Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan

Friday, April 10, 2020

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan


Assalamualaikum wbt..
Sepanjang PKP nie berlangsung, akhirnya saya hampir dapat menyelesaikan tugasan yang dah lama sangat saya nak buat, iaitu merekod buku yang berada dalam simpanan saya.. Kiranya sistem perpustakaan yang bersistematik, sekurang-kurangnya saya dapat tahu buku apa yang saya dah beli dan berada dalam simpanan saya...

Orang kata, bila dah kerja dalam bidang kepustakawanan  dan minat pada buku, secara tak langsung akan terbit dalam hati ini untuk memiliki mini perpustakaan di rumah.. Saya pun tak terkecuali jugak la dan inilah impian saya sejak kecil lagi iaitu memiliki mini perpustakaan...

Bila ada mini perpustakaan nie, secara tak langsung kita mesti nak ada rekod tentang buku yang berada dalam simpanan kita.. Yealah, bila ada rekod, kita boleh tahu buku apa yang sudah dibeli, jadi takdelah kita terbeli buku yang sama, betul tak...?

So, saya nak perkenalkan sistem yang senang direkod untuk rujukan kita... Sistem nie senang jea nak uruskan walaupun awak bukan berada dalam bidang kepustakawanan... 

Inilah sistem dia, Librarika SystemSatu sistem yang mudah dan senang di akses...

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan

Sistem ini mempunyai 4 jenis pakej pelan yang awak boleh pilih tapi untuk pakej pelan percuma adalah pakej pelan BASIC di mana awak boleh merekod sebanyak 2,000 buah buku, lengkap dengan sistem pencarian buku OPAC.. Jika awak mempunyai banyak buah buku, awak boleh pilih pakej pelan yang lain dengan harga tertentu bagi tempoh setahun.. Tapi jika untuk rumah yang memiliki mini perpustakaan, awak boleh pilih pakej pelan BASIC ini... 


PENDAFTARAN UNTUK SISTEM

Cara nak daftar senang jea.. Awak klik pada kotak 'Create Library' dan awak boleh isi maklumat yang dirasakan perlu... Dah selesai, awak klik pada kotak 'I agree, please create my library'...
Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan

Kemudian awak akan dapat melihat pada Dashboard ini...
Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan


Untuk meletak gambar dan icon untuk mini perpustakaan kita, klik pada Manage, kemudian klik pada kotak Library Information...

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan



 Kemudian awak isilah maklumat yang dirasakan perlu dan tekan kotak Submit... Pada kotak Organization Info, awak boleh letak icon mini perpustakaan awak, dan untuk nama bagi laman web pencarian buku OPAC awak sendiri, awak boleh create nama OPAC tue sendiri, macam contoh saya punya OPAC [https://lavender-library.librarika.com]


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan


Manakala jika awak nak letak gambar pada Dashboard atau nak letak apa-apa info tentang mini perpustakaan, klik pada Settings.. Pada kotak Settings ini, awak boleh isi maklumat yang dirasakan perlu, jika nak tukar password pun dekat kotak ini jugak lepas tue tekan save settings...


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan


Okey, dah selesai untuk setup sistem ini dan saya akan tunjukkan cara nak buat rekod buku, atau dalam bahasa perpustakaan mengkatalog buku.. Jom..

CARA REKOD BUKU

Okey, pada kotak Catalogs, ada 7 kotak sub-menu dan awak hanya pilih pada kotak Catalog Items saja.. Untuk sub-menu lain pula, awak tak perlu risau kerana ada sebahagian sub-menu ini berada dalam gambar seterusnya.. 


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
REKOD BUKU 1


Selepas itu, paparan seperti ini (REKOD BUKU 2) akan dipaparkan.. Untuk membuat rekod buku baru, awak perlu klik kotak Manual Add...

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
REKOD BUKU 2


Inilah rupanya bila dah klik pada kotak Catalog Items, dari sini, awak hanya isi pada asasnya saja seperti category seperti contoh Novel, Buku Kanak-Kanak, Buku Keagamaan dan lain-lain (jika tak ada dalam senarai awak klik 'add catagory here' dan tambahkan nama kategori), Title, ISBN/ISBN13 (kalau awak perasan ada barkod pada belakang buku dan itulah ISBN, sama jugak ISSN), Publisher seperti contoh Buku Prima Sdn Bhd, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd dan lain-lain (Jika tak ada dalam senarai, klik 'add publisher here' dan tambahkan nama-nama Publisher / Penerbit), Edition, Year, Page Duration, Description (yang nie awak boleh letakkan sipnosis buku) dan kemudian tekan Submit. 


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
REKOD BUKU 3



Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
REKOD BUKU 4

Jadi, inilah rekod yang akan siap dipaparkan... Untuk letak gambar buku tue, hanya klik Change Cover Photo (yang nie saya cuma ambik gambar daripada Google Images dan save atau jika tak ada kat situ, snap gambar dan save dalam folder tapi kalau taknak letak gambar pun takpe jugak).. Andai kata awak terbeli buku yang sama tajuk, awak boleh buat rekod yang sama, cuma klik pada kotak 'Add New Copy'... 


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
REKOD BUKU 5

Untuk letak harga buku dan di mana lokasi buku ini berada, awak klik pada menu Copies dan tekan kotak Edit, kemudian awak isi pada kotak Price dan Location lepas tue tekan Submit..


Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
REKOD BUKU 6

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
REKOD BUKU 7



Okey, dah siap dah satu rekod buku... Nanti pada sistem OPAC ianya akan dipamerkan seperti gambar ini (OPAC 1)... 

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
OPAC 1


PENCARIAN BUKU OPAC

Sistem ini dah lengkap dengan pencarian buku OPAC.. OPAC ini adalah singkatan dalam bahasa Inggeris ;-

Online
Public
Access
Catalog

Jadi, bukan saja kita boleh merekod buku, seluruh dunia pun boleh tengok koleksi buku yang ada dalam simpanan kita, dengan syarat link web dikongsikan kepada dunia.. Macam saya punya sistem OPAC [https://lavender-library.librarika.com/] walaupun ianya belum siap direkod 100 peratus lagi... 

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
OPAC 2

Untuk melihat rekod yang telah siap kita masukkan data, awak perlu tekan kotak Catalog dan seterusnya rekod akan dipamerkan seperti gambar di atas (OPAC 1)...

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
OPAC 3


Nampak sistematik kan...hihihi.. Dah macam library awam jea kan.. Haa.. Ada lagi tau.. Sistem Librarika nie juga dilengkapi dengan sistem pinjaman dan pemulangan buku... hihihi... Nie kiranya option la sama ada awak nak buat ataupun tidak, tapi sekurang-kurangnya kita tahu siapakah yang pinjam buku kita... hihihi awak nak praktis pada anak-anak pun okey jugak sempena PKP nie... Yealah, nak pergi ke perpustakaan nie masih lagi disekat, jadi bila dah pakai sistem nie, ada pulak sistem pinjaman dan pulangan buku, kurang-kurangnya adalah aktiviti untuk anak-anak pinjam buku, buat seolah-olah pinjam kat perpustakaan awam... Camne cara..? Jom...

PENDAFTARAN AHLI

Pada Dashboard tue, ada kotak menu Circulations dan awak klik pada kotak sub-menu Members...
Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PENDAFTARAN AHLI 1

Selepas itu, paparan seperti dalam gambar ini (PENDAFTARAN AHLI 2) akan dipaparkan.. Untuk membuat pendaftaran ahli, awak perlu klik pada kotak 'Add New Member' dan isilah maklumat yang dirasakan perlu.. 

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PENDAFTARAN AHLI 2

Untuk makluman awak, pada kotak 'Member No.' tue awak boleh create nombor awak tersendiri.. Member No. tue direka adalah untuk membuat pinjaman buku... Lepas awak dah isi maklumat yang awak rasa perlu letak, klik pada kotak 'Submit'...

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PENDAFTARAN AHLI 3

Okey, lepas dah Submit, paparan ahli akan jadi seperti ini (PENDAFTARAN AHLI 4)...  Dah siap untuk pendaftaran ahli... Paparan ahli nie dilengkapi dengan senarai buku yang ditempah oleh ahli tue..  Canggih tak...?

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PENDAFTARAN AHLI 4


Okey, dah selesai bab pendaftaran ahli... Jadi kita beralih pulak pada cara nak buat pinjaman dan pemulangan buku... Jom...

SISTEM PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

Selalunya kalau ada di kalangan ahli keluarga / sanak saudara / rakan-rakan yang pinjam buku daripada awak, apa yang awak buat..? Bagi pinjam gitu jea atau awak ada buat rekod.? Alangkah bagus kan kalau kita rekod pergerakan buku tue, sekurang-kurangnya kita tahu buku nie berada kat tangan siapa... Yealah, harga buku walaupun hanya berbelas ringgit, tapi mesti kita rasa risau dan sedih... Bukanlah kita tak percaya pada seseorang tue, apatah lagi yang meminjamnya adalah ahli keluarga kita sendiri, tapi mesti dalam hati nie terasa ralat jugak apatah lagi jika buku kesayangan kita tue hilang tanpa dikesan.... Jadi dalam sistem Librarika nie juga dilengkapi dengan sistem pinjaman dan pemulangan buku...

Untuk membuat pinjaman dan pemulangan buku, awak klik pada kotak menu 'Circulations' dan klik pada sub-menu 'Circulations'...

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

Selepas itu, paparan seperti dalam gambar ini (PEMINJAMAN BUKU 1) akan dipaparkan... Untuk membuat pinjaman buku, awak klik pada kotak 'Circulate Items'...

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMINJAMAN BUKU 1

Paparan seperti dalam gambar ini (PEMINJAMAN BUKU 2) akan dipaparkan dan awak isi maklumat yang diperlukan..

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMINJAMAN BUKU 2

Inilah yang saya maksudkan bila awak perlu create nombor ahli awak yang tersendiri.. Manakala untuk 'Accession No.' tue awak cuma taip tajuk buku jea, untuk tarikh pulangan tue pula, awak boleh letak tarikh untuk pemulangan buku tue, ikut sukalah awak bagi masa berapa lama, dua minggu ke sebulan ke... 
Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMINJAMAN BUKU 3

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMINJAMAN BUKU 4

Lepas siap awak masukkan maklumat tue, awak klik pada kotak 'Submit' dan selesai untuk proses peminjaman buku dan paparan ini (PEMINJAMAN BUKU 5) akan dipaparkan.. 

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMINJAMAN BUKU 5

Okey, dah selesai untuk cara peminjaman buku... Jadi, camne pulak untuk pemulangan buku tue...? Ini caranya.. Awak klik pada kotak menu 'Circulations' dan klik pada sub-menu 'Circulations', tengok pada gambar (PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU)..

Kemudian, paparan seperti ini (PEMULANGAN BUKU 1) akan dipaparkan dan awak klik pada kotak 'Quick Return'.

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMULANGAN BUKU 1
 Kemudian, awak isi maklumat yang dipinta seperti 'No. Accession' atau lebih senang taip tajuk jea... Paparan dalam gambar (PEMULANGAN BUKU 3) akan dipaparkan dan telah berjaya dipulangkan.. 

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMULANGAN BUKU 2

Sistem simpan buku yang senang dan percuma untuk akses bagi mini perpustakaan
PEMULANGAN BUKU 3
Okey, dah selesai sepenuhnya tentang sistem LIBRARIKA nie.. Jadi, nak bersistematik untuk mini library kat rumah kita, sistem nie adalah yang terbaik buat masa nie dan mesra pengguna.. 

Awak pun boleh cuba jugak...

Stay safe...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #staysafe



16 comments

  1. Wah dan ada perpustakaan digital. Mula-mula mungkin susah nak katalogkan sebab banyak buku tapi lama-lama dan ok.

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk ulat buku ni boleh trace buku apa yang ada

    ReplyDelete
  3. pergh gitu sekali cara simpan rekod ya..
    menarik nyaa walaupun untuk saya maybe susah sikit nak hadam..

    ReplyDelete
  4. Fuhyoo... Niceee ek..buku sy byk dulu.. tapi Tak dpt buat mini perpustakaan camni, dah tiha empat taun dah stop beli buku. Kah kahh

    ReplyDelete
  5. Wah..menarik ni..barulah sistematik semuanya.

    ReplyDelete
  6. bagusnya sistem LIBRARIKA ni..sangat user friendly

    ReplyDelete
  7. jika nak pustaka mini kita ada sistem yg sistematik meme kena buat la system database mcm ni.

    ReplyDelete
  8. Bagus Ni Shikin...ye for sharing. Jemput join segment mama

    ReplyDelete
  9. nice sharing kak Shikin.. ^^ ulat buku ni dah pencen sejak dua menjak ni..

    ReplyDelete
  10. shikin... perkongsian yang ohsem..
    TQ for sharing..

    ReplyDelete
  11. Wah, sangat2 sistematik. Dulu semasa banyak bahan bacaan teringin nak buat mini library kat rumah tapi akhirnya terkubur jer

    ReplyDelete
  12. wah, teliti aida membaca nyer, Kin.
    bagus sgt! teratur meskipun personal library.
    terbaik.

    ReplyDelete
  13. Wahhhh. Menarik sistem ni..

    Jemput join kalau blm join ya 😊

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  14. wah nice la sistem ni...boleh digunakan..tkthu ad sistem mcm ni

    ReplyDelete
  15. menariknya :) ika suka benda mcmni hehe nanti nak cuba la sebab nampak best

    ReplyDelete
  16. Saya juga berminat untuk menggunakan Sistem ni, tapi sangat sangat tak pandai untuk melakukan nya.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧