
Hari ini cuaca agak cerah walaupun di dalam office aku ini terasa sejuk yang melampau akibat suhu aircond yang tidak dapat dinaikkan... Hari ketiga kita berpuasa dan masa berlalu dengan begitu pantas sekali... Hari ini juga aku bekerja keseorangan kerana boss terpaksa mengambil cuti kecemasan... Walaupun begitu, library ini masih lagi dikunjungi oleh kakitangan di sini dan bulan ini boleh dikatakan agak meriah kerana bulan ini adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak... Biasanya pada waktu rehat, mereka semua akan pergi makan tengahari tetapi oleh kerana semua umat Islam berpuasa,jadi mereka hanya tinggal di office lantaran tidak boleh makan... Mereka hanya akan keluar pada hari Jumaat sahaja kerana pada hari Jumaat, waktu rehat agak panjang jika dibandingkan dengan hari biasa...Aku terfikir mana hendak pergi pada hari Jumaat ini kerana biasanya aku dan boss akan pergi ke Alamanda untuk membeli makanan tengahari (biasanya McDonald).... Hari ini aku masih lagi tidak memasak di rumah kerana terlalu letih untuk memasak dan rasanya tidak sempat untuk mencairkan ais ikan yang terletak di dalam peti ais... Kebetulan aku ingin ke kedai emas untuk membaiki gelang emas aku yang putus jadi aku mengambil keputusan untuk ke bazar Ramadhan di Kosmopleks Salak Tinggi.... Dekat bazar itu terdapat banyak gerai-gerai makanan dan minuman serta kuih muih... Aku membeli nasi kerabu berlaukkan telur masin dan daging goreng... Manakala untuk hubby pula aku belikan lauk ikan keli masak pedas dan paceri nanas....Setibanya aku di rumah, aku dapati hubby sedang menggoreng sayur dan dia kata sayur goreng lebih itu boleh dibuat sahur nanti.... Air minuman pilihan aku kali ini adalah sirap bandung cincau... Mmmmm... Pagi tadi hubby bersahur dengan makan nasi berlaukkan ikan goreng, sayur goreng dan air kopi susu 3 in 1... Manakala aku pula bersahur maggie dan air minuman pilihan aku adalah 3 in 1 cereal jagung untuk mengalas perut kami bagi berpuasa....Lagipun Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Perbezaan antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim)
Dan satu lagi sabda Rasulullah SAW tentang bersahur :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid)
Wallahualam....
Assalamualaikum,
Bulan Ramadhan sudah masuk hari kedua...Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas lagi di bumi Allah ini... Cuaca pada hari ini agak baik tetapi di dalam office terasa sejuk yang amat kerana suhu aircond terlalu kuat sampai menggeletar tubuh dan sejuk tangan dan kaki...Ini adalah kerana pagi tadi awan mendung menandakan hari hendak hujan tetapi pada menjelang petang, awan mendung beransur-ansur beredar dan cuaca cerah mengambil alih tempat...Menu masakan hari ini adalah nasi putih sahaja manakala lauk aku beli di bazar Ramadhan Kota Warisan... Menu pilihan aku hari ini adalah seekor ikan kerapu masak merah, paceri nanas, kuih popia dan kuih cara berlauk.... Pagi tadi kami bersahur makan nasi juga.... Beras yang aku beli sememangnya sedap tapi harganya terlalu mahal... Nama beras itu adalah Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal dan harga beras tersebut adalah untuk 1kg adalah RM7... Hubby pun memuji beras ini sedap dimakan dan ianya amat lembut sekali bila dimakan.... Oh ya! Bulan ini adalah bulan kemerdekaan Malaysia..Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia.... Semoga keamanan negara kita akan dapat dipertahankan hingga ke akhirnya.... Aku teringat cerita-cerita lama mengenai perjuangan nenek moyang kita yang ingin mencapai kemerdekaan dari tangan penjajah....Aku kagum dengan semangat mereka baik dari yang muda, yang tua, lelaki dan wanita, tidak kecuali kanak-kanak...Al-Fatihah untuk mereka yang mati syahid kerana memperjuangkan hak untuk mencapai kemerdekaan.... Tayangan filem juga ada menceritakan tentang perjuangan rakyat dalam mencapai kemerdekaan antaranya filem Bukit Kepong, Darah Satria, Sarjan Hassan dan lain-lain lagi... Tapi yang paling mengusik jiwa aku adalah filem Bukit Kepong walaupun filem ini adalah filem lama... Perjuangan sekumpulan anggota polis dan anggota AP dalam mempertahankan Bukit Kepong dari dicerobohi pihak komunis, walaupun kesemua mereka terkorban dan hanya seorang sahaja yang terselamat tetapi perjuangan mereka tidak disia-siakan.... Aku sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan yang sebenar kehidupan mereka bila kita dijajah oleh pihak British, pihak Jepun dan pihak komunis... Bagaimana agaknya situasi ketakutan bila selalu kedengaran bunyi tembakan dan ledakan bom di sana sini?! Bagaimana agaknya keadaan sebenar bila kita diisytiharkan darurat pada ketika itu, tidak boleh keluar malam jikalau tidak, kita akan ditembak mati?! Nauzubillah... Kita mohon pada Allah agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi....

Hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan 1432H... Bulan Ramadhan yang mulia telah bermula dan pagi tadi aku dan hubby bangun bersahur untuk kali pertama bagi tahun ini... Menu masakan sahur kami adalah nasi putih, ikan goreng, sayur goreng dan telur masin, manakala minuman pula untuk hubby aku buatkan dia air kopi susu manakala aku pula lebih selesa minum air oren sunquick.. Kami mula bekerja hari ini dan kami tidak mengambil cuti lantaran rancangan kami untuk bercuti pada hujung tahun ini... Oh ya... Tengahari tadi, bungkusan yang adik perempuan aku pesan iaitu buah kokka atau nama saintifiknya Bischofia Javanica... Buah ini dikatakan dapat membantu pasangan yang sukar mendapatkan zuriat...Manakala kayu kokka pula dikatakan kayu yang Nabi Nuh AS buat bahtera.... Wallahuallam... Bila aku pulang dari kerja, aku terus bergegas ke dapur untuk mula memasak berbuka puasa nanti... Setelah aku selesai memasak nasi, aku meminta hubby untuk mengopek buah kokka ini... Hubby dapati buah kokka tersebut amat susah untuk dikopek dan dia telah menggunakan gergaji untuk mengopek buah kokka...Setelah 10 minit dia menggergaji, barulah buah koka dapat kelihatan...Tetapi, hubby kena buang sabut buah koka tersebut sebelum mendapat isinya... Isinya berwarna putih dan aku pun menumbuk isi buah kokka untuk direbus...Air rebusan itu kami akan minum bersama-sama dengan madu... Sementara aku menunggu air rebusan buah kokka,aku pun mula memasak makanan malam untuk juadah berbuka puasa....Hidangan kuih pula aku membelinya di Kota Warisan dengan 2 jenis kuih iaitu kuih popia dan kuih cara... Menu makanan juadah berbuka pula aku memasak ayam masak kicap, sup sayur campur + bihun manakala minuman pula aku buat air oren sunquick...Hari pertama puasa aku berasa amat gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi pada kami... Kami harapkan keredhaan Allah semata-mata....
![]() |
| Inilah buah Kokka... Indah ciptaan Allah.... |
![]() |
| Ini bahagian isi buah kokka setelah dapat dikopek... |
![]() |
| Hidangan kuih berbuka puasa..Kuih Popia.... |
![]() |
| Hidangan kuih berbuka puasa...Kuih Cara... |
Subscribe to:
Posts (Atom)




Social Icons