10 ciri 'pencandu' internet..

Thursday, October 20, 2016

Image result for internet addiction
Suatu ketika dahulu seorang Pengkaji Ketagihan Internet awal Dr. Kimberly Young (1998) memaklumkan, si 'pencandu' internet merupakan seorang yang bergantung pada diri sendiri, sukakan aktiviti bersama secara dalam talian serta kurang gemar aktiviti luaran. Pun begitu seiring peredaran masa kelakuan ini semakin sukar dikesan, namun mereka boleh dinilai menerusi 10 ciri berikut.
  1. Memperuntukkan masa dan peluang berada dalam dunia maya lebih lama daripada di alam fizikal.
  2. Mereka amat aktif daam ruang maya berbanding di luar.
  3. Pemikiran mereka berfungsi lebih baik dalam ruang maya.
  4. Menunjukkan tanda keletihan yang tinggi kerana terlalu memfokus menggunakan otak dan tenaga dalaman.
  5. Mempunyai masalah mata untuk memfokus jarak dan silau.
  6. Kegagalan koordinasi mata dan otak akibat terlalu lama melihat dan berfikir melalui gajet teknologi.
  7. Bergantung sebahagian besar keperluan hidup berasaskan aplikasi dari internet.
  8. Kurang bercakap dan kurang memberi pandangan di dunia nyata.
  9. Hilang fokus belajar dan bekerja kerana keasyikan dan sentiasa memikirkan dunia maya.
  10. Sanggup menyediakan peruntukan besar untuk gajet dan perkhidmatan berasaskan internet

Jadi, adakah awak seorang 'pencandu internet'?

2 comments

  1. Ade yg ye, ade yg tk untuk mek. Mknenya xfully pencndu intenet lerr ;)

    ReplyDelete
  2. hehe ada yang kena ada yang tak kena. so mcm mana ni hehe tapi apa pun thanks sebab share tau

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧