Lama tak bersiaran

Monday, September 20, 2021


Assalamualaikum wbt..
Rasa macam lama pulak saya tak update jurnal nie.. Mintak maaf semua, sebenarnya bermula pada bulan nie, saya dah mula bekerja kat pejabat, tapi masih bergilir-gilir kerja secara BDR dan BDP.. Memandangkan kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor baru beralih fasa 2, jadi peratusan ke pejabat adalah 60 peratus.. 

Seronok sebenarnya bila dah masuk pejabat, maklumlah kerja-kerja katalog buku masih belum siap lagi.. Tapi bila saya BDR, saya akan meneruskan kerja-kerja update blog library...

Tapi ada kisah di sebaliknya kenapa saya tak dapat update jurnal nie.. Sebenarnya saya mengalami sakit pinggang akibat terjatuh dalam longkang.. Kejadian nie berlaku pada minggu kedua bulan Ogos yang lalu.. Ketika tue saya sedang membersihkan sangkar kucing saya yang terletak di bahagian belakang rumah.. Masa tue biasalah kucing-kucing saya nie agak manja dan lasak, di mana saya berada di situlah diorang akan bermain... 

Nak dijadikan cerita, semasa saya nak alihkan bekas pasir, tetiba ada dua ekor kucing yang nakal bermain-main di kaki saya.. Saya cuba nak elak tapi malangnya kaki saya tersadung dan saya terjatuh terlentang, dan bahagian pinggang saya terhentak pada longkang.. 

Mulanya takdelah sakit mana, tapi selepas dua hari saya tak boleh nak bangun.. Lepas tue, saya ke klinik dan doktor bagi ubat tahan sakit dan ubat sapu... Tapi tue lah, sakitnya masih terasa hingga sekarang, nak solat pun saya terpaksa solat menggunakan kerusi sebab takleh nak bongkok.. Kalau nak buat kerja rumah memang saya terpaksa duduk beberapa kali sebab sakitnya hanya Allah jea yang tahu... 

Urut..?? Buat masa nie saya tak berurut sebab saya nie jenis paranoid dan tak berapa yakin lagi dengan keadaan sekarang.. Memandangkan saya memang boleh berurut, saya cubalah urut sendiri di tempat yang saya rasakan sampai untuk berurut.. Mujur jugak hubby banyak membantu dalam pengurusan rumah tangga dan pengurusan kucing.. hihihi.. Tapi tuelah, walau sesakit manapun, kerja rumah tetap jalan, dan kerja pejabat pun diteruskan.. Alhamdulillah, ketua unit saya pun memahami keadaan saya dan saya pun takdelah rushing buat kerja...

Awak doakan untuk saya yea.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. allahuakabar , mujur tak ada apa-apa yang serius berlaku ,semoga kak shikin cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Allahu... Sakitnya tu kak.. Semoga semuanya baik2 saja.. Take care ya.. Semoga diberikan kesembuhan buat akak.. Aaminn

    ReplyDelete
  3. Allah lama juga sakit. Maaf tidak tahu pula. Semoga cepat sembuh ya. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar...semoga cepat sembuh yer..take care!

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar...semoga kak shikin diberi kesihatan dan diberi kesembuhan bagi setiap kesakitan. Akak pasti boleh. chaiyok!!!

    We always pray for you <3

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh ya kak... Take care ya!

    ReplyDelete
  7. seriau pulak kita bc bab pinggang terhentak tu..
    aishhh..
    semoga cepat sembuh kak shikin.. =)

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sembuh kak shikin. Dah pergi xray tak? Harap xda apa-apa dan disegerakan kesembuhan.

    ReplyDelete
  9. patutlah lama kak shikin x update entri.
    semoga cpt sembuh tau akak..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧