Dapat header yang comel | Terima kasih Rabia

Tuesday, August 31, 2021


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, seronok rasanya bila rakan-rakan yang menjadi Top Commentator Bulan Ogos telah selamat menerima hadiah kecil daripada saya... 

Kemudian, saya telah menerima pula hadiah yang comel daripada Rabiahtul Adawiyah atau lebih mesra dipanggil Rabia... Ianya adalah sebuah header blog yang comel, dibuat sendiri oleh Rabia..


Comel kan header blog nie.. 

Untuk pengetahuan awak, Rabia nie merupakan seorang guru kanak-kanak dan dia juga merupakan seorang tenaga pengajar untuk buat blog secara asas.. So sesiapa yang berminat nak belajar buat blog, awak boleh hubungi Rabia kerana bukan saja awak dapat ilmu yang disampaikan, malah Rabia juga menyediakan sijil penyertaan... Malah free of charge tau dia ajar kat peserta.. Satu lagi, jika awak dapat menjadi Top Commentator dalam blog, dia akan menghadiahkan header yang comel-comel seperti mana yang saya dapat nie... So, awak boleh komen banyak-banyak kat blog Rabia, mana tau dapat rezeki untuk header comel... 

Terima kasih Rabia kerana awak bagi hadiah yang comel nie pada akak dan akak amat hargainya.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



11 comments

  1. tahniah kak shikin. comel header rabia buat..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya Rabia buatkan header untuk top commentator dia. :) Tahniah Kak Shikin

    ReplyDelete
  3. Rasa muda remaja kalau guna header Rabia. Warna pun lembut sahaja.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak shikin!! Comel header tu!

    ReplyDelete
  5. Awww cute sangat. Oh rabia cikgu rupanya. Tahu yang Rabia study corse kanak-kanak tu je.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak shikin! Rajinnnnn rabia selalu buatkan header kannnn

    ReplyDelete
  7. Cantik color dia tu.. pandai rabia edit header

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧