Anjing berjaya menipu tuan

Friday, February 05, 2021



Assalamualaikum wbt...
Seperti yang kita sedia tau, haiwan peliharaan selalu membuatkan kehidupan kita berseri-seri.. Ada masanya kita berasa geram dengan perangai gila-gila mereka, ada masa jugak kita geli hati dengan keletah comel diorang...  Diorang nie seakan-akan faham dengan situasi kita, sama ada kita marah, geram, gembira dan ketika kita sakit pun diorang faham... Itulah yang berlaku pada seorang lelaki daripada London...

Awak tau apa yang jadi...?

Satu hari tue, Russell Jones yang merupakan pemilik seekor anjing yang diberi nama Billy, terkejut dengan kelakuan haiwan kesayangannya berjalan tempang.. Bimbang dengan keadaan Billy yang berjalan tempang, Jones pun membawa haiwan kesayangannya ke klinik veterinar untuk pemeriksaan.. 

And you know something, doktor yang merawat Billy mengatakan yang haiwan nie tak mempunyai apa-apa masalah pada kakinya, malah kesihatannya baik-baik sahaja.. Rupa-rupanya Billy hanya meniru cara tuannya berjalan tempang kerana ia merasa simpati pada tuannya... Disebabkan kepura-puraan Billy tue, Jones terpaksa juga membayar kira-kira hampir 300 pound (RM1,654) untuk 'rawatan' veterinar termasuklah pemeriksaan x-ray..

Jones sebenarnya berjalan tempang setelah dia mendapat kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun lepas dan hingga kini dia terpaksa berjalan tempang.. Disebabkan itulah Billy berasa simpati dengan tuan dia lalu dia meniru aksi yang sama seperti tuannya berjalan...

Hihihi, macam-macam cara haiwan peliharaan kita menunjukkan simpati terhadap tuan yang disayanginya.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



6 comments

  1. Aduuhai bertuah punya Billy...tapi terharu dengan sifat dia...betul2 man best friend.

    ReplyDelete
  2. Adooo, mati la nak banyaknya kena bayar. Bijak la anjing ni...

    ReplyDelete
  3. Itulah cara anjing tunjuk simpati kepada tuannya.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya nak kena bayar. Tapi, bagus anjing tu sebab sebenarnya dia tunjuk rasa simpati pada tuannya

    ReplyDelete
  5. Anjing ni binatang yang setia orang kata. Mungkin dah terlatih macam tu, jadi dia jadi bijak sampai boleh tiru-tiru tuan dia pulak.

    ReplyDelete
  6. sayang betul anjing ni dengan tuan dia

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧