Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Review : Invincible Youth (2009)

Saturday, September 03, 2011

Assalamualaikum, 
Hari ini trip mencuci pakaian untuk kali keempat telah berlangsung pada pagi tadi dan selesai sudah segala tugas mencuci pakaian untuk 2 minggu ini... hehehe tetapi aku masih perlu melipat segala pakaian kami dan hubby dengan nada bergurau berkata adakah aku ingin membuka kedai bundle?? hehehehe esok adalah hari terakhir kami akan bercuti dan pada hari Isnin ini bermulanya kerja aku... Rasa malas pula hendak bekerja tetapi dalam masa yang sama semangat untuk bekerja itu masih ada dalam hati aku ini.... Ummie aku akan datang ke Sepang pada 16 September ini yang merupakan hari cuti umum kerana Hari Penubuhan Malaysia... hehehe sebab itu aku berasa seronok sangat kerana mood raya masih lagi berjalan dan aku telah minta ummie untuk membuat nasi dagang di rumah aku... hehehe maklum sahaja, aku tidak berkesempatan untuk merasa nasi dagang di Terengganu dan kali ini aku dapat merasa nasi dagang hasil air tangan ummie... 

Invincible Youth (2009)

hehehe oh ya... tengahari tadi ada cerita best di Astro KBS World, rancangan ini sememangnya best dan aku suka menonton rancangan ini... Nama rancangan ini adalah Invincible Youth, sebuah rancangan hiburan yang menghimpunkan 7 orang artis wanita lain kumpulan yang dikenali sebagai G7 yang terdiri daripada Narsha (Brown Eyed Girls), Han Sunhwa (Secret), Hyuna (4minute), Hyomin (T-ara), Sunny dan Kwon Yuri (Girl's Generation) dan Goo Hara (Kara) untuk melihat sejauh mana mereka dapat hidup dengan suasana kampung dan sebagai orang biasa.... Kemudian datang pula  Jooyeon (After School), Victoria (f(x)’s) dan Kim Sori untuk menggantikan tempat Sunny, Kwon Yuri dan Hyuna kerana pertindihan jadual mereka sebagai artis.... Kumpulan ini diketuai oleh Noh Juhyeon yang bertindak sebagai ketua, ditemani 2 orang pembantu iaitu Kim Shinyeong dan Kim Taewoo... Tetapi tempat Kim Taewoo digantikan dengan Song Euni kerana Kim Taewoo mengalami kecederaan dan pembedahan.... Rancangan ini mengajar mereka bagaimana untuk menjadi petani dan pelbagai gelagat yang melucukan dapat dilihat...
read more

Diari harian

Friday, September 02, 2011



Assalamualaikum, 
Hari Jumaat bersamaan 4 Syawal 1432H.... Terasa segar betul pada pagi tadi lantaran segala kepenatan telah hilang setelah tidur... Hubby telah pergi kerja tetapi kedengaran bunyi motor petanda dia telah balik semula...hehehe aku sudah dapat agaka apa yang berlaku... Memang hari raya ketiga tidak ramai yang bekerja apa lagi, sesiapa yang bekerja sudah lari balik ke rumah semula... hehehe bagus juga hubby balik, boleh aku mengajak dia ke pasaraya Giant untuk membeli kelengkapan dapur sedikit... Pakaian aku telah cuci tetapi esok ada 3 lagi trip untuk dicuci.. Hari ini 3 trip aku sudah cuci dan ampaian aku tidak mencukupi untuk 6 trip pakaian...isshh..isshh... Itu belum ada anak lagi, kalau ada anak kelak, aku mungkin mencuci pakaian selang 2 hari... Laman belakang aku sudah menjadi seperti kedai bundle pakaian pula kerana banyak pakaian bergantung di sekeliling pagar rumah aku... hehehe.... Sampai sakit pinggang aku dibuatnya kerana terlalu banyak pakaian dicuci...oh ya!! Akhirnya aku dapat membeli ikan salmon kegemaran kami dan kali ini aku membeli sebanyak 8 potongan ikan salmon dan harganya pun murah... Hubby pun membeli kelengkapan dapur untuk abang ipar aku kerana abang ipar aku telah memesan supaya meminta hubby membeli kelengkapan dapur... 

read more

Diari harian

Thursday, September 01, 2011


Assalamualaikum,
Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke rumah syurga kami di Sepang... Kami bertolak dari Terengganu pada pukul 9.00 pagi setelah selesai bersarapan nasi minyak... 3 hari lepas kami makan nasi minyak juga dan semalam pun kami makan di rumah abah nasi minyak... huhuhu susah hendak jumpa nasi minyak dihidangkan pada hari raya, selalunya mereka akan menghidangkan nasi minyak ini semasa kenduri kahwin sahaja, tetapi Terengganu memang ada kelainan...Tidak payah menunggu kenduri kahwin, di mana-mana kedai pun ada dijual nasi minyak ini... Wahhh...Banyak betul pakaian yang hendak dicuci, nasib baik aku tidak bekerja pada esok hari, hanya hubby sahaja yang bekerja... hehehehe dapatlah aku relaks sedikit kerana aku memang penat hendak mencuci pakaian petang ini.... Kucing-kucing aku masih setia menunggu di rumah tetapi kasihan sungguh melihat mereka kerana mereka kelihatan begitu kurus sekali akibat kurang makan padahal minggu lepas aku meletakkan dua bekas makanan sebagai bekalan mereka... hehehe kasihan mereka.... Kami sampai di rumah pada pukul 4.30 petang setelah 7 jam berada di dalam kereta, jalanraya tidak begitu sibuk kecuali di Tol Gombak sahaja yang sibuk dengan kenderaan... Tadi aku berkemas segala pakaian untuk dicuci pada esok hari dan terasa penat mencengkam diri ini.. Oleh itu, aku ingin mengundur diri pada hari ini... Selamat malam semua !!!
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Kebakaran tanah gambut 2 hektar berjaya dipadam | Keratan akhbar Utusan Malaysia 27 Mac 2026
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2026 (25)
    • ▼  June (3)
      • Lembaran Zaman | Cerita Dari Keratan Akhbar Lama
      • EKSPLORASI DIGITAL U-PUSTAKA 2026 : I-LEARN ACE
      • Hari Pustakawan 6 Jun : Perjalanan cerita saya seb...
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist January 2026

  • KasihkuAmani
    Memburu Kopi 3in1 di Shopee Live
  • Drawing the Words
    Galaksi Euforia Cinta
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Hantar Sulaiman
  • Titian Perjalanan
    Bunga Ros Oren Diserang Ulat
  • anajingga
    Minum petang di Kueh Cafe , Seksyen 13 , Shah Alam
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Rezeki sebelum sambung belajar...alhamdulillah
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    13 Jun 2026: Menghadiri Majlis Perkahwinan Di Damai Hill Chalet, Paya Rumput Melaka
  • Aida Deq Su
    SRG vs VAMOS - Grand Final MPL Malaysia Musim 17
  • Daily Bliss Journal
    Jom ke NyoRok Kopitiam
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.