Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Selamat Hari Pesta Keamatan

Wednesday, May 30, 2012



Assalamualaikum, 
Hari ini rakyat Sabah meraikan Hari Pesta Keamatan atau Pesta Menuai dan aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Pesta Menuai kepada rakyat Sabah...Ini cerita di sebalik Pesta Menuai...


Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
read more

Diari harian

Friday, May 25, 2012


Aikk... Sudah hari Jumaat ke? Aduh... sekejap saja masa berlalu... Tahun ini aku dan hubby akan beraya di kampung halaman hubby dan tema untuk tahun ini?? Entah, belum tahu lagi kerana kami tidak merancang apa-apa lagi untuk membeli pakaian raya... heheh tapi aku fikir aku mahu memakai jubah untuk hari raya ini... Rasanya tidak salah untuk aku memakai jubah di hari raya... Sebenarnya baju jubah ini senang dipakai dan selesa dipakai juga... Sebab itu sekarang ini aku beralih kepada pakaian berjubah... Ada juga masanya aku akan berbaju kurung dan kadang kala aku akan memakai jubah, itu adalah pakaian kerja aku sehari-hari...

read more

Hari Belia Negara 2012

Wednesday, May 23, 2012


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Kami ingin menjemput anda untuk menghadiri Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 bertempat di Presint 2 berhampiran dengan Kementerian Kewangan, Putrajaya bermula pada 23 hingga 27 Mei 2012... Datanglah beramai-ramai kerana banyak aktiviti yang dijalankan di sana. Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia juga membuka gerai pameran untuk para pengunjung bagi mengetahui tentang Jabatan ini dengan lebih dekat lagi... Jadi, apa tunggu lagi?!!

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web di bawah untuk mengetahui jadual aktiviti... Jumpa anda di sana!!!

HARI BELIA NEGARA 2012. Klik Sini...


read more

Diari harian

Tuesday, May 22, 2012



Assalamualaikum,
Selamat datang Bulan Rejab, bulan yang membawa kerahmatan kepada semua umat Islam..... Ramai di kalangan kita yang berpuasa sunat sempena kedatangan Bulan Rejab, aku pula terlupa untuk berpuasa... Lupa lagi....Astaghafirullah Hal'Azim.... macam mana aku boleh terlupa... Apapun Insya-Allah aku akan cuba berpuasa sunat dan berpuasa ganti pada bulan ini kerana Bulan Ramadhan semakin dekat.... Ishh...ishhh...Berdebar-debar pula rasanya, entah kenapa pula hati ini.... Rasa macam ada perasaan gembira di hati ini...Mungkin juga Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi dan sebab itu aku berasa amat gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan....
read more

Diari harian

Wednesday, May 16, 2012



Assalamualaikum,
Wah, sekejap sahaja masa berlalu kerana hari ini sudah 16hb Mei... Tinggal 2 bulan lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan kerana beberapa hari lagi kita akan menyambut Bulan Rejab iaitu bulan rahmat, sebenarnya semua bulan Islam adalah bulan rahmat.... Alamak! Aku terlupa untuk melakukan puasa ganti...Bila agaknya aku mahu melakukan puasa ganti??hmmm... fikir sekejap... Insya-Allah andainya aku teringat, aku akan terus berniat untuk puasa sebab kadang-kadang bila aku berkerja, langsung aku terlupa untuk berniat....

read more

Selamat Hari Guru

Monday, May 14, 2012


Assalamualaikum, 
Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia... Sedar atau tidak, guru juga adalah orang yang penting dalam kehidupan kita kerana guru yang mengajar kita untuk menghadapi kehidupan di dunia ini... Jasa guru tidak ternilai harganya kerana jasa guru juga kita menjadi seorang manusia dan insan yang berjaya dari segi rohani mahupun jasmani... Ramai di kalangan kita yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing... Sedar atau tidak, sudah 13 tahun aku sudah meninggalkan bangku sekolah dan pada masa itu banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui... Kenangan yang menjadikan aku dewasa dan matang untuk menghadapi kehidupan yang penuh berliku ini....Aku ingin berterima kasih pada guru-guru yang pernah mengajar aku erti kehidupan dan erti kesabaran... Jasa guru-guru semua hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya kerana jasa-jasa guru tidak ternilai harganya...Terima kasih cikgu....

read more

Khas Untuk Ummie Tersayang

Sunday, May 13, 2012

 

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkan aku
merawat diriku
membesarkan aku
mendidik daku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu berjaga malam tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala aku terbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kepenatan kerana aku

Aku yang selalu menyusahkanmu
aku yang selalu mencuri perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangisanmu

Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam Syurga Firdaus

Ibu...
hanya iringan doa yang dapat kupersembahkan untukmu
hanya bacaan Surah Yassin yang akan menjadi hadiah
untuk dirimu
kerana jasamu
tiada terbalas
Aku cuma mengharapkan
hanya Allah SWT sahaja yang dapat
membalas jasamu itu

Hanya tangisanku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
Walaupun engkau telah pergi menghadap Ilahi
cintaku padamu tidak akan pernah surut
Semoga Allah SWT sentiasa mencucuri rahmat ke atas dirimu
Amin Ya Rabbal Alamin...




read more

Akhirnya aku bergelar moyang

Saturday, May 12, 2012


Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, Si Kecik akhirnya sudah melahirkan anak seramai 3 ekor, semuanya comel... Seekor warnanya hitam keperangan, seekor lagi berwarna hitam tetapi mempunyai tompokan kecil di bahagian ekor dan badannya, manakala si bongsu pula lebih mirip kepada ibu dia, iaitu kelabu....Memang comel... Semalam aku sendiri merasakan yang Si Kecik akan melahirkan anak sebab dia asyik mengeow sahaja sambil mundar mandir keliling rumah, aku berikan dia sebuah kotak dan mengajar dia supaya dia melahirkan anak dia di situ... Ternyata dia mendengar kata-kata aku dan pada hari ini aku bergelar moyang kepada anak-anak Si Kecik... hehehehe... Sudah tua rupanya aku ini..
read more

Diari harian

Friday, May 11, 2012




Assalamualaikum, 
Akhirnya selesai sudah kursus yang dijalankan di bangunan KPKT di Presint 2... Aku berasa amat seronok sekali kerana pergi kursus yang sebegini kerana ianya dapat menambahkan pengetahuan aku dalam bidang keagamaan dan 2 hari lalu kami ada membuat klinik membaca Al-Fatihah dan rupa-rupanya selama ini kami membaca surah Al-Fatihah secara salah dari segi sebutan dan nahu bacaan.... Apapun aku ingin berterima kasih kepada ustaz dan tenaga pengajar yang mengajar kami cara membaca Al-Quran dengan betul walaupun di dalam solat.... Terima kasih...



read more

Novel sulung Tinta Biru | Tahniah

Monday, May 07, 2012

Selamat kembali wahai pegawai aku yang aku sayangi... semoga anda akan selesa bekerja setelah lama bercuti, dan tahniah aku ucapkan kerana novel pertama anda telah mencatatkan sejarah yang tersendiri....Novel apa? Tajuk novel ini adalah “Awas! Bila Hati Dah Sayang”...Memang best cerita ini yang pada asalnya dia cuma menulis mini-novel dan dihantar pada penulisan2u.com sahaja... Secara kebetulan penerbit berminat untuk memasarkan novel dia dan seterusnya menjadi antara 5 terbaik jualan novel pada bulan Februari baru-baru ini....Tahniah sekali lagi...


Inilah novel pertama pegawai aku....
read more

Diari harian

Friday, May 04, 2012



Assalamualaikum,
Hari ini aku memesan Domino's Pizza kerana aku terasa amat malas untuk keluar dan aku tidak mahu keluar pada waktu tengahari... Jika dahulu aku tidak berapa gemarkan Domino's Pizza tetapi sekarang selera aku berubah sama sekali... Sebenarnya aku suka pada banana pie yang agak sedap bila dimakan, rupanya seperti pizza yang lain, cuma ianya tiada keju sahaja... Minggu depan aku akan mula berkursus bersama-sama dengan 4 orang sahabat aku yang juga rakan sekerja dengan aku... Aku mengambil Kursus Bina Insan yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selama 3 hari berturut-turut, bemula pada 8hb hingga 10hb Mei ini...Yeaa... Akhirnya aku dapat pergi ke kursus ini dan ianya akan menjadi lengkap nanti, Insya-Allah....



read more

Diari harian

Wednesday, May 02, 2012



Assalamualaikum,
Hari pertama aku menjalankan tugas setelah beberapa mengambil cuti dan ditambah dengan cuti umum baru-baru ini... Penyakit malas mula menyerang aku dan aku tidak akan tunduk pada penyakit itu... Aku akan cuba untuk menentang penyakit yang sememangnya menjadi lumrah kehidupan manusia... Minggu depan pegawai aku akan mula bertugas dan aku adalah antara orang yang paling gembira sekali dengan kepulangan dia... Selain daripada bebanan kerja aku berkurangan, aku telah dapat kembali sahabat yang menjadi teman bicara dan teman pendengar yang baik buat diri aku....

read more

Diari harian

Tuesday, May 01, 2012




Assalamualaikum, 
Lama betul rasa aku tidak mengemaskini blog, sampai naik sawang sudah blog aku ini... Maklum saja, pegawai aku cuti bersalin dan aku tinggal sendirian di dalam office ini dan aku tidak mempunyai banyak masa untuk mengemaskini blog... Hendak mengharapkan pada broadband, memang tidak boleh pakai, kalau setakat hendak mencari maklumat, sudah mencukupi tapi speed broadband tidak laju apabila aku ingin membuka blog aku... Apa khabar kawan-kawan semua? Terasa rindu pula aku pada kamu semua.... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada sesiapa yang bekerja, sama ada di pejabat mahupun di rumah... Bak kata orang, semua orang bekerja biarpun hanya duduk di rumah... hehehe... Aku berada di rumah keluarga hubby sekarang ini kerana bercuti... Aku mengambil cuti sempena cuti umum ini, sudah agak lama kami tidak balik ke kampung hubby... Kadang-kadang seronok juga dapat melihat negeri orang walhal perkara yang sama saja yang nampak, cuma design sesetengah rumah amat mengagumkan aku... Pegawai aku akan mula bekerja pada 7hb Mei ini, dan aku akan mempunyai teman lagi.... Kadang-kadang seronok juga duduk keseorangan dan kadang-kadang bosan melanda diri.... Aku tetap sukakan pekerjaan ini dan insya allah aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik pada pekerjaan aku ini kerana aku amat sayangkan pekerjaan aku ini... Biarpun ramai orang tidak mengetahui hakikat sebenar di sebalik bidang kepustakawanan tapi sekurang-kurangnya mereka tahu serba sedikit tentang bidang ini.... Banyak peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku dan insya allah aku akan menceritakan serba sedikit...Antaranya aku telah selamat menjalani rawatan IUI tetapi Allah masih tidak mengizinkan aku memperolehi zuriat lagi.... Dan insya allah aku akan mencuba untuk kali kedua dan jika tidak berjaya aku akan mencuba dengan kaedah IVF... Melihat kejayaan beberapa pasangan yang bertahun-tahun tidak mempunyai zuriat akhirnya tercapai impian mereka untuk melihat cahayamata dengan bantuan IVF... Jikalau tidak, insya allah jika tidak ada aral melintang, aku akan menunaikan umrah bersama-sama dengan ummie dan hubby pada tahun depan.... Doakan aku berjaya.... Walaupun terasa pahit untuk ditelan tetapi aku redha dengan ketentuan Ilahi dan aku akan berusaha lagi untuk mendapatkan zuriat... Sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan dosa orang yang mengumpat dan mengata pada aku dan hubby kerana aku tidak mahu ' mereka' terus menerus mendapat dosa kering disebabkan aku... Kadang-kadang aku kasihan pada hubby kerana kami tidak mempunyai zuriat dan aku akan cuba untuk membahagiakan dia walaupun hubby tidak berkata apa....







read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ►  2025 (35)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ▼  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ▼  May (13)
      • Selamat Hari Pesta Keamatan
      • Diari harian
      • Hari Belia Negara 2012
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Selamat Hari Guru
      • Khas Untuk Ummie Tersayang
      • Akhirnya aku bergelar moyang
      • Diari harian
      • Novel sulung Tinta Biru | Tahniah
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist May 2025

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WONDERPET DATANG MEMBANTU :.
  • cikcappuccinolatte
    Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus
  • Drawing the Words
    Kerana 20 sen.Berdosa tak buat macam ni?
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Oh My Blog Berhabukkk!!
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Camana nak kembalikan semangat yang hilang
  • Sembang Sorang
    Rezeki Hari Raya Aidil Adha Dengan Menjadi Top Komentar Blog CCL✨
  • fairusmamat.com
    Salam Aidiladha 1446H
  • Sitiss' Journal
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Poskad Untuk Kamu
  • Serbia – D'Cat Queen
    EUROPE TRIP (PART 3) EXPLORING THE BEAUTY OF BEOGRAD, SERBIA

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.