Kekeliruan antara daun sup dengan daun ketumbar

Friday, September 23, 2016

Assalamualaikum wbt...
Awak penah alami tak rasa keliru ataupun bahasa omputih confused masa mula2 nak beli rempah ratus, pelbagai sayuran dan buah-buahan..? 

Haa, dengan cukup tak malunya saya mengakui penah satu ketika saya menjadi keliru untuk beli barangan dapur, antaranya daun sup vs daun ketumbar..

Image result for daun ketumbar
Sumber daripada Encik Google Image

Masa tue saya memang first time pegi pasar sorang diri, dalam fikiran saya nak buat masakan sup, jadi antara ramuan nak buat sup mestilah ada daun sup kan... Tapi inilah bahananya bila masa kecik2 pergi ke pasar dengan ummie, tak ambik endah pun tentang apa yang dibeli, tengok apa dah jadi sekarang..? Ishh..ishh..ishh.. buat malu jea kan.. Masa saya beli tue, memang tak sangka pulak saya ambik daun ketumbar sebab daunnya kan lebih kurang sama dengan daun sup, masa tue memang takde nya nak hidu bau daun tue ke belek2 dulu ke sebab saya suka main ambik jea tanpa periksa lebih dulu... ishh...issh.. teruk betul kan anak dara nie (masa tue la, hehehe)

Bila balik rumah, dah nak siap masak sup nie, saya pun nak cincang halus daun ketumbar (yang disangka daun sup).. Bila dah cincang sikit, terbau la wangian yang tak penah saya bau sebelum nie... Dalam kotak pemikiran menjadi hairan bin ajaib, napa lain sangat bau daun sup nie..? saya pun bertanya la pada ummie... Dengan nada selamba ummie saya kata, "tuelah masa ikut ummie dulu taknak tengok betul2 apa yang ummie beli, yang kamu beli daun ketumbar dan bukannya daun sup..Daun ketumbar boleh jugak dimasak dengan masakan sup tapi rasanya lain la sikit." bebel ummie.

hehehehe jadi saya pun tak jadi la nak letak daun ketumbar dalam sup sebab rasanya memang lain sangat jika nak dibandingkan dengan meletakkan daun sup pada masakan.. 

So nasihat saya pada awak, check dulu apa jenis barang yang kita nak beli, jangan jadi seperti saya nie, dah tua2 baru nak kenal mana bawang mana ikan... hehehe... 

Jaa nee..



3 comments

  1. daun sup dan daun keumber kurang lebih bezanya.tapi bau lah yg membezakanya.kalau tak silap hehehe (>.<)

    ReplyDelete
  2. Sekali tengok macam sama je antara daun sup dengan daun ketumbar :)

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. akak pula nak cepat.. terambil daun ketumbar.. Masa bayar baru perasan.. Alahai.. masak jelah..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧