Okey jugak buat hukuman camnie..!

Friday, July 29, 2016


Assalamualaikum wbt..
MENGAGUMKAN..! Ungkapan yang paling sesuai diucapkan pada sebuah sekolah di salah sebuah negeri, (tak tahu negeri mana..)... Kawasan ini dinamakan 'Laman Keinsafan' khas untuk para pelajar yang nakal dari segi displin.. 

Mereka akan didenda menghadap 'kubur' ini bagi merenung kembali dosa-dosa yang mereka lakukan...

Jadi, cadangan sekolah ini menubuhkan 'Laman Keinsafan' ini adalah sangat sesuai digunapakai di semua sekolah, baik daripada sekolah rendah dan sekolah menengah...

Hmm... Yealah, mindset orang kita memang takut dengan kubur, bila lalu saja di kawasan perkuburan lebih-labih lagi pada waktu malam, menyeramkan pada sesiapa saja tambahan dengan wangian bunga kemboja, menambah lagi keseraman kawasan itu.. 

Tapi, kematian memang pasti berlaku, apa yang tak pasti adalah BILA dan DI MANA kita akan menghembuskan nafas terakhir kita di muka bumi nie... 

Betul tak..?

Saya teringat ada satu drama keinsafan bertajuk 'Renungan Ajal' menceritakan mengenai Mejar Yusof (lakonan Hafidzuddin Fazil) yang dianugerahkan Allah dengan tanda kematian pertama bermula pada suatu hari selepas beliau mendirikan solat Asar, iaitu tanda kematian yang akan terjadi dalam 100 hari. Insan mana yang tidak gusar untuk menghadapi detik kematian yang bakal menjelang. Konflik dalam diri Yusof bertambah apabila beliau diarahkan berkhidmat di bawah panji-panji Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tentera pengaman di Lubnan, sebuah negara yang sedang bergolak hebat di Timur Tengah sedangkan beliau sendiri sedang bergelut dengan kecamuk perasaan oleh tanda kematian yang semakin hampir. Keinginan beliau menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anak dan isteri terpaksa diketepikan. Tapi ada dua babak yang menarik perhatian saya..

Babak pertama adalah ketika ada seorang anggota di bawah jagaan Mejar Yusof yang seronok melakukan dosa tanpa memikirkan balasan dan seksaan daripada Allah... Mejar Yusof ingin mengajar beliau dengan cara yang paling meresap dalam jiwanya dengan membawanya ke tanah perkuburan.. Secara kebetulan ada seseorang telah meninggal dunia, dan tanah kubur digali untuk mengebumikan jenazah.. Mejar Yusof bersama dengan anggota terbabit turut pergi ke tanah kubur tersebut dan meminta anggota terbabit turun ke liang lahad, kemudian Mejar Yusof memberi arahan kepada anggota terbabit memakai pakaian kain kapan dan menyuruhnya baring menghadap kiblat, sama keadaan seperti jenazah dibaringkan.. Pada mulanya anggota tersebut enggan menurut kerana ketakuran tapi Mejar Yusof bertegas untuk memberi arahan.. Kemudian Mejar Yusof membaca talkin manakala anggota tersebut menjerit dan merayu meminta maaf di atas kesalahannya...

Babak kedua adalah Mejar Yusof  terdengar satu fitnah membabitkan isterinya dan fitnah itu disampaikan oleh anngota tentera wanita.. Mejar Yusof memanggila nnggota tersebut dan meminta beliau makan daging mentah... Pada mulanya anggota wanita tue teragak-agak tapi dia masukkan juga daging mentah ke dalam mulutnya.. Kemudian Mejar Yusof meminta anggota tue berhenti makan sambil memberitahu bahawa fitnah itu adalah satu dosa besar yang tak diampunkan oleh Allah dan ianya diibaratkan seperti memakan daging manusia sesama Muslim... 

Jaa nee..




3 comments

  1. Bagus jugak kan buat mcm ni. Kalau tak insaf lg taktaulah....

    ReplyDelete
  2. bagus idea ni... smg anak murid dan pelajar dapat ikhtibar...

    ReplyDelete
  3. Wow.. best cerita tu..
    Bagus juga buat laman keinsafan nie di sekolah-sekolah..
    Hukuman yang sangat mudah tapi memberi maksud yang sangat dalam..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧