PROGRAM WORLD #QURANHOUR | SALAM NUZUL AL-QURAN

Wednesday, March 27, 2024


Assalamualaikum wbt...
Bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran pada hari esok, saya nak ajak awak semua yang berada di berdekatan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sama-sama mengimarahkan satu program iaitu PROGRAM WORLD #QURANHOUR dengan bertemakan 'SURAH AL-JUMU'AH (HARI JUMAAT) yang akan diadakan pada 4 APRIL 2024 bersamaan 24 RAMADAN 1445H pada pukul 11.00 PAGI SEHINGGA 1.00 TENGAH HARI. Lokasi program ini akan diadakan di MASJID NEGARA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 


Untuk setiap penyertaan, awak perlu mengisi borang penyertaan kehadiran di https://bit.ly/REGISTERWQH1445H.




Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, awak boleh berhubung terus dengan wakil penganjur iaitu Puan Rozalina binti Mohamed (013-3946471) atau Encik Muhammad Iqbal bin Mohd Rosdi (013-6328511) atau e-mel ke rozz26@gmail.com atau m.iqbalrosdi@gmail.com.


Seperti mana Rasulullah SAW bersabda :

أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ

yang bermaksud "sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.”

Riwayat al-Baihaqi (1865)


Kelebihan membaca al-Quran dapat dilihat menerusi ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Antaranya Firman Allah swt :

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ

yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”
(Surah al-Fatir : 29)

Jom kita sama-sama mengimarahkan program yang memberi berlipat kali ganda pada pahala kita.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧