Selesai buat pinjaman berkelompok PNM

Wednesday, September 30, 2015

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,  sumanya dah beres dah..Pagi tadi saya dan sahabat saya a.k.a ketua unit library pegi ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk memulang dan meminjam buku PNM bagi pinjaman berkelompok... Pinjaman berkelompok nie adalah pinjaman khusus kepada institusi yang berdaftar dengan PNM yang merangkumi badan kerajaan, swasta, korporat, NGO, IPTA dan IPTS. 



Kali nie kami ambik banyak buku kanak-kanak dan novel memandangkan permintaan pada buku nie agak tinggi di library nie..Yea la, kadang-kadang bila cuti sekolah ada jugak staf bomba yang terpaksa membawak anak-anak mereka ke tempat kerja kerana ketiadaan pengasuh dan sebagainya...mungkin takut terganggu konsentrasi rakan2 sekerja yang lain, mereka akan menempatkan anak2 mereka di library, tapi anak2 nie memang sopan jea, takdelah menjerit dan berlari di sana-sini..maklumlah library nie bukan macam library awam yang lain... 

Memandangkan jumlah maksimum pinjaman adalah sebanyak 400 buah tapi kami hanya sempat ambik 340 buah saja, sebabnya masing-masing dah pening kepala...adoiii, sampai rasa nak termuntah pun ada...Lepas tue, saya sempatlah singgah di bahagian HR untuk mengambil surat kenaikan KUP, dan adalah jugak bertembung dengan sahabat lama..yealah, masa mula2 posting, kat PNM nie lah saya berkhidmat hingga dua setengah tahun... 

Jaa nee..

3 comments

  1. ALHAMDULILLAH.. SINGGAH PETANG..")

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan...syukur....

    ReplyDelete
  3. akak tinggal di terengganu ke?saya asal dan menetap di terengganu..sy rasa mcm pernah tgk je muka akak.maybe ada kot saya pergi jalan3..terserempak dgn akak.tak sangka akak blogger jugak

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧