Review : The Rescue (2020)

Tuesday, May 04, 2021

Assalamualaikum wbt...
Filem nie ditayangkan pada tahun kita dilanda COVID-19, iaitu pada tahun 2020.. Bertemakan filem aksi daripada negara China di bawah arahan Dante Lam.. Jom kita tengok filem ini...



Review : The Rescue (2020)
The Rescue
Mengisahkan pasukan frontliner bomba yang ditugaskan untuk menyelamatkan mangsa kemalangan di air dengan kepakaran mereka mengendalikan helikopter... Seorang kapten pasukan yang bernama Gao Qian (Eddie Pang) disegani dan dihormati oleh setiap ahli pasukannya kerana keberanian dia untuk menyelamatkan mangsa yang tercedera.. Pernah satu ketika semasa kejadian sebuah pelantar minyak terbakar, Gao Qian sendiri menggadaikan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan mangsa kebakaran tanpa menghiraukan bahaya di tempat itu.. 

Sementara itu, seorang daripada anak buahnya yang bernama Zhao Cheng ( Wang Yanlin) pula ditugaskan untuk mengendalikan helikopter.. Masa kejadian tue, Zhao Cheng tidak berkeyakinan untuk mengendalikan pesawat tapi bila diyakinkan oleh kaptennya, dia berjaya mengendalikannya tanpa sebarang ada kecelakaan...

Satu hari semasa mereka sedang melakukan aktiviti senaman, mereka menerima seorang lagi ahli baru dalam pasukan.. Kemudian mereka balik ke pangkalan udara untuk menemui ahli baru dan semasa mereka sampai, mereka melihat sebuah helikopter sedang melakukan aksi yang agak mustahil untuk dibuat.. Helikopter tue diterbangkan secara rendah dan stabil sambil cuba mengambil kunci dalam gelungan tanpa membuatkan helikopter tue terjatuh ke tanah.. Apabila ujian itu selesai, alangkah terkejutnya mereka bahawa pengendali helikopter itu adalah ahli baru dalam pasukan mereka dan ahli itu merupakan seorang WANITA, yang bernama Fang Yuling ( Xin Zhilei).. 

Hari demi hari mereka menerima pelbagai kes yang melibatkan penyelamatan di air.. Kemudian mereka menerima kes yang terbesar, iaitu kes kapal terbang yang bakal terhempas di lautan.. Sebaik saja mereka menerima kes itu, mereka pun bersiap sedia untuk menyelamatkan mangsa yang mungkin ada di antaranya hidup semasa terhempas.. 

Pada mulanya, kapal terbang itu telah melalui kawasan ribut taufan dan mereka terselamat.. Tapi dengan tak disangka-sangka, kapal terbang itu telah melanggar satu kawasan di mana hujan turun dengan lebat dan kemudian kapal terbang itu berada dalam keadaan pegun di mana semua peralatan tidak berfungsi.. Jadi dengan keadaan itu, kapal terbang itu mula jatuh menjunam dan terhempas di lautan, dan badan pesawat itu menjadi terbelah tiga bahagian.. 

Pasukan penyelamat helikopter yang bersiap sedia untuk menyelamatkan mangsa terhempas mula menggerakkan kerja-kerja penyelamatan.. Tugas pertama mereka adalah untuk menstabilkan badan pesawat agar tidak tenggelam dalam lautan untuk membolehkan mereka mengeluarkan mangsa nahas..  Semasa Zhao Cheng membuat penyelamatan di bahagian kokpit, secara tiba-tiba sebuah daripada helikopter tidak dapat meneruskan untuk menstabilkan badan pesawat kerana overheat.. Dan kemudian tali yang memegang kepala pesawat itu mula putus dan jatuh menjunam ke dalam lautan.. Gao Qian yang risaukan keadaan anak buahnya mula terjun ke dalam lautan untuk menyelamatkan anak buah serta pilot pesawat kapal terbang itu sebab Zhao Cheng tidak mempunyai peralatan pernafasan.. Apabila tiba di badan kokpit yang semakin jatuh menjunam ke dasar lautan, dia mendapati Zhao Cheng telah terlekat di bahagian cermin tingkap dan tak dapat melepaskan diri sambil menahan nafas.. Gao Qian mula bergilir-gilir memakai alat pernafasan dengan Zhao Cheng tapi bahagian kokpit tue semakin jauh jatuh ke dasar lautan.. Akhirnya Zhao Cheng membuat satu pengorbanan besar dan meminta kaptennya untuk meninggalkan dia di situ disebabkan tekanan air yang semakin tinggi.. Pada mulanya Gao Qian tak mahu meninggalkan anak buahnya tapi Zhao Cheng tetap dengan pendiriannya dan akhirnya dengan rasa berat hati Gao Qian meninggalkan Zhao Cheng di situ...

Dengan kematian anak buahnya itu, kapten pasukan ini mengalami kemurungan dan tidak bersemangat untuk melakukan pekerjaan.. Tapi ada satu lagi kes besar yang menyebabkan dia kembali bangkit untuk meneruskan kerjaya yang melibatkan nyawa ini.. Apakah kes itu..? 

Filem nie sememangnya filem aksi yang mendebarkan, tambahan scene semasa Zhao Cheng cuba untuk menyelamatkan pilot kapal terbang tue.. Akhirnya dia membuat pengorbanan yang besar kerana dia tak mahu rakannya juga terkorban dalam penyelamatan itu.. Masa tue memang sedih sangat-sangat apabila pihak forensik memaklumkan bahawa mayat Zhao Cheng dijumpai di tempat yang sama dia terkorban, hingga rakan-rakan pasukannya menangis sambil berteriak supaya dia kembali... 

Filem nie didedikasikan untuk semua frontliner apatah lagi seluruh dunia menghadapi pandemik yang sedang melanda... Memang tak rugi tengok filem nie.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



12 comments

  1. wahh cambest je ni., leh tgk nnti., ;p

    ReplyDelete
  2. time time mcm ni , mmg sesuai utk tontonan

    ReplyDelete
  3. ngam ni tengok dalam keadaan sekarang.. bole laa add to list :D

    ReplyDelete
  4. Menarik pula baca review Shikin ini..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya blog Shikin berwajah baru.. lembut je warna dia..

    ReplyDelete
  6. Macam best filem ni.
    Kisah frontliner kan.

    ReplyDelete
  7. menarik juga ni.. memang tngh cari ilham nak tngk citer apa dgn spupu malam ni. punya bosan sampai tngk snarai movie pun xdak idea da..

    ReplyDelete
  8. Suami kerja bomba ke? Sebab dapat angpow bomba.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah.. saya yang keja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia...

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧