Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL.3/2025 | PERSENJATAAN MELAYU : CITRA BUDAYA BANGSA

Thursday, June 12, 2025


Assalamualaikum wbt...
Tahukah anda? Persenjataan Melayu bukan sekadar alat peperangan, tetapi juga simbol budaya, status sosial dan warisan intelektual bangsa. Manuskrip Melayu mencatat pelbagai jenis senjata, teknik penggunaannya serta falsafah di sebaliknya. 

Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.3/2025 untuk menyelami Persenjataan Melayu: Citra Budaya Bangsa secara hibrid 

Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis) 
Masa: 9.30 pagi – 1.00 Tengah Hari 
Tempat: Auditorium PNM, Anjung Bestari, Aras 2, Perpustakaan Negara Malaysia 
Penceramah: YBrs. Encik Wan Mohd Dasuki bin Wan Hasbullah, Pengkaji Manuskrip Melayu 
Pautan Youtube Channel : https://www.youtube.com/live/UN1gi4TAE_Y?si=n7W4f7LRyV3_pJl_

e- Sijil penyertaan disediakan kepada para peserta.


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Top Commentator Bulan Mei 2025

Saturday, May 24, 2025


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dengan masa yang saya ada nie, saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan Mei 2025..

Tahniah diucapkan pada nama-nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie... Wah, kebanyakan daripada awak kekal dalam senarai tapi dalam masa yang sama ada yang terkeluar daripada senarai..


Okay, jom kita baca senarai nama pemenang bulanan yang akan menerima hadiah saguhati...



Tahniah diucapkan pada nama-nama yang terpilih.. Insha Allah, nanti saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com

Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist untuk bulan nie.. Jom kita sama-sama singgah, follow dan kenal dengan rakan-rakan kita nie...


FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | CIK CAPPUCCINO LATTE | CUYA | SEMBANG SORANG | NA | ADNIL LINDA | FAIRUS | TOT | AIEN RUSLI | SITI SUHAILA MAT HUSIN

Pada yang terkeluar daripada carta bulanan, Insha Allah mungkin nama awak pula yang akan naik pada bulan depan... Sekali lagi, tahniah pada nama-nama yang tersenarai pada bulan ini...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
read more

Program Wacana Manuskrip Melayu ; Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Tuesday, May 20, 2025


Assalamualaikum wbt...
Tahukah anda? Cap mohor bukan sekadar simbol kekuasaan, tetapi juga bukti warisan intelektual dan seni bangsa Melayu yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.


Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.2/2025 untuk menyelami rahsia keagungan cap mohor manuskrip Melayu.

Tarikh : 20 Mei 2025 (Selasa)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Penceramah: YBhg. Dato' Dr. Annabel Teh Gallop, Ketua Kurator, Bahagian Asia Tenggara, The British Library, London.
Secara Dalam Talian & PNM You Tube Channel: https://www.youtube.com/live/Kn5a6bFuazw


https://www.facebook.com/share/p/16N5FdJ78Z/?mibextid=wwXIfr


Semua dijemput menyertai program ini secara dalam talian.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Friday, May 16, 2025


Assalamualaikum wbt...
Saya cuma share daripada rakan sejawat di Kementerian Komunikasi, mereka ada membuat satu pertandingan dan mereka bekerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apa yang menariknya adalah hadiahnya dan hadiah utama adalah sebanyak RM800 cuma tak pasti sama ada hadiahnya berbentuk hadiah barangan ataupun wang tunai...

Hadiah utama
RM800

Hadiah kedua
RM700

Hadiah ketiga
RM500

Hadiah saguhati
RM300 x 3 

✨Syarat Utama✨
✴️ Warganegara Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas
✴️ Buku diulas dalam Bahasa Melayu SEPENUHNYA
✴️ Durasi video tidak lebih 3 minit, penuh kreativiti dan tiada unsur plagiat atau melanggar isu-isu senstitif
✴️ Penyertaan PERCUMA dan terhad kepada SATU penyertaan sahaja
✴️ Keputusan juri adalah muktamad

Camne nak join..?

Awak perlu klik pautan nie...

https://forms.gle/BtNwhozBV5KxhdVVA

Atau awak boleh scan QR Code yang tertera pada poster di atas tue...

Tarikh pertandingan ini bermula pada 15hb Mei sehingga 30hb Jun 2025..

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urus setia pertandingan melalui e-mel psm1@komunikasi.gov.my atau talian telefon 0389117886.

Jomlah join... Mana tau awak boleh menang hadiah utama.. Banyak tue nilai hadiahnya...

Semarakkan Bahasa Jiwa Bangsa, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca


Assalamualaikum wbt..
Berita baik kepada sesiapa yang ingin menambah koleksi buku sambil berjimat...

Ini kerana ada satu program yang dinamakan sebagai Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca yang telah dilaksanakan bermula pada 22hb April yang lalu sehinggalah 31hb Disember 2025. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk membeli buku tempatan dan terbitan dalam negara... 

Dengan DISKAUN SEBANYAK RM10 dengan setiap pembelian dengan nilai minimum RM20 dalam satu resit, awak boleh berjimat dengan pembelian buku...

Dekat mana nak guna baucar nie..?

Baucar ini boleh digunakan dekat kedai buku terpilih di Shopee dan yang menariknya dekat Pesta Buuku Negeri pun boleh guna baucar nie.. Nak tahu lebih lanjut mengeai senarai kedai serta maklumat penebusan baucar buku, awak boleh layari laman web ini... 

https://semarakmembaca.com

Jom, sama-sama kita semarakkan budaya membaca... Rugi tau kalau awak tak ambik baucar nie... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

𝗞𝗨𝗜𝗭 𝘂-𝗣𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔 SIRI 1 2025

Sunday, May 04, 2025


Assalamualaikum wbt...
Jom uji pengetahuan kita tentang perkhidmatan u-Pustaka. Tak tahu mengenai perkhidmatan nie..? 

Layari portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan u-Pustaka.

Nak menang hadiah berbentuk WANG TUNAI tak...? Rugi tau kalau tak join sebab hadiah wang tunai nie akan dapat sehingga RM500.00... huihhh sapa yang nak bagi kan...

Senang jea nak join... Awak kena jawab soalan yang diberikan dan soalan nie boleh dapat di link ini..

https://forms.gle/uCzoQLrACfZMscC78

Atau awak imbas kod QR pada poster di atas...

Jom sertai sekarang...!

Tarikh penyertaan pertandingan telah dibuka bermula 1hb Mei sehingga 31 Mei 2025..

Join jangan tak join tau....

#u-Pustaka #UtamakanPengetahuanIngatlahu-Pustaka #JomBacaSecaraPercuma24jamSehari #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
read more

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Tahun 2025


Assalamualaikum wbt..
Haa, mesej nie dikhaskan kepada peminat buku.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bakal muncul tak lama lagi..!!!!

Jom kita simpan dan lock tarikh nie dalam kalendar masing-masing...

Tarikhnya adalah 23hb Mei sehingga 1hb Jun 2025, bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam...

Planning saya..? 

Dah tentulah ada planning nak pergi.. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air".. Saya telah masukkan dalam kalendar aktiviti library saya.. Hihi macam biasa saya akan jadi pemandu pelancong hujung bulan nie...

Okay, ada yang tahu tak aktiviti yang dijalankan secara serentak seluruh negara pada 22hb dan 23hb April 2025 yang lepas..? Yea betul... 


Ianya adalah Program Jom Baca Bersama 10 Minit...

Tapi library saya tak buat pada hari tersebut kerana kekangan masa dan masa tuepun abang dan kakak bomba masih sibuk dengan pelbagai tugasan terutama tentang kes kebakaran yang terjadi di Putra Heights baru-baru nie... Oh ya..! Hari nie adalah hari sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia... 


Jadi, team library buat keputusan untuk laksanakan program nie pada hujung bulan Mei, jangkaan tarikh 27hb sehingga 29hb Mei 2025... Planning program yang nak buat adalah kursus pengurusan sistem library (LIBRARIKA), Program Jom Baca Bersama 10 Minit (ada games) dan lawatan ke pesta buku.. Secara kebetulan, pada 29hb tue hari pertama cuti persekolahan, kan... Jadi memang ramailah staf yang nak pergi, sebab boleh bawak anak-anak... 

Nanti saya share cerita tentang program library nie... 

Jangan lupa tau lock tarikh untuk pergi ke pesta buku.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Hadiah giveaway daripada Tot's Blog


Assalamualaikum wbt...
Walau dah lambat nak bagi ucapan, tapi nak ucap jugak kepada semua pekerja, Selamat Hari Pekerja.. Takpe kan.. hihi

Alhamdulillah, hadiah pertama daripada giveaway pada tahun nie.. Syukur, saya antara salah sorang pemenang giveaway yang dianjurkan oleh Tot's Blog...

BACA SINI | PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA TOT'S BLOG

Hadiah nie dah selamat sampai pada hari Jumaat lepas... Dan inilah hadiahnya...


Hadiah yang saya dapat adalah sebuah dompet syiling bercorak batik, keychain Kelantan, fridge magnet Kelantan dan biji benih bunga matahari yang siap ada arahan camne nak tanam... Insha Allah, ada masa nanti saya tanam, harap-harap menjadilah tanaman saya nie... hihi maklumlah, tangan panas, selalunya tak jadi tanaman saya... 

Alhamdulillah, terima kasih pada Tot's Blog kerana memilih saya sebagai seorang pemenang.. Tak lupa jugak saya nak ucap tahniah pada rakan-rakan lain yang menjadi pemenang giveaway nie... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Giveaway Tot's Blog

Tuesday, April 22, 2025



Assalamualaikum wbt..
Rasanya tahun nie saya tak banyak sangat join giveaway / segmen daripada rakan-rakan blog yang lain... 

Jom kita join giveaway daripada rakan baru kita nie, yang julung kali diadakan.. Hadiah yang ditawarkan pun menarik tapi yang paling penting, kita dapat berkenalan dengan rakan blogger yang baru dan lama.. Yealah, sekarang nie, rasanya dah ramai yang tak aktif dalam dunia blog kan... 

Ehh melalut pulak.. 

Giveaway nie sedang berlangsung sehingga 28 April 2025, jadi awak semua masih ada masa untuk join.. Jom...

Macam biasa, nak join giveaway nie, awak kena klik pada banner di atas untuk pergi ke link giveaway nie, dan ikutilah syarat-syarat yang ditetapkan...

Best of luck, folks.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Top Commentator Bulan April 2025


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dengan masa yang saya ada nie, saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan April 2025..

Tahniah diucapkan pada nama-nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie... Saya nak ucapkan selamat kembali ke carta bulanan kepada Sembang Sorang.. Kenapa..? Ada cerita di sebalik nama ini... 


Jadi siapakah yang bertuah untuk menerima sedikit saguhati dari saya..?


Tahniah diucapkan pada nama yang terpilih.. Insha Allah, nanti saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com

Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist untuk bulan nie.. Jom kita sama-sama singgah, follow dan kenal dengan rakan-rakan kita nie...


FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | CIK CAPPUCCINO LATTE | CUYA | SEMBANG SORANG | NA | ADNIL LINDA | FAIRUS | CAMDANDUSLER | ILLYA LEYA | RABIAHTUL ADAWIYAH

Pada yang terkeluar daripada carta bulanan, Insha Allah mungkin nama awak pula yang akan naik pada bulan depan... Sekali lagi, tahniah pada nama-nama yang tersenarai pada bulan ini...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Salam Aidilfitri!

Thursday, April 03, 2025


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kini tiba masanya kita meraikan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran. Syawal bukan sekadar bulan kemenangan, tetapi juga peluang untuk kita menyuburkan kasih sayang, mempereratkan silaturahim, dan saling bermaafan.

Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan, tidak kira di mana jua kita berada. Aidilfitri adalah masa untuk kita menghargai keluarga, sahabat, dan insan tersayang. Semoga keceriaan dan keberkatan Syawal ini menyinari kehidupan kita semua.

Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah dalam perjalanan pergi dan balik. Raikan hari lebaran dengan penuh kesederhanaan dan jangan lupa untuk terus menjaga keselamatan serta kesejahteraan diri dan keluarga. Jaga jarak kenderaan takala memandu, jika awak berasa mengantuk, berhentilah seketika di ruangan rehat yang telah disediakan.. 

Buat awak yang bertugas di hari lebaran, terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan awak dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan kelancaran perkhidmatan untuk masyarakat. Jasa dan pengorbanan awak amat dihargai, dan semoga Aidilfitri tetap membawa kebahagiaan walaupun bertugas jauh dari keluarga.

Saya juga nak mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi letupan gas di Putra Height, Subang Jaya. Semoga mereka yang terjejas nie akan diberikan ketabahan, kekuatan, dan kesembuhan yang cepat. Doa saya bersama keluarga mangsa dan seluruh komuniti yang terlibat agar diberi perlindungan dan hidayah dari Allah SWT.

Tidak lupa juga,  setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat yang telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk memadam kebakaran dan mengawal situasi. Jasa dan dedikasi anggota penyelamat amat dihargai dalam memastikan keselamatan masyarakat.

Sekali lagi saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan yang berkekalan dan menjadi kenangan terindah buat kita semua. 

Oh ya, saya nak berkongsi dengan awak satu video Sketsa Raya daripada Warga Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan.. 




#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #SalamAidilfitri #SyawalBerkat #MaafZahirBatin #DoaUntukMangsaLetupan #TerimaKasihAgensiPenyelamat

read more

Selesai sudah program yang pertama

Wednesday, March 19, 2025


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, akhirnya selesai untuk program anjuran perpustakaan... Oh ya, awak masih ingat pada cerita saya yang nie..?

BACA SINI | PROGRAM PERTAMA LIBRARY UNTUK TAHUN 2025

Program ini telah dijalankan dengan begitu lancar pada 26hb sehingga 27hb Februari 2025.. Tujuan program ini adalah  merupakan satu inisiatif yang menggalakkan budaya membaca di kalangan kakitangan jabatan. Melalui program ini, kakitangan diberi peluang untuk meminjam buku-buku yang dibawa oleh kami dari meja ke meja, sekali gus memberi peluang untuk berkongsi ilmu dan memperluaskan bahan bacaan di tempat kerja. 

Dengan cara ini, para kakitangan bukan sahaja dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah, malah dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.

Program ini kami buat dekat bangunan utama Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, bermula daripada aras 6, iaitu di Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat. Kami meluangkan masa di satu-satu bahagian dalam masa 30 minit setiap sesi.. 

Selesai dengan sesi Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, kami telah turun ke aras 5 yang menempatkan Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Ketua Pengarah, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Selesai sesi tue, kami turun pula pada aras 4 yang menempatkan Bahagian Latihan dan Bahagian Penyiasatan Kebakaran, kemudian turun ke aras 3 yang menempatkan Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan Dan Logistik serta Cawangan Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan.  Akhir sekali untuk sesi pagi, kami turun ke aras 2 yang menempatkan Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan serta Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan. 




Kami teruskan program nie pada sesi petang iaitu pada jam 2.30 petang di aras 1 yang menempatkan Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Cawangan Pengurusan Kewangan, Bahagian Pengurusan.

Pada hari esoknya iaitu pada 27hb, kami membuat sesi perkhidmatan nie di lokasi Engine Bay, Balai Bomba Dan Penyelamat Presint 7, WP Putrajaya. Di bangunan itu, kami cuma membuat laungan saja di bahagian-bahagian di sana kerana dekat situ takde lif, jadi agak sukar untuk kami menolak troli buku.. Oh ya, dekat bangunan balai tue, mereka berkongsi tempat dengan Ibu Pejabat JBPM WP Putrajaya serta Bahagian Udara..


Alhamdulillah, ramai juga staf baru yang menjadi ahli serta meminjam buku yang kami bawak.. Buku-buku yang kami bawak adalah genre buku berkaitan masakan, keagamaan dan novel.. 

Ok kan.. Lega rasanya bila dah habis program... 

#PerkhidmatanMejaKeMeja #BacaBersamaBomba #IlmuUntukSemua #JabatanBombaDanPenyelamatMalaysia #MembacaMembinaMinda #PusatSumberBomba #BudayaMembaca #PerpustakaanNegaraMalaysia #KakitanganBomba #BacaUntukKecekapanecekapan #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Poster Hari Raya Aidilfitri | Produk digital dari SRLavender Shop

Sunday, March 16, 2025


Assalamualaikum wbt..

20 Templat Poster Digital Hari Raya Aidilfitri di Canva – Versi Free & Pro! 🌙✨

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir! Adakah anda sedang mencari poster digital yang cantik dan profesional untuk memeriahkan sambutan atau promosi perniagaan anda? Kami memperkenalkan 20 jenis templat poster digital eksklusif yang boleh disunting dengan mudah di Canva!

💡 Apa yang istimewa?


✅ Dua pilihan versi:
🔹 Free User – Sesuai untuk pengguna percuma Canva, tiada elemen berbayar!
🔹 Pro User – Untuk pengguna Canva Pro dengan elemen premium eksklusif.

✅ Mudah diedit – Hanya masukkan teks, tukar warna atau gambar mengikut citarasa anda!
✅ Sesuai untuk pelbagai kegunaan – Promosi perniagaan, ucapan Hari Raya, media sosial & banyak lagi!

🎉 Harga serendah RM16 sahaja! 🎉
📥 Muat turun & edit dengan mudah di Canva!



Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan templat eksklusif ini!


Klik pautan di bawah untuk tempahan:
👉 https://srlavendershop.my.canva.site/digital-shop

#PosterRaya2025 #CanvaTemplate #HariRayaAidilfitri #BisnesRaya #DesignMudah #PosterDigital #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Poster Nuzul Al-Quran | Produk digital dari SRLavender Shop


Assalamualaikum wbt..

Raikan Nuzul Al-Quran dengan Poster Eksklusif – Muat Turun Sekarang!

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa istimewa dalam bulan Ramadan yang memperingati turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Bagi awak yang ingin menyemarakkan suasana ibadah dan menyebarkan mesej penuh keberkatan ini, kami mempunyai 25 pilihan poster Nuzul Al-Quran yang tersedia untuk dimuat turun serta-merta!

Kenapa Awak Perlu Dapatkan Poster Ini?

✅ Reka Bentuk Profesional & Menarik – Direka khas untuk menampilkan elemen Islamik yang elegan.
✅ Mudah Dimuat Naik – Awak boleh memuat naik dengan mudah.
✅ Harga Berpatutan – Hanya RM20 sahaja untuk 25 jenis templat poster yang berkualiti tinggi.
✅ Pilihan Pelbagai – Lebih dari 25 rekaan unik sesuai untuk kegunaan peribadi, masjid, organisasi, atau media sosial.

Cara Mendapatkannya

Mudah sahaja! Awak boleh membeli dan memuat turun poster-poster ini terus dari laman web kedai digital kami. Dengan hanya beberapa klik, awak sudah boleh memiliki poster berkualiti tinggi untuk dikongsi dan dimanfaatkan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

📥 Muat turun sekarang di: SR Lavender Digital Shop

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyebarkan ilmu dan meningkatkan semangat Ramadan. Dapatkan poster awak hari ini!


 #NuzulAlQuran #PosterIslamik #Ramadan #DigitalDownload #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Top Commentator Bulan Mac 2025


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dengan masa yang saya ada nie, saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan Mac 2025..

Tahniah diucapkan pada nama-nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie... Saya nak ucapkan selamat kembali ke carta bulanan kepada Cik Cappuccino Latte dan Adnil Linda.. 


Jadi siapakah yang bertuah untuk menerima sedikit saguhati dari saya..? 


Tahniah diucapkan pada nama yang terpilih.. Insha Allah, mungkin selepas hari raya saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com

Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist untuk bulan nie.. Jom kita sama-sama singgah, follow dan kenal dengan rakan-rakan kita nie...


FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | CIK CAPPUCCINO LATTE | CUYA | MUMMY AYU | NA | ADNIL LINDA | FAIRUS | CAMDANDUSLER | ANA JINGGA | RABIAHTUL ADAWIYAH

Pada yang terkeluar daripada carta bulanan, Insha Allah mungkin nama awak pula yang akan naik pada bulan depan... Sekali lagi, tahniah pada nama-nama yang tersenarai pada bulan ini...

Selamat berpuasa, selamat menunaikan ibadah tarawih dan selamat bersahur semua... Semoga di bulan Ramadan ini, kita akan memperolehi banyak pahala dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, Insha Allah...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Kisah seram mistik | Siapakah yang menumpang?

Tuesday, February 25, 2025


Assalamualaikum wbt...
Rasanya lama saya tak bercerita tentang kisah seram mistik... Kali nie, suami pula yang mengalami kisah seram mistik...

BACA SINI : KISAH SERAM MISTIK | SIAPAKAH YANG BAGI SALAM..?

SINI JUGA : KISAH SERAM MISTIK | REALITI ATAU ILUSI?

SINI JUGA : KISAH SERAM MISTIK | AIKKK... MEMALAM ADA MAJLIS!!?

SINI JUGA : KISAH SERAM MISTIK | BETUL KE APA YANG AKU NAMPAK!!?

Kisah nie berlaku pada bulan November tahun lepas... Nak dijadikan cerita....

Suami saya nie merupakan seorang penjual durian.. Selalunya dia sendiri akan pergi mengambil stok buah durian di mana-mana peraih yang dia kenal seperti di Sungkai, Raub, ataupun Selayang... Suami pula memang akan mengambil stok buah durian sebaik saja dia habis meniaga dalam sekitar jam 11 malam, dia akan balik rumah sekejap, mandi, makan dan terus dia akan keluar untuk mengambil stok buah.. Saya memang tak ikut suami memandangkan esoknya saya bekerja.. Suami pula lebih senang untuk pergi sendirian atas sebab dapat memuatkan banyak stok buah durian dalam kenderaan triton.. 

Satu malam, dia bagitau pada saya yang dia akan ke Sungkai untuk mengambil stok buah dan akan balik pada hari yang sama. Saya mengiyakan aje dan pada jam 10 malam, dia pun bergerak ke Sungkai.. 

Kemudian, dalam pukul 3 pagi, suami menghantar gambar serta video dalam whatsapp.. Mula-mula saya hanya tengok sekali seimbas saja memandangkan suami memang selalu akan hantar gambar atau video di mana lokasi dia berada... Lepas tue, bila saya tengok status whatsapp, saya jadi pelik dengan caption yang tertera... Bila diteliti, Allahu Akbar...

ADA YANG MENUMPANG DALAM TRITON TUE....

Suami selamat sampai di rumah selepas waktu Subuh tapi saya tak bertanya hal tue memandangkan saya sedang bersiap untuk pergi kerja... 

Malamnya tue, barulah saya bertanya apa yang terjadi masa tue...? 

Suami bercerita....

Masa tue dia dah dalam perjalanan balik ke Sepang pada jam 2.30 pagi.. Bila dia tiba dekat sekitar jalan RNR Rawang, secara tiba-tiba dia terasa mengantuk sangat, jadi dia pun berhenti di RNR Rawang untuk merehatkan diri sekejap.. Setelah rehat dalam 15 minit, suami pun teruskan perjalanan, masa tue dia terasa pelik, setiap kenderaan memberi high beam padanya.. Tapi selalunya suami dah tau dah tentang hal tue, tapi bila terdetik hati untuk melihat cermin pandang belakang, suami pandang antara percaya atau tak.. Dia pun cuba snap gambar dan video untuk memastikan apa yang dia lihat tue betul-betul kenyataan..

Sangkaan dia tepat.. 



ADA YANG MENUMPANG DALAM TRITON..!!!

Pada mulanya suami cuak tapi dia tenangkan hati sebab dia teringat pesanan saya untuk tidak terus pulang ke rumah andai ada yang menumpang.. 

Sambil membaca surah lazim dan ayat Kursi, suami pun berkata pada makhluk itu, supaya untuk tidak ikut dia balik ke rumah.. Kata suami lagi, dia akan berhenti di satu RNR dan dia minta untuk makhluk itu turun di RNR tue dan jangan ganggu manusia lain... 

Bila sampai saja di RNR Dengkil, suami pun berhentikan kenderaan dan berkata, "turunlah kau dekat sini dan jangan ikut aku balik."

Suami berada di situ dalam masa 15 minit dan dia pun beransur untuk balik.. Alhamdulillah, triton yang tadinya terasa berat masa dalam perjalanan kini dah menjadi ringan balik...

Tapi setibanya di perkarangan rumah, suami tak terus masuk dalam rumah... Biasanya dia akan tunggu dalam kenderaan dalam beberapa minit sebelum masuk... 

Itulah pengalaman suami yang berlaku pada tahun lepas... 

Adakah awak nampak dalam gambar tue...? Jelas kan... Untuk pengetahuan awak, dalam triton tue memang takde apa-apa yang tergantung sebab biasanya suami akan muatkan stok durian sekali dekat bahagian belakang penumpang.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2025 (35)
    • ▼  June (1)
      • WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL.3/2025 | PERSENJATAAN ...
    • ►  May (7)
      • Top Commentator Bulan Mei 2025
      • Program Wacana Manuskrip Melayu ; Rahsia Keagungan...
      • Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025
      • Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca
      • 𝗞𝗨𝗜𝗭 𝘂-𝗣𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔 SIRI 1 2025
      • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Tahun 2025
      • Hadiah giveaway daripada Tot's Blog
    • ►  April (3)
      • Giveaway Tot's Blog
      • Top Commentator Bulan April 2025
      • Salam Aidilfitri!
    • ►  March (4)
      • Selesai sudah program yang pertama
      • Poster Hari Raya Aidilfitri | Produk digital dari ...
      • Poster Nuzul Al-Quran | Produk digital dari SRLave...
      • Top Commentator Bulan Mac 2025
    • ►  February (9)
      • Kisah seram mistik | Siapakah yang menumpang?
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist May 2025

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WONDERPET DATANG MEMBANTU :.
  • cikcappuccinolatte
    Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus
  • Drawing the Words
    Kerana 20 sen.Berdosa tak buat macam ni?
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Oh My Blog Berhabukkk!!
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Camana nak kembalikan semangat yang hilang
  • Sembang Sorang
    Rezeki Hari Raya Aidil Adha Dengan Menjadi Top Komentar Blog CCL✨
  • fairusmamat.com
    Salam Aidiladha 1446H
  • Sitiss' Journal
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Poskad Untuk Kamu
  • Serbia – D'Cat Queen
    EUROPE TRIP (PART 3) EXPLORING THE BEAUTY OF BEOGRAD, SERBIA

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.