Diari harian

Thursday, August 25, 2011

Fuh... Penat betul hari ini... Adik perempuan aku sudah selamat sampai di lapangan terbang KLIA pada pukul 10.30 pagi tadi dan macam biasa hubby akan menjemput dia dahulu sebelum aku... Ini kerana hubby aku kerja dekat lapangan terbang KLIA sebagai juruteknik mekanikal.... Aku bertolak dari office pada pukul 10.45 pagi dan sampai di lapangan terbang KLIA pada pukul 11.10 pagi... Aku berasa seronok bila dapat berjumpa dengan adik perempuan aku itu dan tentu banyak cerita yang kami hendak kongsi bersama.... Kebetulan pada hari ini cuaca agak cerah dan pagi tadi aku sempat membasuh pakaian aku dan hubby dan aku menjemur pakaian kami di beranda depan rumah.... aku harap pakaian kami akan kering sepenuhnya sebab pada esok hari aku hendak mencuci pakaian kerja kami pula....Esok aku fikir mahu kerja separuh hari sahaja, sebab hendak packing barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung pada lusa... Persiapan kuih? Aku fikir mahu beli sebahagian kuih raya di Terengganu nanti kerana harga kuih tersebut adalah lebih kurang sama sahaja... Bulan Ramadhan sekarang sudah masuk hari ke 25 dan semakin hari semakin cepat masa berlalu... Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan akan tiba bulan Syawal.... Aku harap kita akan dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan, Insya Allah... Aku tidak sabar untuk menantikan Bulan Syawal kerana tahun ini aku akan meraikan bulan yang mulia ini bersama-sama dengan keluarga tersayang...  Memang best bila dapat bersama-sama dengan mereka semua... Esok adalah hari terakhir aku bekerja dan kemudian aku akan bercuti selama seminggu... Aku fikir aku mahu bekerja selama setengah hari sahaja esok kerana aku perlu packing barang-barang.... Suasana di office sekarang ini riuh rendah kerana tadi ada seorang rakan aku menjual daging rusa dan aku salah seorang pembeli... aku beli daging rusa sebanyak 1kg dan aku mahu memberi separuh daging rusa ini kepada ummie di kampung... hehehe mesti ummie terperanjat dengan kejutan-kejutan yang bakal aku buat... hehehehe tunggu kepulangan anak ummie ini.... Lagu-lagu raya semakin rancak dipasang di radio dan di dalam office ini, begitu meriah.... 


Cantik ke tidak kad raya aku ini... hehehe...





1 comment

  1. Cepat sahaja masa berlalu, pejam celik Syawal menjelma.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧