Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Adik kesayangan tamat konvokesyen KKM | Last episode

Monday, October 31, 2016

Image result for cute awesomeAssalamualaikum wbt..
Selamat pagi suma..! Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada hamba2Nya untuk bernafas di bumi yang indah dan cantik dan untuk bertaubat serta dapat beribadat kepada Allah SWT.. Yang penting kita jangan lupakan Allah kerana Dialah yang memberi kita nyawa dan rezeki melimpah ruah dan yea memang betul rezeki yang kita dapat adalah hasil titik peluh dan usaha sendiri tapi tanpa keizinan daripada Allah SWT, maka kita takkan dapat rezeki walaupun kita berusaha keras untuk mendapatkannya...

Ehh..ehh.. pagi2 dah beri tazkirah pada suma, maaflah, sebab waktu saya menaip entri nie saya tengah mendengar lagu daripada seorang kanak2 Syria yang menyanyikan lagu tentang penderitaan kanak2 Syria.. Tajuk lagu tue adalah A'thuna Al Thoufuli by Sima..Memang bait2 lirik tak berapa nak faham sebab dinyanyikan dalam bahasa Arab tapi liriknya telah menyentuh perasaan saya dan terfikir alangkah beruntungnya rakyat Malaysia yang aman tanpa ada sengketa dan melalui peperangan.. Tak terbayang di fikiran andainya berlaku lagi peperangan di negara kita nie, ناودزوبيلة مين دزاليك

Ya Allah..Haihh..tak tahulah nak cakap..

Okey, dah melalut2 pulak saya nie kan.. Saya nak sambung citer perjalanan saya yang berepisod terakhir nie.. 

Setelah adik selesai berkonvo kira2 pada pukul 5.30 petang, kami terus bergerak balik ke Sungkai dan bermalam di sana sebelum kami balik ke Sepang sebab ummie tak bagi driver2 nie bergerak pada waktu malam, bahaya katanya.. Lagipun pada malam Isnin tue hubby dah mula bekerja setelah dapat bercuti dua hari so kiranya kami hantar hubby balik.. Sampai saja di Sungkai, kami terus check-in di hotel bajet Sri Malim, berdekatan dengan rumah hubby dan setelah tue kami sempat singgah di rumah mak sedara hubby di Trolak Utara dan kami dapat menikmati makan malam di sana.. Setelah berborak selama 2 jam, kami pun bertolak balik ke Sungkai sebab ummie saya terlalu risaukan keadaan hubby yang perlu masuk kerja semula, hehehe.. 

Pada mulanya ummie saya suruh tidur di rumah mak mertua saya tapi hubby kata saya tak payah tidur di situ dan minta saya temankan ummie tidur di hotel, lagipun sebelum nie pun saya memang tak tidur di rumah jika hubby bekerja waktu malam.. Saya akan ikut hubby bekerja dan kami tidur dalam kereta, hairan bin ajaib kan... hehehe sebenarnya bukan saya taknak dan tak sudi tidur di rumah mak mertua tapi mak mertua yang suruh saya ikut hubby sebab katanya kesian hubby kerja sorang2 dan takde peneman untuk berborak.. "Dahlah korang berdua jarang2 berjumpa, balik sini pun jarang jugak berjumpa sebab siangnya Along (panggilan hubby) kerja jugak, malam pun kerja jugak.. Lebih baik Nur ikut Along bekerja," kata mak mertua setiap kali saya balik ke Sungkai.. hehehe...

Okey, sambung balik citer perjalanan tue, kan dah melalut citer lain..hehehe.. 

Kami bermalam di Hotel Sri Malim Sungkai iaitu sebuah hotel bajet yang berharga RM100 + RM50 deposit (dipulangkan semula) untuk sebuah bilik jenis family room.. Lokasi hotel bajet nie tak berapa jauh daripada pekan Sungkai dan Hot Spring Sungai Klah, dan kalu cuma nak bermalam berhari2 tue saya tak berapa syorkan sebab kurang memuaskan.. Kalu setakat nak bermalam untuk sehari dua tue okeylah.. 

Lokasi Hotel Sri Malim Sungkai


Pandangan daripada depan..


Bilik jenis family, harganya RM100 semalam.. Okeylah..

Setelah kami check-out, adik lelaki kata dia nak pergi mandi di Hot Spring Sungai Klah dan ummie saya pun nak berendam kakinya dalam kolam air panas.. Memandangkan hubby saya merupakan seorang penduduk tempatan Sungai Klah, kami dapat harga tiket separuh harga daripada biasa.. Kalu tak, harga tiket masuk ke Hot Spring Sungai Klah adalah seperti di bawah..

Image result for harga tiket hot spring sungkai 2016

Kami naik trem untuk masuk ke dalam Hot Spring dan kami bernasib baik sebab masa kami pergi ke sini, orang tak ramai sangat memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja dan bersekolah, jadi kawasan nie tak menjadi sesak sangat.. Ummie saya yang tak pernah naik trem berasa cuak untuk menaikinya apatah lagi bunyi trem nie sama seperti mesin bajak yang agak bising, hehehe.. 

Awak tau, hanya adik lelaki dan hubby jea yang mandi kolam air sejuk dan panas dan kami yang tiga beranak nie terkebil2 tengok diorang mandi.. Saya tak jangka pulak mereka nak ke sini sebab pelan asalnya lepas kami bersarapan pagi kami terus balik ke Sepang dan saya perlu menghantar ummie dan adik ke rumah adik keempat di Kampung Kemensah, KL.. huhuhu jadinya saya memang takde bawak spare baju nak mandi.. 

Bergambar dengan family.. Hubby memang selalu takde dalam gambar sebab dia lebih suka jadi cameraman..

Betapa gembiranya dua anak muda nie mandi manda... tension ooo tak dapat mandi..huk..huk..

Gambar kandid dua beranak.. 

Adik lelaki berendam dalam kolam air panas bersuhu 35 darjah celcius hingga 40 darjah celcius...
Setelah selesai mandi manda selama 3 jam, akhirnya kedua2 anak muda nie naik jugak ke daratan dan kami terus bergerak ke tempat merebus telur.. Saya beli telur dalam 18 biji dengan harga RM5 untuk satu bekas mengandungi enam biji telur.. 
Betapa gembiranya orang nie dapat merebus telur, saja bagi peluang kat si teruna nie...

Asyik2 hubby jea jadi cameraman, saya pulak ambik alih.. Tengoklah tue.. makan tak ingat pada camerawoman nie..huhu

Ummie saya membuat rekod tersendiri dengan makan telur sebanyak 4 biji yang sebelum nie paling banyak pun dia makan cuma dua biji saja, tapi katanya rasa telur separuh masak nie berlainan sikit.. Pada mulanya ummie kata kenapa saya beli banyak sangat telurnya dan mungkin tak habis dimakan tapi lain pulak jadinya.. hubby dan adik bongsu pun sama naik dengan diorang, masing2 makan 4 biji telur cuma saya jea dapat makan dua biji telur..huhuhu sedih tapi gembira sebab dapat gembirakan mereka.. sayangnya dua orang adik lagi takde bersama2 kami, iaitu adik kedua dan adik keempat, masing2 baru habis berpantang dan ada baby kecik lagi.. takpe..takpe..lain kali Kak Nur bawak korang pulak ke sini.. 

Setelah penat makan telur, kami pun bergerak ke tempat kerja mak mertua kerana besan nak bertemu besannya.. Kemudian kami makan tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah, lokasinya berdekatan dengan susur keluar Tol Sungkai.. maaflah kali nie gambarnya takde sebab masa kami sampai di kedai Nasi Bamboo Sungai Klah, orang dah ramai untuk menikmati makanan di situ, sebab dah tiba waktu makan tengahari bagi yang bekerja... Gambar yang saya ambik nie adalah sumber daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah.. 

Sumber gambar daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah

Dulu lokasi kedai nie berhampiran tepi jalan masuk ke Hot Spring Sungai Klah tapi setelah sekian lama dengan kehadiran orang untuk menikmati makanan, mereka akhirnya dapat buka sebuah kedai yang besar lagi selesa untuk mereka yang ingin rasa nasi buluh yang unik dan tersendiri.. Dengar citer kedai nie mendapat kerjasama dengan Jabatan Pelancongan Negeri Perak dan menjadi salah satu destinasi tempat makanan yang wajib dikunjungi oleh orang ramai yang berkunjung negeri Perak.. Konsep kedai nie adalah berhidang seperti makan di rumah dan harga makanan di sini berpatutan jugak..
Inilah rupanya Nasi Bamboo.. Nasi disumbat dalam buluh dan ianya dikukus.. Makan pulak dengan pelbagai jenis lauk pauk kampung, perghh..sedap...Gambar daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah

Suasana kedai Nasi Bamboo yang dulunya kecik, lokasinya menghala ke Hot Spring Sungai Klah.. Sumber gambar ini adalah daripada facebook Nasi Bamboo Sungai Klah

Dah kenyang, kami pun bersalam2an dan kami pun terus balik ke Sepang.. sedih jugak rasanya sebab terpaksa berpisah dengan hubby tapi apakan daya, kami mencari rezeki demi kebahagiaan rumahtangga, asalkan dalam diri kami ada kepercayaan pada pasangan.. 

Itulah episod akhir perjalanan saya ke Ipoh.. Bak kata orang sambil menyelam saya minum air... kan..kan.. Jaa nee..


read more

Adik kesayangan tamat konvokesyen KKM | Second episode

Assalamualaikum wbt..
Okey, sekarang saya nak sambung citer perjalanan Ipoh saya pada Jumaat lepas.. Entri sebelum nie adalah mengenai citer pasal sehari sebelum adik konvo.. So entri kedua nie adalah citer pada hari konvo.. 

Konvo adik bermula pada 3 petang tapi kami perlu ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta pada pukul 11.30 pagi kerana adik perlu menjalani pendaftaran dan sedikit taklimat mengenai konvo.. Memandangkan hanya dua orang saja yang dibenarkan masuk di dalam dewan, hanya saya dengan ummie saja yang masuk dalam dewan manakala hubby dan adik lelaki hanya berlegar2 di perkarangan kolej.. Pada hari tersebut, rupa2nya konvo nie berlangsung pada empat hari berturut2 disebabkan graduan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia terlalu ramai.. Secara kebetulan adik dapat giliran untuk konvo pada hari Ahad, jika dia kena giliran pada hari Isnin atau Selasa, garu jugak kepala saya nie sebab perlu mengambil banyak cuti rehat sedangkan cuti rehat hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tahun 2016 melabuhkan tirainya...

Sementara menunggu giliran sesi adik berlangsung, saya dan ummie sempat berlegar di kawasan kolej yang diserikan dengan pelbagai acara seperti gerai makanan, gerai jualan dan foodtruck.. Akhirnya pada pukul 1.45 petang, pintu dewan dibuka pada orang2 yang terpilih dan mempunyai tiket untuk masuk ke dewan dan acara berlangsung pada pukul 2 petang dengan permulaan acara dengan perarakan masuk para graduan dan para akademik.. Dan akhinya itulah hasilnya.. Tahniah adik sebab berjaya mengharungi dunia pembelajaran dengan cemerlang dan Kak Nur harap adik dapat menjadi seorang pembantu pembedahan gigi yang cemerlang pada masa kini dan pada masa hadapan.. 


Tahniah adik...

Graduan bergambar dengan family..

Akhirnya dapat jugak dua beradik nie bergambar..


Graduan bergambar dengan insan yang selalu menyokong dia siang dan malam... 

Graduan bergambar dengan seorang kakak yang selalu berikan semangat pada dia..hehehe

hehehe yang nie special kes... Thanks hubby sebab belikan bunga pada sayang..


Tengok gambar last tue, orang lain yang konvo tapi saya pun dapat bunga konvo jugak... hehehe memang dah lama saya mengidam nak dapat bunga dari seseorang dan akhirnya impian tue dapat dicapai.. Terima kasih bie sayang.. 
Nantikan episod akhir perjalanan saya ke Ipoh.. Ada yang tunggu ke..? Jaa nee..

read more

Adik kesayangan tamat konvokesyen KKM | First episode

Sunday, October 30, 2016

Assalamualaikum wbt.. Hai..hai..Awak sihat ke..? Ada yang rindu pada entri nie tak..? hehehe tak salah nak perasankan diri sendiri, nama pun nota jurnal kan... Mintak maaf banyak2 sebab lama tak antar nota jurnal pada awak, kesibukan kerjaya dan kehidupan memaksa saya untuk tak menyentuh papan kekunci nie... Okey, pembuka cerita pada hari nie adalah berkenaan dengan percutian ataujadi second pemandu pelancong kat Ipoh.. Pada pagi Jumaat yang lepas, kami berempat (saya, ummie, adik bongsu dan adik lelaki) bertolak daripada Sepang ke Sungkai pada pukul 9 pagi dan kami sampai memang tepat jam 11.30 pagi,kami ke sana pun sebab nak jemput hubby untuk join sama dalam percutian nie.. Kemudian hubby mengambil alih kerja sebagai pemandu dan kami pun bergerak ke Hotel Chariton yang terletak di Jalan Dr. Nazrin Shah 1, Ipoh.. 
Walaupun hotel nie terletak di sebalik bangunan Ipoh Times Square 
(bukan bangunan shopping complex) tapi keselesaan hotel nie saya bagi 
4 bintang walaupun hotel nie tak disediakan sarapan pagi.. Satu jea yang tak berapa nak selesa, iaitu keadaan bilik airnya yang transparent, kalu nak mandikena berkembanlah jika awak ada anak2 atau ahli keluarga yang lain.. Semua bilik airnya dalam setiap kategori bilik hotel memang sama..

image
Kawasan luar hotel... Nampak cantik kan...

image
Pandangan dari tempat menunggu sementara kami nak check-in.
Harga hotel niepun takdelah mahal sangat, macam contohnya bilik nie..
image
Bilik studio - harga RM108 semalaman untuk kami suami isteri (katil saiz king tau)

Inilah yang saya cakap tue, bilik airnya transparent...
Manakala ini bilik ummie dan adik2, satu katil king saiz dan satu katil single tapi besar macam king size, harganya RM129.94 semalaman... 


Bila kami dah check-in, kami terus pergi ke tempat adik bongsu konvo dan tempat ambik jubah untuk hari esok dan lusa.. Kata orang sambil2
survey kami berjalan2 di sekitar bandar Ipoh, Tambun dan Tanjung
Rambutan, makan malam kami adalah roti, biskut sebab sebelum kami
sampai di Sungkai, kami telah berhenti rehat di R&R SungaiBuloh.. 
Keesokan harinya, kami ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Ipoh di Hulu Kinta untuk menghantar adik rehearsal dan mengambil
jubah konvo.. Sangkaan kami acara rehearsal nie mengambil masa
yang lama memandangkan dalam surat aturcara mengatakan ianya
berlangsung daripada pagi hinggake petang tapi sangkaan kami meleset
kerana ianya hanya mengambil masa 2 jam saja dan takde pun acara rehearsal tue, cuma ada acara ambik jubah saja dan sikit taklimat mengenai program pada esok hari.. Kami balik semula ke hotel untuk berehat dan solat dan awak tengoklah gambar kat bawah nie.. kan.. Hehehe masa tue adik saya tengah cuba pakai baju konvo dan mintak saya pakaikan jugak, awak tau apa kata adik bila saya pakai baju konvo tue..?
Katanya saya nie dah macam Doraemon..huhuhu    

Sampai hati adik...huhuhuhu..

Macam Doraemon ke..? huhuhuhu


Budak yang nak konvo...



Kemudian, setelah kami berehat dan solat, kami terus keluar berjalan2 dan hubby bawak kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang untuk menikmati keindahan alam semula jadi di samping dapat memberi pelbagai jenis ikan makan dan sudah tentu adik lelaki yang paling seronok sekali sebab dia memang suka pada ikan, seorang pemancing laut yang tegar.. Dengan pembelian makanan ikan dengan hanya RM1 sebungkus, ikan2 yang terdiri daripada ikan keli, ikan kap, dan lain2 dapat makan dengan kenyangnya.. Part yang paling kelakar masa ikan keli nie berebut makanan seperti gambar di bawah, menyebabkan ummie saya agak ketakutan sebab takut ikan tue melompat di atas dek.. hehehehe.. Kemudian kami pun bergerak ke Ipoh Parade untuk jalan2 cari makan sebab sudah sampai masanya perut kami diisi.. Masa dalam perjalanan, kami terfikir nak singgah sekejap kat Lost World Of Tambun tapi di pertengahan jalan, hujan turun dengan selebat2nya dan kami tak dapat nak mengambil gambar semasa berada di Lost World Of Tambun.. Jadi kami teruskan perjalanan ke Ipoh Parade dan dapat menikmati makanan.. 


Image result for ikan gunung lang










Kemudian, kami pualng semula ke hotel untuk merehatkan diri tapi hubby kata nak ajak kami makan char kuew teow yang paling sedap di Dataran Ipoh.. Memandangkan ummie dan adik2 dah terlalu letih dan perlukan rehat secukupnya, maka hanya kami suami isteri saja yang keluar untuk menikmati makanan char kuew teow tapi lain pulak yang kami order.. Memang hajat di hati nak makan char kuew teow tapi last2 nasi ayam jugak kami order..

Itulah throwback story part 1 tentang perjalanan ke Ipoh.. Nantikan throwback story part 2... hehehe ada ke yang tunggu..? Jaa nee..

read more

Okey, last entri untuk hari nie...! sob..sob...

Thursday, October 20, 2016


Assalamualaikum wbt..
Okey, awak nie last entri tau untuk hari nie, sebab kejap lagi dalam pukul 2 petang saya dah nak balik KL untuk ambik ummie dan si bongsu, balik ke Sepang.. Adik lelaki no3 pulak akan sampai di KLIA2 pada jam 10.30 malam nie menaiki pesawat AirAsia.. Pada pagi esok Insha Allah jam 9 pagi, kami akan bergerak ke Ipoh dan singgah sebentar di Sungkai.. Awak doakan keselamatan kami sekeluarga yea, semoga kami selamat sampai di destinasi dan pulang ke rumah semula.. Insha Allah Hari Isnin depan saya akan kembali lagi kalau masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah...
Saya nak kongsi tentang gambar nie..Apa pendapat awak..? Yang mana satu bentuk kuku awak..? Kalau bentuk kuku saya, yang nombor 1 tue..hehehe romantik..? Urmm entahlah tapi yes saya seorang yang pendiam, mula2 kenal jea tapi bila dah kenal lama, macam bertih jagung tapi belum tahap mak nenek lagi, hehehehe...perasan...

Okey, setakat nie dulu nota jurnal saya.. Jumpa lagi yea,..Insha Allah kalu sempat saya update, nanti saya akan update tapi kalau tak sempat, faham2 lah.. hehehe sebab masa untuk berdating dengan hubby, rindu kat dia sangat2... Adoii macamlah awak sorang ada suami Pn. Shikin oiii..
Jaa mata nee...


read more

10 ciri 'pencandu' internet..

Image result for internet addiction
Suatu ketika dahulu seorang Pengkaji Ketagihan Internet awal Dr. Kimberly Young (1998) memaklumkan, si 'pencandu' internet merupakan seorang yang bergantung pada diri sendiri, sukakan aktiviti bersama secara dalam talian serta kurang gemar aktiviti luaran. Pun begitu seiring peredaran masa kelakuan ini semakin sukar dikesan, namun mereka boleh dinilai menerusi 10 ciri berikut.
  1. Memperuntukkan masa dan peluang berada dalam dunia maya lebih lama daripada di alam fizikal.
  2. Mereka amat aktif daam ruang maya berbanding di luar.
  3. Pemikiran mereka berfungsi lebih baik dalam ruang maya.
  4. Menunjukkan tanda keletihan yang tinggi kerana terlalu memfokus menggunakan otak dan tenaga dalaman.
  5. Mempunyai masalah mata untuk memfokus jarak dan silau.
  6. Kegagalan koordinasi mata dan otak akibat terlalu lama melihat dan berfikir melalui gajet teknologi.
  7. Bergantung sebahagian besar keperluan hidup berasaskan aplikasi dari internet.
  8. Kurang bercakap dan kurang memberi pandangan di dunia nyata.
  9. Hilang fokus belajar dan bekerja kerana keasyikan dan sentiasa memikirkan dunia maya.
  10. Sanggup menyediakan peruntukan besar untuk gajet dan perkhidmatan berasaskan internet

Jadi, adakah awak seorang 'pencandu internet'?

read more

Yeayy..free name card dah sampai..!


Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi semua, hari nie adalah hari terakhir saya bekerja kerana esok saya dan family akan mulakan perjalanan ke Ipoh tapi akan singgah sebentar di Sungkai untuk ambik hubby sambil2 melawat mak mertua.. Amboii macamlah dah tak kerja lagi dah..hehehe hari nie sebenarnya saya berada di awang-awangan sekarang dan otak nie dah mula taknak fikir pasal kerja lagi, tapi demi mencari rezeki yang halal, kena fikir jugak kan..

Pagi nie saya nak berkongsi sikit citer pasal gambar kat atas tue...Cantik tak kad nama saya..? Awak tau tak ianya percuma tau, hanya bayar kos penghantarannya saja dalam lingkungan RM8 lebih jea.. Yea, baca dan eja perkataan nie.. P.E.R.C.U.M.A. Tak percaya..? Okey, awak bukak laman web nie... Lepas tue awak klik untuk Malaysia & Singapore seperti gambar di bawah....



Lepas awak klik, awak akan dapat akses laman web tue, dan awak cari iklan seperti di bawah.. Sebelum tue awak perlu sign up dan login dan lepas tue, dapatlah edit kad nama yang kita nak macam saya buat tue..Ianya tak susah pun nak edit, sebab template kad nie memang ada banyak pilihan...


Lepas awak dah siap edit dan bayar untuk kos penghantaran, pihak Pixajoy akan menghantar emel pada awak sama ada awak berpuashati dengan template yang awak buat tue ataupun tak.. Kalu awak berpuashati, hanya balas emel mereka saja dan mereka akan proceed untuk printing dan penghantaran.. Tempoh penghantaran adalah 7 hari bekerja...


Mudah kan.. Apa lagi, rebutlah peluang untuk mendapatkan 100 keping kad nama dengan PERCUMA dan hanya perlu BAYAR KOS PENGHANTARAN... Rugi tau kalu awak tak rebut peluang nie...!

read more

Fakta tentang hon kenderaan

Image result for car horn

Assalamualaikum wbt...
Tahukah awak bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu di sebaliknya. Saya bongkarkan maksud di sebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk awak semua lebih berhati-hati supaya tidak timbul pergaduhan. Please take note yer!


1x HON PENDEK
- Pemandu tu nak cakap “HAI”

2x HON PENDEK
- Pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3x HON PENDEK
- Pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1x HON PANJANG
- Pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.

2x HON PANJANG
- Pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDER OTAK KE”

- 4x atau lebih HON PENDEK
Pemandu tu cakap : -
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM! TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU..

hehehehe jangan marah haa... 

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ►  2025 (35)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ▼  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ▼  October (43)
      • Adik kesayangan tamat konvokesyen KKM | Last episode
      • Adik kesayangan tamat konvokesyen KKM | Second epi...
      • Adik kesayangan tamat konvokesyen KKM | First episode
      • Okey, last entri untuk hari nie...! sob..sob...
      • 10 ciri 'pencandu' internet..
      • Yeayy..free name card dah sampai..!
      • Fakta tentang hon kenderaan
      • Diari harian
      • Viral tentang pelajar sekolah rendah yang menyerta...
      • Tazkirah pagi #6 = '7 kalimah penghapus dosa'
      • Soalan lazim untuk bakal pelatih anggota bomba
      • 5 perkara penting tentang ubat si anak
      • Dapat jugak booking hotel..
      • 10 inisiatif jimat kahwin
      • Cerita petang : makan malam yang ringkas
      • Tutorial : Cara Buat Backlink Dengan Gambar
      • Subhanallah, cantiknya Pulau Sembilan...!
      • Tutorial : Form Mister Linky's Magical Widget (Blo...
      • Cerita semalam
      • Tazkirah pagi 5#
      • Rindunya pada mereka..≧◡≦
      • Manfaat berjalan kaki..
      • Teka teki teka tekuk
      • Tazkirah pagi 4#
      • Finally... Selamat tinggal laptop ku...
      • Saja jea gurau-gurau.. シ
      • Tazkirah Jumaat #3 : Beramal TAPI akan ke neraka..
      • Tazkirah Jumaat #2 : Mengenai musafir
      • Tazkirah Jumaat #1 ; kenapa kita sering diuji deng...
      • Hingga ke waktu nie, 100 blog telah jelajah... yea...
      • Misi untuk ber 'blogwalking'.. Ganbatte..!
      • Wordless Thursday..!
      • MISTERI KEMATIAN
      • Cerita malam tadi
      • Alhamdulillah, yeayy hadiah dah sampai
      • Tazkirah pagi
      • Kisah tomato..
      • Subhanallah,.. Cantiknya, macam kat luar negara..
      • Nasib baik ada nombor back-up.. Kalu tak.. huhuhu ^︵^
      • Alhamdulillah rezeki di awal bulan Oktober
      • Cerita hari Sabtu.. ❤
      • Ibu kepada sahabat saya telah meninggal dunia | Sa...
      • Tazkirah malam..
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist May 2025

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WONDERPET DATANG MEMBANTU :.
  • cikcappuccinolatte
    Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus
  • Drawing the Words
    Kerana 20 sen.Berdosa tak buat macam ni?
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Oh My Blog Berhabukkk!!
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Camana nak kembalikan semangat yang hilang
  • Sembang Sorang
    Rezeki Hari Raya Aidil Adha Dengan Menjadi Top Komentar Blog CCL✨
  • fairusmamat.com
    Salam Aidiladha 1446H
  • Sitiss' Journal
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Poskad Untuk Kamu
  • Serbia – D'Cat Queen
    EUROPE TRIP (PART 3) EXPLORING THE BEAUTY OF BEOGRAD, SERBIA

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.