Diari harian

Tuesday, June 07, 2011





Assalamualaikum,
Hari Isnin sudah menjelma kembali... seperti baru semalam aku berehat dan sekarang ini adalah waktu aku bekerja mencari rezeki....Namun pada pagi yang cantik ini aku keseorangan kerana boss aku telah mengambil cuti hari ini.... Sunyi rasanya perpustakaan ini bila boss aku tiada di tempat dia dan aku bernasib baik kerana ramai juga sahabat sahabat aku yang lain ada datang melawat perpustakaan untuk membaca surat khabar dan buku serta melayari internet sambil bersembang antara satu sama lain... Kadang kala aku terdengar bunyi kicauan burung yang berterbangan di luar bangunan dan ianya menjadi satu muzik yang merdu sekali... Alangkah indahnya alam ini dan aku berasa amat bertuah dan bersyukur kerana sekali lagi aku diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah SWT... Kecantikan alam maya ini memang tiada tandingannya dan tiada sesiapapun dapat mengubah kejadian alam yang serba indah ini....

2 comments

  1. kicaun burung memg indah..semua ciptaan Allah indah

    ReplyDelete
  2. Rumah saya pun boleh dengar kicauan burung. Memang tenang. Burung tengah berzikir.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧