Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mawar Assufi

Tuesday, December 18, 2018

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kini dah masuk minggu ketiga saya dapat siapkan task mingguan.. So kali ini siapa pulak yang bertuah untuk direview kali ini..? Jom kita kenal-kenal..

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mawar Assufi

Blog Mawar Assufi... Nama blogger di sebalik Mawar Assufi ini adalah Noor Asyikin Binti Mohamad Nor yang berasal daripada Kuala Lumpur, berumur dalam lingkungan 20-an, masih bujang dan kini dia menjadi seorang tutor di samping menjadi seorang blogger / tailor separuh masa .. Mawar Assufi merupakan seorang graduan dalam jurusan akaun daripada lulusan UITM.. 

Kami menjadi sahabat blogger dalam maya ketika menyertai segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain.. Kebanyakan entri yang diceritakan dalam blog beliau adalah berkisahkan tutor yang diajarkan oleh Mawar tapi ada jugak dia selitkan pelbagai tips, review, doodle arts, dan travelling kerana Mawar nie merupakan seorang backpacker girl.. Saya paling suka baca part doodle arts kerana seninya yang kreatif dan saya sendiri pun tak berapa kreatif tang tue, walaupun masa SPM dulu, subjek Pendidikan Seni saya mendapat markah B+.. hihihi 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah 4 Bahan Mudah Buat Nota Belajar Efektif, Perlu Ke Hantar Anak Ke Tuisyen? Baca 5 Sebab Ini!, KreziKrip Pilihan Jajan Pelbagai Perisa Emping Dan Popia, Bila Hilang Makna Hormat Dalam Diri dan banyak lagi entri yang menarik, memang tak rugi untuk dibaca, terutama pada sesiapa yang ambik subjek akaun dan matematik.. 


www.shikinrazali.comKepada Mawar Assufi, akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak di alam maya ini.. Insha Allah satu hari nanti kita akan dipertemukan dan akak doakan segala apa yang awak lakukan akan mendapat kejayaan cemerlang dan akak kagum dengan kebolehan awak di dalam subjek matematik dan akaun dan memberi ilmu kepada masyarakat.. Teruskan usaha murni awak dan Insha Allah apa yang awak lakukan itu akan diberkati oleh Allah.. Akak doakan awak sekeluarga diberkati dan dilindungi Allah selalu.. Keep it up on writing and don't ever give up no matter how hopeless.. 

www.shikinrazali.com

Jom kita kenal dan singgah ke blog Mawar Assufi serta salam perkenalan pada semua... 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



4 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧