Salam Ramadhan Al-Mubarak

Thursday, June 16, 2016





Assalamualaikum..
Lama betul rasanya tak berblog walking dengan awak suma.. Bukan kerana merajuk tapi kesuntukan masa dengan kerja yang begitu banyak, memandangkan final audit amalan 5S akan dilaksanakan pada 28hb Jun nie… Kami di Zon Tanjung(kawasan jagaan kami) merupakan satu kawasan yang agak luas dan tak berpenghuni, dalam erti kata lain, kami kena jaga kawasan parking, rooftop, kafe (ditutup sempena Ramadhan) dan beberapa kawasan yang agak jarang orang guna..

Walaupun begitu, masih ada lagi yang perlu dibuat penambahbaikan (kaizen) seperti di dalam bilik fail dan library.. Baru2 nie, pra-audit daripada MPC telah dijalankan pada 14hb Jun lepas, dan ada beberapa teguran daripada auditor yang perlu kami buat.. Jadi memang banyaklah kerjanya, niepun tulis blog nie secara curi2 masa sebab saya tengah update blog library, salah satu tugas hakiki saya.. Jadi saya mintak maaf banyak2 pada awak2 yang telah tag nama saya untuk GA atau Segmen, saya memang tak dapat join buat masa nie, sebab kekangan masa yang tak mengizinkan saya untuk join.. Dan maaf jugak dipinta kerana saya tak dapat nak berblogwalking, Insha Allah jika semuanya telah selesai, saya akan kembali untuk berkunjung di rumah awak suma,okey..?

Rasanya belum terlambat kot, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.. Semoga di bulan yang mulia nie, kita pertingkatkan lagi ibadah kita dan pahala kita untuk bekalan di akhirat nanti.. Ini adalah kali kedua saya dan suami berpuasa sama2 sebagai suami isteri..

Ohh, lupa.. Awak tau, saya sambut hari ulangtahun perkahwinan saya yang pertama di hari pertama kita berpuasa.. Saya rasa amat beruntung sekali sebab dapat menyambut dua hari yang penting dalam kehidupan saya.. Dan kami sambut hari2 yang penting nie di Kuala Terengganu dan dalam masa yang sama jugak kami sambut hari lahir Ummie saya yang tersayang.. Sebenarnya kami sambut hari lahir Ummie awal dua hari memandangkan dia dilahirkan pada 8hb iaitu pada hari ketiga puasa dan kami semua dah balik KL dah masa tue..  Jadi, pada hari Ahad (5hb) kami adik beradik telah berpakat untuk membeli kek, jambangan bunga ros dan hadiah untuk Ummie kami.. Tapi maaflah takde gambar untuk saya paparkan di sini sebab kami sekeluarga memang agak kurang berminat untuk bergambar.. hihihi jadi awak suma dapat bayangannya saja, takpe kan… imagine la sendiri mengikut kreativiti masing2.. wahh, mengikut kreativiti, nie suma gara2 5S lah nie... 

Kami balik Terengganu pada hari Sabtu lepas (4hb) dan berkampung di sana selama 4 hari..Secara kebetulan suami dapat cuti jugak, dia kata nak sambut hari pertama puasa di negeri orang pulak, hihi.. Dan memang banyaklah makanan tradisi Terengganu yang dapat dimakan oleh suami masa beli kat bazar Ramadhan tue, sedap2 katanya.. Yang paling kelakar tue, dia beli nasi bukhari ayam, padahal bukannya dia tak pernah makan nasi tue, cuma katanya rasa nasi bukhari Terengganu berlainan sikit.. Rasa camne pun saya tak tahu sebab lain orang lain rasanya, sebab saya rasa sama jea, hihihi.. 

Kemudian bila dah balik ke Salak Tinggi nie, kami kembali ke kehidupan normal masing2.. Saya dan geng2 Zon Tanjung bersiap siaga untuk menghadapi audit sebenar pada penghujung bulan nie, masa di audit kali terakhir oleh auditor dalaman (salah sorangnya saya) banyak jugak yang kami perlu dikemaskini dan bila pra-audit daripada MPC telah dibuat, kami perlu lebih banyak lagi untuk dibuat penambahbaikan, contohnya signage 'reversed parking' yang diamalkan oleh warga JBPM, perlu dibuat dengan menggunakan pallet besi, tapi memandangkan kos pembuatannya memang tak dibekalkan, kami membuat inisiatif bentuk A3 bagi menggantikan signage yang sedia ada dalam bentuk A4.. Awak mesti tercengang2 kan, reversed parking..? sebenarnya konsep nie dah diamalkan di FRAM Tronoh,FRAM Wakaf Tapai dan JBPM Sarawak.. Jadi kami pun di HQ  nie kenalah buat jugak reversed parking, takde siapapun dikecualikan.. pada sahabat kami yang sebelum nie tak pandai untuk reversed parking pun kini  dah mula pandai untuk melakukannya walaupun ada sikit kesilapan teknikal..  

Okeylah, nanti ada masa saya update lagi yea.. Sebab nak sambung buat kerja-kerja sampingan nie dan nak balik ke rumah dalam masa setengah jam lagi.. Malam nie saya perlu pergi ke rumah customer urut untuk memberi perkhidmatan urut terapi buang angin..



Jaa nee..
 

3 comments

  1. Patut la lama tak nmpak sis dkt sini :) Takpe buat yg mna penting dulu. See sis lama hilang pun ain still kenal. Selamat berpuasa sis. Smeoga ramadhan kalini lebih bermakna :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧