Alahai… Blog Tak Boleh Follow? Ini Yang Saya Buat ...

Friday, December 19, 2025


Assalamualaikum wbt..
Pernah tak terjadi pada awak bila awak nak follow blog seseorang, tapi tiba-tiba butang follow macam tak berfungsi? Atau awak mendapat notiafikasi seperti ini...


Sebenarnya saya pun pernah alami situasi yang sama, mula-mula agak pening dan sedih jugak bila fikir tak boleh follow blog seseorang. Jenuh cari jawapan dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Rupa-rupanya mudah saja solusinya  jadi saya akan kongsikan apa yang boleh dibuat bila perkara ini berlaku.

Antara perkara yang boleh dicuba ialah semak sama ada kita sudah log masuk akaun Google, refresh semula halaman blog, atau cuba guna browser lain. Kadang-kadang masalah ini berlaku disebabkan cache, tetapan privasi blog, atau sistem Blogger sendiri.

TAPI...

Bila masalah ini masih sama seperti sebelumnya, awak kena buat checklist pada blog yang awak follow sebelum nie.. Antara sebab UTAMA blog tak boleh di follow adalah senarai bloglist yang awak follow telah melebihi 1000 buah blog. Aplikasi blogger nie telah menetapkan limit untuk kita follow iaitu dalam sekitar 1075 buah paling maksimum yang boleh kita follow.. 

Jadi, mana-mana blog yang tidak aktif ataupun laman blog tue dalam mode HIDDEN, awak perlu delete blog tersebut..


Macam saya buat sekarang nie, dan saya masih lagi mengemaskini laman blog yang tidak aktif dan ada yang masih HIDDEN mode. Tapi sebab ianya mengambil masa yang agak lama untuk saya check satu-satu, jadi agak lambat jugak nak selesaikan masalah nie.. Tapi bila had limit saya berkurangan menjadi 804 buah blog yang saya follow, barulah masalah utama saya dapat diselesaikan dan saya dapat follow blog rakan yang baru, seperti rakan yang memasuki carta bulanan jurnal saya. Jadi saya mintak maaf pada rakan-rakan yang baru menjadi rakan saya, sebab sebelum nie saya tak dapat follow blog awak.. Bukan tak sudi tapi inilah puncanya kenapa saya tak dapat nak follow.. 

Kadang-kadang masalah tue kecil saja, tapi bila tahu puncanya, semuanya jadi mudah. Harap catatan ringkas ini dapat membantu sesiapa yang alami masalah sama. Selamat mencuba!!

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧