Selamat tinggal wahai kesayanganku..

Thursday, January 13, 2022


Assalamualaikum wbt..
Dua tiga hari nie saya berasa down sangat... Mungkin ada di kalangan awak dah mengetahui cerita saya melalui story FB dan status whatsapp.. 

Saya kehilangan 12 ekor kucing kesayangan saya akibat serangan virus Parvo!!!

Saya sendiri tak menjangka ianya akan berlaku pada kucing-kucing saya.. Untuk pengetahuan awak, saya telah menjaga 30 ekor kucing baka kampung dan kalau diikutkan sejarah, kucing ini adalah merupakan asal kucing jalanan, tapi saya mengambilnya dan menjaganya dengan sebaik mungkin...

Pada asalnya kucing-kucing saya nie saya akan lepaskan di dalam rumah dan tidak dikurung, tapi memandangkan saya nak buat renovation rumah tak lama lagi, saya terpaksa meletakkan mereka di dalam sangkar yang besar yang saya buatkan khas untuk mereka, di mana ianya boleh menempatkan 20 ekor di dalamnya.. Manakala yang 7 ekor lagi saya tempatkan di dalam sangkar yang berlainan, hanya 1 ekor saja (kucing jantan) yang berada di dalam rumah sebagai peneman saya dan hubby, 2 ekor kucing jantan lagi hanya balik sesekali sekala kerana diorang lebih suka duduk di luar rumah berbanding di dalam rumah..

Berbalik pada cerita saya tadi... Kisahnya bermula pada hari Sabtu lepas, sebenarnya masa tue saya mengalami demam selesema.. Selalunya saya sendiri yang akan membersihkan sangkar dan bermain dengan kucing yang berada dalam sangkar, tapi dek demam, saya meminta hubby untuk membantu membersihkannya.. Kemudian, huuby meluru ke dalam bilik dan memberitahu yang 4 ekor kucing telah mati.. Saya terkejut sangat dan bergegas ke bahagian belakang rumah di mana kami tempatkan sangkar tue dan memang terperanjat gilerr masa tue.. Memang ada 4 ekor kucing kami telah mati.. Melihatkan bangkai-bangkai kucing tue, saya mula syak yang virus parvo telah menyerang kucing-kucing kami dan saya mula memeriksa setiap ekor kucing di dalam sangkar.. 

Setelah memeriksa alangkah terkejutnya kami yang ada lagi 8 ekor mempunyai simptom yang sama serangan virus parvo, lalu kami pun asingkan kucing-kucing yang mempunyai simptom tue ke sangkar yang lain, nasib baik ada lebihan sangkar yang besar... Kemudian saya meminta hubby untuk mencari air kelapa dan rumput helikopter untuk dibuat air rebusan untuk diberi minum kepada semua kucing saya samada yang sakit dan yang sihat..

Sementara hubby mencari kelapa dan rumput helikopter, saya mula tugasan untuk sanitasi sangkar, bekas pasir, bekas minum dan bekas makan.. Untuk sangkar dan bekas pasir, saya basuh dengan menggunakan campuran clorox dan air,  manakala bekas makan dan bekas minum pula saya basuh dengan menggunakan campuran dettol dan air.. 

Kemudian bila hubby balik,  dia mula merebus rumput helikopter dan membantu saya untuk memberi minum air kelapa kepada kesemua kucing kami.. Tapi malang seekor demi seekor kucing yang sakit tue mula meninggalkan kami dan 3 ekor kucing yang terakhir sekali mati pada hari Isnin lepas... 

Kenapa saya tak bawak pergi ke klinik veterinar..? Sebenarnya saya memang tak sempat nak membawa mereka ke klinik, masa mula-mula bangkai kucing dijumpai mati adalah pada waktu malam... Esoknya hari Ahad, klinik veterinar tak buka, dan Isnin malam tue adalah hari terakhir untuk kucing saya...

Untuk sesiapa yang tak mengetahui apakah virus parvo nie, parvo atau nama saintifiknya Feline Parvorirus (FPV), lebih juga dikenali sebagai Feline Infectious Enteritis (FIE) atau Feline Panleukopenia iaitu satu penyakit radang usus menular. Virus parvo nie adalah sejenis virus yang boleh hidup dalam persekitaran dalam jangka masa yang panjang.. Virus ini boleh dikatakan sangat mudah menyerang anak kucing yang berusia 4 hingga 12 minggu, dan juga boleh menyerang pada kucing dewasa terutama jika kucing tue belum divaksin. Virus nie mudah berjangkit dengan kucing-kucing yang lain dan ianya juga boleh mengakibatkan kematian yang mengejut. 

Antara simptom yang boleh kita tau mengenai virus parvo menyerang kucing kita adalah :
  • Muntah yang berwarna kuning serta berbuih
  • Kucing akan menjadi lemah dan dehidrasi akibat kekurangan minum air
  • Bau mulut kucing menjadi sangat busuk
  • Boleh menyebabkan kehilangan selera makan dan minum
  • Najis yang berdarah
  • Cirit birit menjadi berbuih dan najis menjadi sangat busuk lebih daripada kebiasaan
Simptom yang paling ketara pada kucing saya adalah muntah yang berwarna kuning serta berbuih, mereka menjadi lemah dan bau mulut mereka sangat busuk.

Antara rawatan untuk virus parvo nie adalah seperti :
  • Dapatkan vaksin di klinik veterinar jika kucing kita belum divaksin.
  • Memberi makanan wetfood dan diberikan pada kucing yang terkena virus parvo
  • Memberi minum air glukosa supaya kucing kita tak dehidrasi akibat kekurangan air dan ianya juga dapat memberikan tenaga pada kucing tersebut.
  • Memberikan vitamin dan suplemen ketika sakit.
  • Membuat sanitasi di tempat yang terkena virus parvo, seperti sangkar, bekas makanan, bekas minuman dan bekas pasir. Jika kucing berada di dalam rumah, mop di semua tempat untuk mengelakkan virus tue merebak.
  • Membuat pengasingan antara kucing yang sakit dan sihat agar mereka tak terjangkit antara satu sama lain.
Sekarang nie, hanya tinggal 18 ekor kucing kami yang masih sihat dan hubby pernah cakap, cukuplah setakat nie saja kucing kami merasai kesengsaraan ini.. Dia sendiri tak sanggup kehilangan banyak kucing sekaligus, kerana mereka inilah penawar dan penyeri kehidupan kami suami isteri..

Pada 12 ekor yang telah pergi, maafkan ummie dengan abi kerana tak sempat nak bawak kamu semua ke klinik.. Pergilah kamu semua dengan tenang dan semoga kamu semua dapat membantu ummie dan abi di akhirat kelak.. Aamiin.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



4 comments

  1. alahai...
    yes. aida folo story dari fb.
    sabar ye.

    ReplyDelete
  2. kesian kat shikin. x apalah. setakat itu jodoh mereka dgn shikin. Allah lebih menyayangi mrka. Lps ni cari kucing yg lain pula...

    ReplyDelete
  3. allahu sedihnya..habis semuanya mati. diorg tunggu shikin kat sana jgn sedih2 ye

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧