
Assalamualaikum,
Akhirnya aku dapat menyiapkan sepenuhnya blog library aku... Yessss... Rasa penat yang amat menguasai diri aku tetapi aku amat berpuas hati dengan kerja aku...boss aku pun berpuas hati dengan kerja aku... Cuaca pada hari ini mendung dan petang tadi hujan turun dengan lebatnya... Aku yang keluar dari office untuk meredakan kesejukan badan terpaksa masuk semula ke office kerana angin bertiup dengan kencang... Office aku ini suhunya terlalu sejuk hinggakan kami semua tidak berasa lapar dan dahaga, cuma rasa mengantuk menguasai diri.... Tapi bagus juga suhu begitu sejuk jadi kami tidak kelaparan menahan puasa..... Tangan aku mulai kebas setiap sejam dan aku keluar ke bilik air beberapa kali... Menu aku pada hari ini adalah nasi beriani, kuih karipap, kuih jemput-jemput udang dan air minuman pilihan aku adalah asam boi.... Tapi masa aku pergi beli juadah untuk berbuka puasa, hujan mula turun dan nasib baik tidak lebat sangat... Setelah selesai membeli juadah, aku singgah ke kedai lampu untuk membeli mentol lampu garam sebanyak 20 biji...hehehe ini cuma stok sahaja sebab mentol lampu garam mudah terbakar so senang aku mahu menggantinya kelak... Tidak perlu bersusah payah untuk membeli lagi mentol itu kerana aku membeli banyak stok... Hubby aku dengan seloroh berkata apakah aku ingin menjadi peniaga mentol? hehehehe.... Oh ya! tadi kami menonton filem ' Tolong Awek Aku Puntianak ' dalam Youtube dan filem ini memang kelakar yang mengisahkan Bob seorang manusia bertemu cinta sejati dengan Maya, seorang puntianak... Beberapa hari sebelum itu, filem ini ditayangkan dalam Astro tetapi hanya permulaan cerita sahaja.... Yang sebahagian besar lagi kena perlu panggung wayang atau tunggu di dalam Astro First Channel.... Aku fikir bulan ini aku tidk mahu melanggan filem di Astro First... Maklumlah raya nanti hendak pakai banyak duit, so aku tidak mahu membazir duit.. Nanti aku tidak boleh beraya...hahahaha.... Hari ini adalah hari ke sepuluh kita berpuasa, kejap saja masa berlalu... Diam tidak diam hari ini adalah 10 Ogos 2011 bersamaan 10 Ramadhan 1432H...
Drama yang aku maksudkan ini adalah 'Banifsha' yang mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan Afghanistan yang kehilangan ibu bapa akibat peperangan, datang ke Malaysia bersama-sama dengan doktor sukarelawan di sana yang juga ayah tirinya... Banifsha yang menghidap barah otak akibat terkena serpihan bom telah dijaga dengan baik oleh doktor itu hinggakan kadang kala dia tidak menyedari kehadiran isteri dan anak lelaki dia... Pada mulanya anak lelaki dia merajuk kerana bapa dia bawa balik seorang budak perempuan yang asing manakala ibu dia pula menjadi serba salah untuk melayan karenah anaknya... Banifsha sentiasa mengenangkan tanah kelahiran dia dan dia begitu sedih kerana dia telah kehilangan ibu bapa dan kenangan itu telah menjadi beban kepada dia.... Isteri doktor itu mendapat tahu yang suaminya telah berkahwin dengan wanita Afghanistan yang juga ibu Banifsha dan menjadi begitu marah sekali hingga dia mengoyakkan gambar perkahwinan suaminya dengan ibu Banifsha... Banifsha telah nampak tentang kejadian itu dan terus mengambil serpihan gambar dan mencantumkan kembali...Ini menyebabkan doktor tersebut menjadi marah kepada isterinya dan mengatakan yang dia tidak sepatutnya mengoyakkan gambar tersebut... Banifsha menjadi sedih dan dia telah lari dari rumah doktor tersebut... Pada keesokkannya doktor dan anak lelaki dia mencari Banifsha dan pada mulanya isteri doktor itu enggan menolong tetapi bila dia melihat kesungguhan anak lelaki dia mencari Banifsha, maka dia pun ikut serta mencari Banifsha... Banifsha merayau-rayau di tengah bandar dan kesan barah otak telah menimpa dirinya..Banifsha pengsan di kaki lima kedai dan dia pun dihantar ke hospital oleh orang ramai.. Tetapi Allah lebih menyayangi Banifsha kerana Banifsha disahkan meninggal dunia... Doktor tersebut berasa amat sedih dengan pemergian Banifsha dan isterinya pula tidak henti-henti memohon maaf kepadanya tentang kejadian yang menimpa...Setelah beberapa hari, doktor itu telah masuk ke bilik arwah Banifsha dan dia terjumpa satu gambar yang tertulis yang Banifsha berasa amat gembira bila berada di Malaysia dan di rumah doktor itu...Banifsha berterima kasih pada doktor itu kerana menjaganya dengan begitu baik dan Banifsha kini telah faham erti kemerdekaan...Banifsha berharap yang Malaysia akan terus aman.... Dan tamatlah drama itu.... Memang sedih bila tengok drama ini, lebih-lebih lagi Banifsha... Barisan pelakon drama ini terdiri daripada Hareena Kaur sebagai Banifsha,

Hari Isnin adalah hari permulaan baru untuk bekerja dan minggu ini adalah minggu kedua kita berpuasa... Ini bermakna kita telah berpuasa selama 8 hari, Al-Hamdulillah.... Kelmarin ummie telefon dan mengatakan results exam adik perempuan aku akan keluar dalam minggu ini dan mungkin dia akan beli tiket kapal terbang sekali untuk pulang ke Malaysia... Mungkin juga dia akan berpuasa di rumah aku, tapi aku tidak kisah akan semua itu... Aku mengalu-alukan kedatangan dia dan ummie pun mahu datang ke rumah selepas hari raya nanti untuk membeli belah barangan pengantin... Pengantin? Aku? bukanlah, tetapi adik lelaki kedua aku dan adik perempuan keempat aku yang mahu kahwin....hehehe aku pula hari-hari menjadi pengantin sebab itu aku selalu pakai inai di jari... Bila inai di jari hampir pudar saja, aku akan letak inai yang baru semula di jari sampaikan hubby menggeleng kepala dan bertanya kepada aku, "apa yang best pakai inai ini?" Keadaan cuaca? hari ini cuaca begitu cerah dan baik sekali dan pagi tadi aku menjemur pakaian aku dan hubby di halaman depan rumah untuk mengeringkan pakaian itu, oleh sebab dua hari lepas hujan turun dengan lebatnya di sini... Biasanya kami bertolak untuk pergi kerja pada pukul 6.30 pagi, so aku menjemur pakaian dalam pukul 6.15 pagi... nasib baik halaman depan rumah aku ini berpagar dan beratap... Kalau hujan sekalipun, pakaian aku tidak akan basah dan kemungkinan tempias itu mungkin ada.... Tapi tidak kisah semua itu, yang paling penting aku dapat mengering pakaian kerja hubby... Makanan untuk berbuka puasa pula aku beli di bazaar Ramadhan di Kosmopleks Salak Tinggi dan nasib baik aku pergi awal kerana selepas balik kerja, aku terus singgah ke bazaar Ramadhan dan orang pun tidak terlalu padat sangat... Menu pilihan aku adalah nasi kerabu, telur masin, ikan keli dan ikan merah bakar serta daging bakar... Air minuman pilihan aku adalah air buah naga yang berwarna merah, memang sedap...Manakala kuih muih pilihan aku adalah karipap dan pulut panggang...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons