Review : Portable Printer Niimbot B21

Thursday, August 26, 2021

Assalamualaikum wbt,
Okay, awak ingat lagi tak tentang entri ini...?


Saya ada cerita kat awak tentang camne nak buat sticker label kan....Inilah gajet baru saya... 


Tadaaa...Inilah dia portable label printer jenama Niimbot B21. Yang bestnya tentang  printer nie adalah ianya langsung tak pakai ink atau toner, tak payah pakai wayar bagai tue, cumanya pakai bateri jenis Lithium-polymer bersaiz 1200mAh dan printer nie menggunakan thermal technology...  

Rekabentuknya seperti mini typewriter, saiznya yang kecik membolehkan kita boleh print label kat mana-mana jea dan hanya perlu on bluetooth saja untuk print.. 

Dalam channel Youtube, saya ada buat video unboxing dan cara guna printer nie supaya ianya lebih jelas lagi tentang cara nak buat label...

UNBOXING PARCEL AND REVIEW IT..!!


Saya memang happy kerana dapat gajet yang menjadi idaman saya, harganya pun kebetulan ianya tengah sales iaitu sekitar RM154.99 jika dibandingkan dengan harga yang sebenar iaitu RM399.00... 

Saya beli gajet nie melalui Shopee, sebenarnya pengaruh daripada video TikTok tue, yang memaparkan seseorang menggunakan printer yang comel nie... hihihi adoiiii lemah betul iman diri ini.. Ooo beli kat mana..? Awak boleh tengok kat 


Tapi ada jugak faedahnya, sebab awak kan tau saya ada buat bullet journal.. So, senanglah kerja saya sebenarnya sebab takyah nak gunting bagai lagi untuk buat label.. hihi punyalah pemalas... Awak tau tak, ada orang lain jugak yang terlebih excited daripada saya, tak lain tak bukan hubby saya.. Sebenarnya semalam dia mintak saya buatkan label harga untuk jualan durian dia tue, lepas tue saya pun tunjuklah gajet canggih nie.. Terus dia mintak saya ajarkan dan install aplikasi Niimbot supaya senang dia nak buat label nanti... 

Amboii... Amboii... Lebih sudu daripada kuah nampak.. hihihi... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. Hehe sudah ada alatnya baik guna sungguh-sungguh.
    Mesti suami Shikin rasa teruja untuk terus guna.

    ReplyDelete
  2. teringin jgk nk beli printer ni..
    kena kumpul duit dlu nmpknya..

    ReplyDelete
  3. Comel je printer diaaa... Aien tengah usha printer beso. haha

    ReplyDelete
  4. Gajet ringan n portable mcm ni mmg kena ada dlm simpanan bagi memudahkan kerja

    ReplyDelete
  5. Siapa je tak suka kak shikin kalau ada benda yang boleh memudahkan kerja kita hehehe

    ReplyDelete
  6. mcm best je mini printer ni kak shikin. berbaloi harga dia time sales..

    ReplyDelete
  7. Ehh coolnyaaa nampak best la kak shikin benda ni. ada rezeki nak juga beli 1 hee

    ReplyDelete
  8. Best juga niimbot ni!!! Sebelum ni Cik TK ada juga intai2 mini printer macam paperang, peripage.. tapi, nanti-nanti la dulu. Belum jadi keperluan lagi...

    ReplyDelete
  9. Kalau memang kerap guna nak printing memang digalakkan ada portable printer ni. senang kerja.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧