Hagia Sophia ditukar kembali menjadi masjid

4:54 PM

Sumber gambar daripada Google Images


Assalamualaikum wbt...
Detik 10 Julai yang lepas terdetik satu sejarah di mana bangunan ikonik yang paling terkenal di Turki iaitu Hagia Sophia telah ditukar kembali menjadi masjid. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan perkara ini setelah mahkamah di Turki telah membatalkan status bangunan bersejarah itu sebagai sebuah muzium..

Menurut Recep Tayyip Erdogan, walaupun pihak kerajaan akan membuat penyusunan semula bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat,  mozek bersejarah yang berusia 500 tahun itu akan dikekalkan sebagai warisan kebudayaan Turki dan kawasan yang bermozek itu tetap kekal ditutup mahupun disentuh bagi menjaga keaslian mozek berkenaan. Menurut presiden Turki itu lagi, walaupun Hagia Sophia dibuka sebagai masjid tetapi masyarakat yang bukan Islam juga dialu-alukan untuk datang ke Hagia Sophia. 

Hagia Sophia, antara bangunan yang paling agung di dunia.. Sesiapa yang pernah pergi melancong ke Turki, bangunan inilah yang menjadi pilihan utama untuk dikunjungi. Alhamdulillah, setelah lama dijadikan muzium, kini Hagia Sophia telah kembali menjadi masjid.. 

Sejarah permulaan pembinaan Hagia Sophia ini bermula 1,500 tahun dahulu, dan ianya dibina sebagai sebuah gereja Ortodoks ketika Konstantinopel yang menjadi tempat lahirnya Empayar Byzantine. Kemudian, apabila bermulanya Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1453, Hagia Sophia telah ditukar menjadi sebuah masjid, tetapi setelah itu pada tahun 1934, pemerintah kerajaan sekular Turki telah menukarkan kepada sebuah muzium dan sejak itu, Hagia Sophia dibuka kepada orang awam. Kini, pada tanggal 10 Julai 2020, buat pertama kali, azan berkumandang di ruang udara Hagia Sophia.

Saya memang teringin sangat nak pergi melawat negara Turki setelah menonton movie 'Istanbul Aku Datang' dan Hagia Sophia memang menjadi pilihan destinasi saya yang pertama sebaik saja jejak kaki ke sana.. Insha Allah, satu hari nanti saya pasti akan jejak kaki di sana, setelah keadaaan dunia ini pulih.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

11 lovely notes

  1. Salam, blogwalking here. Wah, mmg cantik Hagia Sophia. Hope ada rezeki ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. pastikan dtg sana setelah semua isu covid19 selesai ya shikin :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sudah jadi masjid semula.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. dengan izin Allah. dan ya Turki is one of my wishlist.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...inshAllah Islam akan menang jua...moga dipermudahkan urusann :)

    ReplyDelete
  6. teringin nak pergi turki dah lama dah , nak tengok masjid view dekat sana . Inshaa Allah suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  7. pemimpin Turkey sangat berani.. tahniah untuk Turkey berjaya menukar Hagia Sophia menjadi masjid semula. semoga cahaya Islam terus kekal bersinar disana..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators