Petua Nenek Cara Alami

6:07 AM


Assalamualaikum,
Lama betul kan saya tak berkongsi cerita dengan awak... Sebenarnya memang banyak cerita nak kongsikan tapi sejak PKP nie, saya sedang sibuk membuat kerja-kerja katalog buku untuk mini library kat rumah nie, yang sekian lama saya nak buat...  

Alhamdulillah, hampir 80 peratus katalog hampir disiapkan.. Hihi lari tajuk.. okey saya nak berkongsi sikit petua nenek cara alami.. Jom kita selongkar ilmu.. 



Terkena minyak atau air panas - Jika terkena minyak atau air panas, segera lalukan air sejuk di tempat sejuk. Lap dan letakkan lendir daun lidah buaya. Tempat yang melecur itu tidak akan menggelembung dan Insha Allah akan cepat baik. Ulangi langkah sapuan lendir lidah buaya supaya tiada kesan parut.



Demam yang tidak kebah - Bila kita atau anak-anak demam, mesti kita akan risau. Walaupun telah diberi ubat klinik atau hospital, sakit ini akan kembali semula setelah beberapa jam kesan ubat itu hilang. Jadi, tak salah kalau kita cuba cara alami. Ambil segenggam asam jawa dan buang bijinya. Ambil dua hingga tiga ulas bawang putih, dua cubit jintan putih dan sedikit air. Bawang putih dan jintan ditumbuk lumat dan digaul dengan asam jawa bercampur sedikit air sehingga sebati. Panaskan di atas api menggunakan pot kecil atau periuk kecil sehingga agak pekat sebatian itu. Setelah bahan itu menjadi suam atau sejuk, bolehlah disapu rata atas perut pesakit kecuali di bahagian pusat. Balutkan bahagian perut tersebut dengan kain ataupun guna barut pun boleh. Lakukan selama tiga malam berturut-turut, Insha Allah demam akan menjadi kebah.


Kurangkan bau petai - Rendam petai terlebih dulu dalam air basuhan beras. Biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.


Halau kutu beras - Ambil beberapa helai daun serai dan simpulkan. Letakkan di dalam tong beras. Dalam beberapa jam, kutu-kutu beras akan keluar dan tidak datang lagi.



Bawang goreng garing lebih lama - Bawang goreng biasanya mudah menjadi lemau setelah beberapa hari. Untuk membuatnya garing dengan tempih lebih lama, rendamkan bawang merah yang siap dihiris ke dalam mangkuk berisi air garam untuk beberapa ketika. Kemudian, goreng seperti biasa.

*Sumber-sumber gambar adalah daripada Google Images

Semoga ianya bermanfaat kepada kita...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #staysafe #kitajagakita #fighting



You Might Also Like

10 lovely notes

  1. Banyak petua-petua yang baru, belum tahu lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas perkongsian 👍

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya petai.. banyak petua yang bagus-bagus

    ReplyDelete
  4. Petua-petua orang lama memang sangat berguna walaupun zaman dah moden

    ReplyDelete
  5. Petua bawang goreng tu baru tahu 😁 thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. oo byk juga petua yg mama baru tau. boleh dicuba nanti tq shikin

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang bagus
    petua orang dulu2 memang terbaik

    ReplyDelete
  8. tips bwg putih tu biasa aida buat.
    baca kat google jugak tu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators