Kisah seram mistik | Siapakah yang bagi salam..?

Thursday, July 21, 2022


Assalamualaikum wbt..
Kisah nie berlaku dua kali dalam jangka masa yang pendek, selang 3 bulan camtu.. Tak tahu sama ada ianya cuma salah dengar, khayalan ataupun sememangnya ada 'sesuatu'...

Kisah pertama nie berlaku di library saya, yang berlaku pada bulan April lepas.. Macam biasa, jika saya duduk di pejabat, saya akan balik selepas Maghrib kerana tak mahu nak hadap trafik sesak.. Seperti kebiasaan, jika saya balik pada lewat waktu, saya akan memasang MP3 Al-Quran dan salah satu surah kegemaran yang saya perdengarkan adalah Surah Al-Baqarah.. Jadi saya akan buat kerja katalog buku seperti kebiasaan dan apabila masuk waktu Maghrib, saya akan solat kat surau yang cuma bersebelahan dengan library saya.. Selesai solat, saya meneruskan kerja-kerja katalog dan masa tue saya ambik keputusan untuk keluar pejabat pada jam 8 malam.. Sedang asyik dengan kerja, tetiba saya terdengar ada orang memberi salam dan saya pun menoleh pada pintu utama library sambil menjawab salam tersebut.. Anehnya takde orang dekat pintu tue, jadi saya pun bangun daripada kerusi dan terus menuju ke pintu untuk melihat sama ada jika ada staf yang masih stay back... Selalunya jika ada staf atau pegawai bomba yang stay back, pasti akan melalui koridor library untuk pergi ke surau tapi ternyata takde orang, lalu saya menjenguk kepala untuk melihat ke arah surau, tapi sepasang kasut pun takde... Pelik dengan keadaan itu, saya pun meneruskan kerja hinggalah selesai waktu yang saya tetapkan.. Tapi dalam hati masih tertanya-tanya, siapa yang bagi salam tue...? 


Kisah kedua pula berlaku pada beberapa hari lepas.. Selepas solat Isyak, mata saya tiba-tiba terasa mengantuk sangat dan saya ambik keputusan untuk melelapkan mata sekejap... Setelah buka telekung kepala, saya pun terus baring atas katil, tapi masih memakai kain telekung.. Baru lima minit saya terlelap, tiba-tiba saya terperanjat kerana terdengar seseorang memberi salam.. Dalam berkeadaan mamai, saya pun menjawab salam tapi lepas tue saya sambung tidur semula.. Saya ingatkan hubby yang bagi salam, sebab tue saya sambung tidur balik.. Tapi bila saya bangun dalam sekitar pukul 10.30 malam, alangkah aneh rasanya, rupa-rupanya hubby masih belum balik kerja lagi.. Bila dia balik, saya pun tanyalah dia, sama ada dia ada balik sekejap ke tak selepas Isyak, tapi katanya dia takde balik pun... Terkedu saya kejap.. Habis tue, siapa pula yang bagi salam tadi...??

Dah dua kali perkara nie berlaku, saya memang dengar dengan jelas suara memberi salam.. Adakah makhluk Allah ini setakat singgah sementara ataupun saya cuma salah dengar.. 

Wallahualam.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



2 comments

  1. seram juga ni shikin, tp x mengapalah jawab salam..ade la tu..yg menegur..fikir baik2 jer ^_^

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧