Welcome July

Wednesday, July 06, 2022


Assalamualaikum wbt...
Welcome the month of July... Bagaikan masa berjalan dengan terlalu pantas, kita dah pun memasuki pertengahan tahun dan minggu depan pula kita akan merayakan hari kebesaran untuk umat Islam.. 

Masihkah awak semua ingat pada entri saya yang ini..?


Alhamdulillah, setelah sebulan mendapat rawatan daripada pihak hospital, kini mata saya telah pulih sepenuhnya dan tak perlu lagi untuk menitik ubat mata.. Doktor sekali lagi mengesahkan bahawa ulser kornea yang saya alami baru-baru ini adalah disebabkan mata yang terlalu kering.. Jadi saya perlu menitik eyesdrop untuk mengelakkan berlakunya pengeringan pada permukaan mata...

 Hari tue ada yang bertanya pada saya, tak buat cermin mata kah?? 

Sebelum ini, saya ada bercerita yang saya memakai contact lenses hampir 20 tahun dan tiada cermin mata sebagai back up.. Tapi pada hari 25hb Jun lepas, saya telah pun membuat cermin mata.. 

Tada...



Okey tak..?

Alhamdulillah, power untuk cermin mata nie sama dengan power contact lenses yang saya pakai selama nie, iaitu dalam kadar 375 untuk kedua-dua belah mata.. Tapi menurut eyes specialist, dia terpaksa menaikkan tahap power mata kanan saya iaitu dalam kadar 400 kerana untuk mendapat kestabilan power pada mata.. Tapi power untuk contact lenses dikekalkan.. Ini bermakna power mata saya kekal statik dalam kadar 375 untuk tempoh hampir 20 tahun, sampaikan eyes specialist memuji ketahanan power mata, katanya agak rare jugak power mata berkeadaan statik.. 

Sekarang nie saya berselang seli antara contact lenses dan cermin mata atas sebab mata nie belum membiasakan diri untuk pemakaian cermin mata, maklumlah dah lama takde benda yang tertonggok kat mata nie.. hihihi

Semoga mata nie terus sihat dan tak berlaku lagi ulangan penyakit tue... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. Semoga baik-baik sahaja semuanya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Semoga ulser kornea dah sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Insha Allah, cuba untuk mengelakkannya dari penyakit nie..

      Delete
  3. Wah 20 tahun tidak naik power.
    Akak rasa kena pergi buat pemeriksaan sebab mata kiri macam kabur. Akak ada cuba tutup sebelah mata. Mata kanan nampak jelas. Kiri yang ada tidak nampak. Kalau 2 mata ok.
    Hehe 20 tahun guna kanta lekap langsung tiada guna cermin mata memang kagum.
    Terima kasih tunjuk cermin mata baru. Nampaknya kena ikut saranan doktor untuk selalu guna air mata palsu.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuelah, mula-mula rasa macam tak percaya bila eyes specialist tue bagitau power mata 375, sebab selalunya bila dah meningkat usia, power mata kita sama ada akan menurun ataupun menaik.. Ooo akak kena pegi check jugak tue sebab bila dah kabur sebelah nie, susah jugak nak buat kerja seharian...

      Delete
  4. Dah lama tak check mata. Sebab kalau tak memang kena pakai spec. Memang rabun tapi x teruk. Sebab tak suka pakai spec, jadi biar je lah haha

    ReplyDelete
  5. aida dulu bercontact lens juga.
    dari sekitar 1999 hingga last guna lepas bersalinkan Izzat, 2013.
    bila mata dpt infection, gatal2 dan kemerah2an, terus pakai spec je permanently.

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan, Kak Shiki.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Shikin. Lamanya tak singgah sini. Semoga sentiasa ya :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧