Wow... Rumah cuma berharga RM63!

Wednesday, July 07, 2021

Wow... Rumah cuma berharga RM63!

Assalamualaikum wbt..
Tentu awak tengok tajuk tue awak tak percaya, betul tak..? Sebenarnya itulah hakikat tawaran harga rumah yang sebenarnya berlaku...

Tawaran harga rumah ini diberikan kepada pembeli untuk 19 hartanah di Legnad, utara Croatia. Ini kerana bandar berkenaan yang dulunya diduduki oleh ramai orang, kini menjadi sunyi sepi setelah kejatuhan Empayar Austria - Hungary. Kawasan ini dikatakan mempunyai penduduk seramai 2,250 orang dan ianya adalah sebuah bandar sempadan yang kurang mempunyai rangkaian pengangkutan ke bandar lain... Dalam erti kata lain, bandar Legnad nie tak mempunyai banyak kemudahan rangkaian pengangkutan seperti bas, keretapi dan kapal terbang.. 

Mengikut laporan Daily Star, rumah di kawasan itu dijual dengan harga yang paling rendah, dan ianya dikatakan lebih rendah daripada rumah di Itali. Tapi nak beli rumah nie, pembeli harus mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan...

Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah :-
  • Rumah itu perlu diubahsuai sepenuhnya kerana usia rumah yang sudah usang. Selain daripada itu, rumah-rumah di situ dikatakan tidak mempunyai pintu dan tingkap ;
  • Untuk membeli rumah ini, pembeli perlulah bekerja sepenuh masa ;
  • Pembeli mestilah berumur di bawah 40 tahun dan bersedia tinggal di sana selama 15 tahun ;
Untuk menarik minat pembeli lagi, pihak berkuasa tempatan dikatakan bersedia untuk memberikan wang sebanyak 25,000 kuna bersamaan dengan RM16,527 sebagai bantuan kepada pembeli untuk pengubahsuaian rumah.

Dengan syarat yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan, secara tak langsung ianya dapat membantu menghidupkan kembali komuniti di kawasan berkenaan. 

So, ada sesiapa yang nak beli rumah murah...? Dekat Legrad ada tapi kena jadi orang sana lah... hihihi


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. bestnya dapat rumah murah lepastu dapat pula dana bantuan dari kerajaan untuk renovate rumah

    ReplyDelete
  2. wahhhhh
    siap bagi duit suruh renovate
    best sebenarnya tu
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Tudiaaaa, dekat sangat tuuu kak shikin hahahaha

    ReplyDelete
  4. Eh..eh...bagus ni...apa la sangat kawasan dia kan...okey je nak plak mana nak dapat siap dapat dana ubah suai rumah..mcm tu sekali effort kerajaan dia nak org beli rumah nak hidupkan kembali bandar tu...letak tepi la umah usang..dah renovate sure ok punya kan...tapi tu la...awat jauh nau nau....

    ReplyDelete
  5. Wahhh murahnya. Memang bestlah beli rumah lepas tu ada boleh renovate terus. Dapat tajaan pula tu.

    ReplyDelete
  6. Beli murah tapi kena ubahsuai itu yang mahal. Lagipun terpencil.

    ReplyDelete
  7. Nak belintapi jauh la pula kiki

    ReplyDelete
  8. Wah bagusnya! Dah la murah, dapat dana pula kak renovate. Menarik!!! Tapi kena jadi orang sana la pulak kan..

    ReplyDelete
  9. murahnya! tak rugi pun klau diorg beli, sbb nanti one day mesti dah maju bila dah ramai penduduk duduk di situ..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧