Diari Harian

Wednesday, November 23, 2011


Cuaca pada hari ini amat gelap petanda hujan dan akhirnya ianya turun dengan lebatnya pada pukul 6.30 petang sehingga kini.... Okey, sambung cerita semalam... Setelah aku membuat solat istikharah dan berdoa seandainya ada orang datang merisik aku pada bulan Disember pada tahun 2006, aku akan menerima orang itu, dan seandainya tiada apa-apa berlaku, aku akan menerima sesiapa sahaja yang merisik... Akhirnya Allah memakbulkan permintaan aku,pada bulan Disember aku telah disahkan menjadi tunang kepada hubby... Pada pertemuan pertama kali kami berjumpa di KL Sentral bersama-sama dengan kawan baik aku yang juga menjadi jurucakap bagi pihak aku... Kawan baik aku ini bertanya banyak soalan sehingga hubby berasa tidak selesa lalu aku menyuruh kawan baik aku ini berhenti bertanya banyak soalan... hehehe kasihan aku melihat pada hubby kerana pada pertemuan kali pertama, dia sudah diaju banyak soalan.... Kemudian, pada bulan April 2007, aku mendapat surat pertukaran tempat kerja yang pada ketika itu aku bekerja di Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan ditukarkan ke  Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia... Aku meminta pertolongan hubby untuk mendapatkan rumah sewa dan menjadi tunjuk arah jalan untuk ke tempat kerja baru.... Kemudian, pada bulan Mei 2007, aku telah disahkan menjadi salah seorang anggota keluarga bomba... Walaupun kami duduk berdekatan tetapi kami jarang berjumpa lantaran tuntutan kerjaya masing-masing... Sesekali hubby membawa aku pulang ke kampung halaman dia untuk berjumpa dengan bakal ibu mertua aku... hehehe... Sesekali kami juga pernah makan malam bersama-sama di Putrajaya, dan sesekali makan tengahari berhampiran kawasan perumahan kami... Masa itu persiapan untuk perkahwinan kami sedang rancak dijalankan di kampung halaman masing-masing dan keluarga aku juga tidak ketinggalan untuk membuat persiapan... Saat-saat manis telah ditunggu, tepat jam 9.30 malam, pada 25hb Ogos 2007 bersamaan 12 Syaaban 1428H, aku telah sah menjadi isteri kepada hubby tercinta, Mohd Nazeri Bin Md. Nor... Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu tentang perasaan aku betapa bahagia rasa di hati ini takala hubby melafazkan akad nikah dan telah sah menjadi hubby aku.... Terima kasih wahai hubby yang aku cintai kerana menerima diri ini sebagai isteri kamu... Bulan depan genap 5 tahun ulangtahun pertunangan kami, aku fikir hendak buat party suprise untuk kami bagi meraikan hari ulangtahun pertunangan kami... Itu adalah sedikit sebanyak cerita tentang bagaimana pertemuan kami dan Al-Hamdulillah hubungan kami kekal hingga kini walaupun sesekali kami bergaduh... Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri... hehehe... Cinta kami adalah cinta internet dan sejak dari itu aku masih lagi menatap emel pertama hubby yang dihantar kepada aku... Kadang kala geli juga di hati ini kerana tidak menyangka aku akan bertemu jodoh di dalam internet -------> 


Okey, setakat ini dulu coretan aku, Insya Allah aku akan bercerita tentang kisah alam persekolahan aku di lain masa... Seandainya nyawa aku ada lagi pada hari esok, kita akan jumpa lagi, Insya Allah... Tata...





Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧