Spa dan salon Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Saturday, August 20, 2022

Assalamualaikum wbt...
Dulu, masa muda-muda saya memang suka berambut panjang.. Tapi seiring dengan peningkatan usia nie, rasa macam tak selesa pulak.. Lebih-lebih lagi bila hari bekerja, sebab ambik masa untuk keringkan rambut.. Untuk potong sendiri rambut tue bolehlah buat, tapi rasa macam senget benget la pulak...

Jadi, kedai salon la yang menjadi sasaran carian saya... Memandangkan saya memandang berat tentang aurat, jadi dah tentu saya akan cari salon bercirikan muslimah.. 

Kat Salak Tinggi nie ada satu salon yang mesra muslimah, ianya terletak di Kosmopleks Salak Tinggi... 

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House


RAYANA BEAUTY HOUSE

Sebenarnya salon nie bukan memberi perkhidmatan rawatan rambut jea, tapi juga memberi perkhidmatan spa yang lain seperti rawatan muka, rawatan badan dan rawatan untuk bakal pengantin. 

Saya memang selalu ke sini sebab ianya memang mesra muslimah, pekerja pun memang terdiri daripada kaum wanita melayu..  Sebab apa suka pada spa nie..? Sebabnya premis spa nie memang tak benarkan kaum lelaki untuk masuk di dalam premis, walaupun hanya untuk menemani isteri... Mereka perlu tunggu di luar... 
Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Perkhidmatan yang diberikan pun memang terbaik, kawasan persekitaran pun macam tenang jea.. Bayangkan masa awak tengah berurut, dengan pelbagai alunan seperti Al-Quran, zikir ataupun muzik yang boleh menenangkan perasaan kita.. Pernah la terjadi pada saya, tertidur masa buat rawatan muka, hihihi.. Sebab alunan Al-Quran yang begitu menenangkan kat halwa telinga yang menyebabkan mata terkatup... Nasib baik la tidur tak berdengkur... hihihi

Pekerja pun melayan pelanggannya dengan penuh sopan dan amat mesra pelanggan.. Kadang-kadang pemilik spa nie sendiri akan turun padang untuk sama-sama memberi rawatan kepada pelanggannya...

Kalau awak nak pergi ke spa nie, awak perlu membuat temujanji terlebih dulu.. Sebab apa..? Walaupun PKP telah habis, tapi premis nie masih menitik beratkan soal SOP... Lagi satu, awak tak perlu menunggu lama kat kedai tue sementara pelanggan lain sedang melakukan rawatan...

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Saya dah mencuba ke semua perkhidmatan yang ditawarkan dan markah yang saya berikan adalah markah penuh.. Memang berbaloi sangat untuk ke sini dan saya memang tak cari dah spa yang lain... Yang paling best adalah buat rawatan mandi susu, rasa macam seorang ratu pulak.. Dengan bauan aroma yang menenangkan, ianya juga merupakan terapi untuk badan kita.. Maklumlah, penat bekerja kat dalam pejabat, mandi susu nie memang pilihan yang terbaik... 

Bagi awak yang duduk kat kawasan sekitar Salak Tinggi, bolehlah singgah kat sini... Harga untuk setiap yang ditawarkan pun agak berbaloi, dan kena dengan perkhidmatan tue sendiri...

Spa Muslimah Salak Tinggi | Rayana Beauty House

Nak temujanji, awak boleh hubungi :-

019-3374683 (Rayana Beauty House)

Menurut pemilik spa nie, dia sedang mencari pekerja spa, jadi kalau ada kawan-kawan atau saudara mara yang sedang mencari kerja di kawasan Salak Tinggi, bolehlah hubungi nombor tertera di atas... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



4 comments

  1. Seronoknya kalau sekali-sekala dapat memanjakan diri di tempat begini.

    ReplyDelete
  2. murahnya harga dia. Dekat KL tak dapat dah. Saya area Wangsamaju banyak salon Muslimah tapi mahal

    ReplyDelete
  3. Seronoknya lagi2 pemilik nya dan staff soft spoken kan mmg rasa nk repeat pergi sini selalu kan

    ReplyDelete
  4. cantiknya bahagian dalam spa muslimah ni. Baru lah rasa selesa nak pergi spa bila tak ada lelaki

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧