Kisah seram mistik | Betul ke apa yang aku nampak!!?

Monday, January 10, 2022


Assalamualaikum wbt...
Bila dengar tentang cerita-cerita mistik, pasti kita akan berasa seram dan bulu roma meremang.. Cerita mistik yang diperkatakan oleh setiap peringkat umur tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, pasti selalunya berlaku pada waktu malam ataupun paling awal berlaku adalah pada waktu senja..

Daripada Jabir RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama ALLAH kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tapi apa yang berlaku pada diri saya sendiri boleh dikatakan agak pelik kerana perkara mistik nie berlaku pada waktu petang... 

Ceritanya begini...

Selalunya saya akan balik lambat daripada ofis kerana menyiapkan kerja-kerja di pejabat dan satu lagi saya tak suka sangat nak mengadap jemmed.. Sesiapa yang selalu gunakan laluan jalan menghala ke Dengkil - Kota Warisan - Salak Tinggi, pasti akan faham pada waktu puncak ketika balik kerja iaitu sekitar pukul 5.00 petang ke atas... 

Satu hari tue, saya balik daripada kebiasaan iaitu sekitar pukul 4.30 petang memandangkan saya datang kerja pada pukul 7.30 pagi.. So, nak dijadikan cerita, saya pun balik awal... Sesiapa yang biasa lalu di Pintasan Dengkil By Pass, kita akan nampak ada satu tasik dan ianya adalah bekas lombong pasir satu ketika dulu sebelum ditutup sepenuhnya... Warna airnya agak biru kehijauan dan saya tak pasti kat situ samada ada ikan ataupun tidak... 

Hari kejadian, saya cuma memandu kereta sekitar 70km/jam kerana tak banyak kereta dan saya pun tak mengejar masa... Semasa saya melalui Pintasan Dengkil By Pass, di situlah bermulanya kisah mistik dan ianya berlaku beberapa kali dari pengamatan saya...

Awak tau apa yang jadi..?

Saya ternampak satu pulau kecik yang macam sebuah pulau di tengah laut..!!!! Pulau tue kecik jea, cuma muat untuk seseorang berdiri tanpa boleh duduk... Tapi yang menjadi pelik tue adalah pulau tue ada rimbunan rumput, pokok yang renek dan sebatang pokok persis mini pokok kelapa..!! Pokok kelapa tue kan berada di tengah-tengah pulau tue...

Gambaran pulau yang saya nampak di bekas lombong itu... *Google Images

Pada pertama kali saya melihat kelibat pulau itu, saya hanya fikirkan cuma sebuah ilusi semata-mata, tapi bila saya ternampak beberapa kali, saya menjadi pelik.. Yang lagi pelik sebabnya saya memang melalui jambatan itu hari-hari untuk pulang ke rumah tapi bukan setiap hari saya nampak kelibat pulau itu.. Bila saya tanya hubby, dia berkata yang dia tak nampak sebarang pulau kecik di situ... Perkara nie saya tanyakan jugak pada kawan-kawan saya tapi tak seorang pun yang nampak apa yang saya nampak...

Jadi, apa yang sebenarnya berlaku...?? 

Betul ke apa yang saya nampak...?

Wallahualam...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



5 comments

  1. Phewwwe.. baca tengah malam.. siap laaa.. Huwaaa~ kak shikin...

    ReplyDelete
  2. hahhhh! misteri jgk ni..
    camne blh ade pulau kat stu..

    ReplyDelete
  3. Itulah yang seram kalau orang lain tidak nampak.

    ReplyDelete
  4. Baru lalu tasik Dengkil by-pass minggu lepas.. Tak silap LZ bahagian tengah tasik luas, takde pula nampak pulau..

    ReplyDelete
  5. Uish.. Kisah ni ada sambungan tak. Suspen pulak

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧