sebab boleh bawak anak-anak...
Nanti saya share cerita tentang program library nie...
Jangan lupa tau lock tarikh untuk pergi ke pesta buku..
aktiviti menarik masa cuti sekolah ni. InsyaAllah ada kelapangan kita pergi PBAKL ni kak shikin. Macam dah lama giler tak pergi. Paling malas nak bersesak tu puncanya...^_^!
ReplyDeleteMenarik itu macam-macam program buat.
ReplyDelete