Assalamualaikum wbt..
Berita baik kepada sesiapa yang ingin menambah koleksi buku sambil berjimat...
Ini kerana ada satu program yang dinamakan sebagai Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca yang telah dilaksanakan bermula pada 22hb April yang lalu sehinggalah 31hb Disember 2025. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk membeli buku tempatan dan terbitan dalam negara...
Dengan DISKAUN SEBANYAK RM10 dengan setiap pembelian dengan nilai minimum RM20 dalam satu resit, awak boleh berjimat dengan pembelian buku...
Dekat mana nak guna baucar nie..?
Baucar ini boleh digunakan dekat kedai buku terpilih di Shopee dan yang menariknya dekat Pesta Buuku Negeri pun boleh guna baucar nie.. Nak tahu lebih lanjut mengeai senarai kedai serta maklumat penebusan baucar buku, awak boleh layari laman web ini...
Jom, sama-sama kita semarakkan budaya membaca... Rugi tau kalau awak tak ambik baucar nie...
Jimat banyak ini. Boleh tengok laman sesawang tersebut.
ReplyDelete