Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Friday, May 16, 2025


Assalamualaikum wbt...
Saya cuma share daripada rakan sejawat di Kementerian Komunikasi, mereka ada membuat satu pertandingan dan mereka bekerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apa yang menariknya adalah hadiahnya dan hadiah utama adalah sebanyak RM800 cuma tak pasti sama ada hadiahnya berbentuk hadiah barangan ataupun wang tunai...

Hadiah utama
RM800

Hadiah kedua
RM700

Hadiah ketiga
RM500

Hadiah saguhati
RM300 x 3 

✨Syarat Utama✨
✴️ Warganegara Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas
✴️ Buku diulas dalam Bahasa Melayu SEPENUHNYA
✴️ Durasi video tidak lebih 3 minit, penuh kreativiti dan tiada unsur plagiat atau melanggar isu-isu senstitif
✴️ Penyertaan PERCUMA dan terhad kepada SATU penyertaan sahaja
✴️ Keputusan juri adalah muktamad

Camne nak join..?

Awak perlu klik pautan nie...


Atau awak boleh scan QR Code yang tertera pada poster di atas tue...

Tarikh pertandingan ini bermula pada 15hb Mei sehingga 30hb Jun 2025..

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urus setia pertandingan melalui e-mel psm1@komunikasi.gov.my atau talian telefon 0389117886.

Jomlah join... Mana tau awak boleh menang hadiah utama.. Banyak tue nilai hadiahnya...

Semarakkan Bahasa Jiwa Bangsa, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧