Diari harian

Monday, September 26, 2011


Assalamualaikum,
Hari Isnin dan minggu ini adalah minggu terakhir untuk bulan September dan minggu depan kita akan memasuki bulan Oktober... Sekejap betul rasa masa berlalu hingga kita tidak dapat mengundur masa lagi untuk memperbaiki kesilapan kita...Kadang-kadang aku teringat dengan kisah dan kenangan lalu, kenangan semasa di bangku sekolah rendah dan menengah, kenangan semasa aku mula-mula dapat pekerjaan ini hingga kenangan semasa berjumpa dengan hubby... Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui sejak 29 tahun lalu... Tetapi aku bersyukur dengan kurniaan Allah kerana DIA telah memberi harapan dan semangat kepada aku untuk meneruskan kehidupan aku yang serba mencabar ini... Allah telah banyak membantu aku dalam menangani semua masalah dunia dengan memberikan aku hidayah dan petunjuk dari Allah... Dengan ini, aku amat bersyukur kepada Allah kerana DIA memberikan peluang kepada aku untuk bernafas di bumiNya... Terima kasih Ya Allah!!! Bila mengenangkan memori lama, kadang-kadang aku ketawa sendirian kerana memang banyak kelemahan yang terdapat dalam diri aku...Dengan adanya teknologi canggih di zaman moden ini, aku dapat mencari dan berjumpa semula dengan kawan-kawan lama,kawan-kawan zaman sekolah aku... Sudah ramai di kalangan rakan-rakan aku yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga bahagia, tetapi ada juga di kalangan kawan-kawan aku yang sudah meninggal dunia... Antara sahabat yang pergi mengadap Allah adalah arwah Asrol Afendi yang merupakan sahabat baik aku semasa di dalam kelas.... Aku masih teringat lagi tentang kenangan semasa di sekolah, bagaimana guru kami mendidik untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk masyarakat... Jasa guru-guru kami tidak akan dilupakan hingga akhir hayat dan kerana didikan mereka juga, kami dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat... Ada di antara kami yang menjadi, doktor, pensyarah, guru, kakitangan kerajaan dan pelbagai sektor dan agensi yang ada sekarang, menunjukkan yang segala ajaran dan didikan guru-guru kini membuahkan hasil... Terima kasih guru....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧