Diari harian

Saturday, December 10, 2011


Al-Hamdulillah, cuaca hari ini amat baik sekali dan aku dapat mencuci pakaian aku dan hubby... Seperti biasa untuk hari minggu aku akan membuat kerja-kerja rumah yang selalu aku lakukan.. Hari ini menu masakan aku adalah, nasi ayam bersama-sama lauk ayam masak kurma dan sup tulang..... Malam tadi dalam pukul 7.15 malam, berlaku gerhana bulan penuh di Malaysia, aku terlupa untuk melihat fenomena yang jarang-jarang berlaku ini kerana pada masa itu aku bersolat Maghrib dan membaca Surah Yassin... Hubby pun terlupa pada kejadian itu dan aku terlepas peluang untuk melihat fenomena ini... Tidak mengapa, jika aku mempunyai panjang umur dan masih sihat, dan jika gerhana  bulan masih kelihatan lagi, aku akan melihatnya kembali.... Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami suami isteri, ampuni dosa-dosa kedua ibu bapa kami, ampuni dosa-dosa kaum keluarga kami, ampuni dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat sekelian, berikan kesihatan yang baik kepada kami, berikan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa kami, berikan kesihatan yang baik kepada kaum keluarga kami, berikan kesihatan yang baik kepada kaum muslimin dan muslimat sekelian, berikan taufik dan hidayah Mu kepada kami, tunjukkan jalan yang benar kepada kami, kurniakan kepada kami zuriat yang soleh dan solehah kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Engkau jua yang berkuasa segala-galanya...Kami bersyukur kepada Mu Ya Allah, walaupun Engkau kurniakan pelbagai cabaran hidup dan kami akan tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan seperti ini... Ampuni dosa-dosa kami Ya Allah...Terimalah taubat kami Ya Allah... Sesungguhnya kami tidak layak ke syurga Mu tetapi kami tidak mahu ke neraka Mu...Terimalah taubat kami Ya Allah...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧