
*Sumber gambar : Ihsan daripada Cik Google..




Kuih Qasidah@Hasidah
Bahan-Bahan :
1/2kg tepung gandum disangai(digoreng tanpa minyak) dan disejukkan
400gram gula pasir
700ml santan
8 biji telur ayang dikacau hingga rata
Sehelai daun pandan
2 sudu makan minyak sapi
10 ulas bawang merah dimayang halus dan digoreng hingga kuning (Simpan minyak bekas menggoreng ini)
Cara Membuat :
Tepung dan gula digaul hingga rata. Masukkan santan. Kacau hingga sebati, pastikan tidak berketul dan bergentel. Masukkan telur yang sudah dikacau serta sehelai daun pandan. Gaul hingga sebati. Masak di atas api yang perlahan sambil sentiasa dikacau supaya tidak berkerak atau hangus. Kacau terus hingga kental. Apabila sudah kental dan tidak melekat, masukkan dua sudu makan minyak sapi dan kacau lagi hingga rata dan diangkat. Ambil adunan sejemput kecil lalu bulatkan, seterusnya dileperkan. Sepitkan tepinya dengan penyepit khas bagi membentuk bunga. Taburkan sedikit bawang goreng di atasnya dan renjiskan dengan minyak bekas menggoreng bawang tadi. Buat begini hingga selesai semuanya. SELAMAT MENCUBA !
p/s : Semasa proses membulat, meleper dan menyepit itu buatlah di atas sekeping plastik agar ia tidak melekat di tangan.


Sata Terengganu
Bahan-Bahan :
2kg ikan Tamban atau ikan Selayang ditumbuk lumat
1 biji kelapa tidak terlalu tua atau muda diambil bahagian putihnya tanpa kulit arinya
15 biji cili api (boleh dilaraskan pedasnya mengikut kegemaran masing-masing)
15 ulas bawang merah
1 keping manisan kecil (gula Melaka) dihancurkan
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Daun pisang secukupnya untuk membungkus
Besi pencucuk atau buluh
Arang dan pemanggang
Cara Membuat :
Kelapa, cili api dan bawang merah dikisar hingga lumat. Campurkan dengan isi ikan yang sudah ditumbuk sambil digaulkan rata. Masukkan manisan, garam dan serbuk perasa sambil digaulkan lagi hingga sebati. Daun pisang dibentukkan seperti kelongsong kecil. Masukkan sesudu makan bahan adunan ikan ke dalamnya. Lipatkan kelongsong ke tengah bahagian kiri dan kanan. Kemudian lipatkan bahagian atasnya ke dalam supaya bungkusan menjadi kemas. Buat satu persatu sehingga selesai. Kemudian cucukkan pada besi pemanggang atau pencucuk buluh. Buat empat bungkusan untuk sebatang pemanggang. Sapu minyak masak sebelum dipanggang supaya daun tidak hangus. Setelah itu, panggangkan di atas bara sehingga masak. Anggaran 15-20 minit lamanya. SELAMAT MENCUBA!
*Nota : Sata Terengganu sedap di makan ketika panas-panas.


Bubur Pulut Hitam
Bahan-Bahan :
500 ml santan cair
100 ml santan pekat
400 ml air
130 gm pulut hitam
150 gm gula melaka
1 helai daun pandan
Cara Membuat :
Rebus pulut hitam bersama air hingga kembang. Masukkan gula melaka, santan cair dan daun pandan ke dalam pulut hitam yang sudah agak kembang. Biarkan ia mendidih selama 5 minit dan bolehlah ia dihidangkan bersama santan pekat.


Kuih Che Mek Molek
Bahan-Bahan :
Ubi keledek
Planta
Tepung gandum
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak (untuk mengoreng)
Sedikit gula
Cara Membuat :
Ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian ditumbuk sehingga hancur. Masukkan planta,gula dan gandum sehingga menjadi doh. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.


Laksam Terengganu
Bahan-Bahan :
~Kuah~
Ikan Selayang/Sardin - 4/5 ekor
Kelapa - 1 biji
Lada hitam
Bawang merah
Garam secukup rasa
~Laksam~
Tepung beras - 1 paket
Tepung gandum- 3 atau 4 sudu besar
~Ulam~
Taugeh
Timun
Kobis
Kacang Panjang
Daun kesom
Cara Membuat :
~ Untuk Kuah ~
Rebus ikan. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam dan bawang merah. Masukkan santan & panaskan atas api. Jangan masak sampai mendidih.
~ Untuk Laksam ~
Bancuh bahan dan tuangkan di atas tudung periuk. Kukuskan dan bila agak masak, kopek tepi laksam dengan sudu dan biarkan ia bergulung. Sejukkan dalam pinggan. Bila Sejuk baru potong.
Cara hidangan:-
Masukkan laksam dalam pinggan, tabur ulam, sambal belacan dan tuang kuah. Perahkan limau nipis. Resepi asli, kuah dimasak tidak dicampur garam. Bila hendak dimakan, barulah diletakkan garam, cili boh dan belacan. Kepada yang tidak biasa, boleh juga sediakan sambal belacan.

Keropok Lekor
Bahan-bahan
1 kg ikan Parang/Kembong
500 g tepung sagu/ tepung kanji
garam secukupnya
125 ml air
sedikit ketulan air batu
Cara penyediaan :
Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis. Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah cuka kerepok (sos lada). Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali MSG boleh ditambah bagi menyedapkan lagi.

Akok Terengganu
Bahan-Bahan :
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kg gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 ½ biji kelapa
Cara Membuat :
Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.

Nasi Minyak Terengganu
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul
Bahan untuk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang
1 ulas bawang putih]
Cara Penyediaan :-
Beras dicuci kemudian ditoskan. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan. Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata. Masukkan air dan susu. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika. Kemudian gemburkan nasi guna garpu.
KUAH AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan :
1 ekor Ayam ( dipotong 8/10)
1 cawan Air Asam Jawa
2 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Sos Cili
1 ½ sudu besar Gula
Secukup rasa Garam
Secukup rasa Lada Sulah/Lada Hitam
½ bungkus/1 tin Kacang Pis
½ cawan Kismis
Bahan-bahan Kisar:
2 labu Bahan Kisar
3 ulas Bawang putih
1 ½ inci Halia
15 tangkai Cili Merah Segar
2 sudu besar Serbuk Cili
1 inci Belacan
Bahan-bahan Perapan:
1 sudu teh Serbuk Kunyit
Secukup rasa Garam
1 sudu teh Serbuk Ketumbar
Bahan-bahan Campuran Rempah:
1 sudu teh Lada Sulah/Lada Hijau
2 sudu besar Serbuk Ketumbar
2 sudu besar Serbuk Jintan Putih
Cara-cara penyediaan:
Perapkan ayam bersama ketiga-tiga bahan perapan (kunyit/garam/serbuk ketumbar). Biarkan selama 5-10 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ kadar masakan. Angkat dan asingkan. Asingkan minyak berlebihan dan tanggalkan sebanyak ¼ cawan minyak di dalam kuali untuk menumis. Apabila api panas, masukkan bahan kisar sehingga wanggi dan naik bau. Kemudian, masuk pula bahan campuran rempah hingga masak dan wangi. Masuk semula ayam yang telah digoreng bersama dengan air asam jawa. Setelah hampir masak, masukkan kacang pis, kismis dan sos cili dan sos tomato. Akhir sekali, tambahkan perisa gula, garam, lada sulah atau lada hitam mengikut citarasa.


Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan untuk Nasi:
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara :
Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap dan elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap. Kukus semula selama 20 minit lagi. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tidak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..Jangan buang air rebusan.
* Boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* Lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
Masak Santan sehingga naik minyak. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
*Nota : Rempah gulai Cap Bunga Ros nie hanya ada di pasaran negeri Terengganu saja, negeri lain tak jual rempah nie, so kiranya limited edition la...
Resepi Acar Timun:-
Timun
Lobak merah
Cili Merah dan Bawang - SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.
Cara-cara:
Gaul sebati dan dihidang.


Nekbat Terengganu
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras
12 biji telur ayam
500 gm gula
5 helai daun pandan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.
* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.


KETUPAT SOTONG
Bahan-Bahan:
1kg Sotong sederhana besar
250gram beras pulut
santan
seinci halia dipotong halus
5 ulas bawang merah dipotong halus
sesudu kecil halba
garam
lidi dipotong kecil
Cara:
Beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. Masukkan pulut dalam anggaran 3/4 penuh ke dalam sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi untuk mengemaskan hujung sotong. Santan dicampur dengan halba, halia, bawang merah & garam, masukkan sotong yang telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil untuk mengelakkan santan naik. Angkat apabila sotong telah masak.
Cadangan Hidangan:
Dimakan begitu sahaja @ bersama nasi putih
Tambahan:
* Kulit sotong yang berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang untuk mengelakkan hanyir.
* Resepi dari Terengganu ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula seperti resepi Kelantan.


ROJAK BETIK
Bahan-bahan:
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (untuk mengeraskan betik yang disagat tadi)
2 biji timun
Bahan untuk Kuah
9 ekor ikan selayang (kalau mahu kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air
Cara penyediaan
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis-nipis.
Untuk membuat kuah:
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.Cedokkan 2 atau 3 senduk kuah ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul-ketul. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ini perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Untuk menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..
* Juga enak dimakan bersama-sama dengan keropok keping..


TEPUNG KAPUR TERENGGANU
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping manisan atau 1 cawan gula melaka
Sesudu kapur makan
Garam secukup rasa
Kelapa parut
Cara-cara
Masakkan manisan/ gula melaka dengan air sampai cair. Sejukkan. Masukkan air manisan/ air gula melaka ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat.Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sikit air dan masukkan garam. Tapiskan dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Kukus dalam masa 30 - 45 minit. Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut citarasa. Gaulkan kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi dengan kelapa parut.

KUAH IKAN SINGGANG
BAHAN-BAHAN
1 Ekor ikan Aya/tongkol atau ikan Kembong
¼ inci Lengkuas
4 hiris kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 keping asam gelugor
2 biji cili hidup dipatahkan
garam secukup rasa
air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.

KUIH KAYU KERAMAT
Bahan-Bahan:
5 cawan tepung
1 sudu kecil yis
secubit soda bikarbonat
1 1/2 gelas air suam
1 gelas gula
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat
Kacau gula dalam air suam. Masukkan yis dan gaul sebati. Tambah telur dan sebatikan. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan gaul sedikit-sedikit dengan campuran tadi menggunakan senduk sehingga habis dan sebati. Biarkan sehingga adunan naik 2 kali ganda. Tarik adunan sedikit-sedikit mengikut bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan senduk dan goreng dengan api sederhana. Bila sudah kuning keemasan, angkat dan toskan.

Kuih Jala Emas Terengganu
Bahan-bahan
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air masak sebaiknya
Beberapa helai daun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara
Tapis kuning telur dan pukul sedikit. Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis air gula dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau sapu keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut. Angkat dan tos’kan. Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang lidi satay ataupun garfu. Apabila siap…boleh lah dihidangkan untuk pada tetamu..Selamat mencuba..!!


Kuih Tahi Itik Terengganu
Bahan-bahan
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan(dicarik-carik)
Cara membuat
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
Biarkan sejuk.Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.

Kuih Sekaya Terengganu
Bahan-Bahan
7 biji telur
1 keping manisan atau gula melaka
1/2 cawan gula
Sebungkus santan seringgit
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-cara
Satukan santan dengan gula dan gula melaka atau saya blend aje bagi mudah. Tuang bahan tadi ke dalam telur kacau sampai sebati campur secubit garam. Dah sebati tapis dan masukkan ke dalam loyang dan letak daun pandan yg dicarik. Kukus lebih kurang 20 - 25 minit. Dah masak bila sejuk letak dalam peti sejuk.

Bronok sagu Terengganu
Bahan-Bahannya
1/2 gelas sagu biji
3 gelas air
1 senduk besar gula
1/4 biji kelapa
sedikit garam dan pewarna merah
Cara membuatnya:
Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. Kelapa dibuang kulit dan airnya, kemudian diparut dan gaulkan dengan sedikit garam. Masakkan gula dengan air hingga hancur dan mendidih setelah itu masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang. Bila sagu kembang angkat dan sejutkan. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul garam.


Mee rebus Terengganu
Bahan-Bahan:
Mee Kuning
Bawang Putih
Sawi
Bawang Besar 1 hiris
Telur 1 biji
Sebiji Lada Besar dipotong
Ayam Dipotong Dadu
Air
Lada Hitam ditumbuk
Cara
Tumis 3 ulas bawang putih,lada hitam sehingga naik bau.Masukkan air, bawang besar,lada,sawi,ayam.Bila mendidih kecilkan api dan pecahkan telur kedalamnya.Bila sudah masak masukkan mee kuning. Makan masa panas.


Rojak Ayam Terengganu
Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]
Cara:
Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil. Semua sayuran dipotongkan kecil. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.
KUAH KACANG
Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara:
Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak. Hidangkan dengan rojak ayam.


Rojak Kateh Terengganu
Bahan-bahan
1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak sket)
1 senduk kecil lada giling
2 senduk kecil cuka makan
Segenggam asam jawa (campur air dan di ambil jusnya)
1 keping gula nisan'/gula anau/gula melaka (kalau tak der sgt guna la gula merah)
Sedikit garam & gula
Cara-cara
Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan'/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh nih ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ianya mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.
Siap! Rojak kateh nih sedap di makan begitu saja atau di cecah ngan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari, lagi perghhhh!
* Nota: Rojak kateh yang original menggunakan urat/gelatin dari kaki lembu yang telah dibakar dan kemudiannya di rebus. Dan juga adakalanya di campur dengan lidah lembu.


Roti Paung Terengganu
Bahan-Bahan
500 gram of high protein flour (tepung berprotein tinggi)
100 gram butter salter
25 gram susu tepung
50ml susu segar
200ml air suam
2 1/2 sudu kecil yeast
100 gram gula castor
Cara-cara
Masukkan tepung, susu tepung, yeast, gula ke dalam bekas. Kacau menggunakan whisk. Buatkan lubang di tengah, masukkan butter, susu segar dan air suam. Dengan menggunakan dough hook, uli sampai sebati (lebih kurang dalam 10-12 minit) sehingga dough tidak melekat pada bekas.
Biarkan dough naik sekali ganda. Panaskan oven to 180 degree celcius. Grease 2 bekas bulat berukuran 9 inci dan 8 inci dengan butter.Kemudian, tumbuk dough yang telah naik.Bahagikan dough kepada 40gram setiap satu, susun kedalam bekas bulat yang sudah di grease.Biarkan dough naik sekali ganda, kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit. Keluarkan roti yang telah masak, grease dengan butter di atas roti.


Pulut Lepa Terengganu ( Pulut Panggang)
Bahan-bahan
1. 300 gram pulut, direndam semalaman
2. 125 ml santan (dari 1 kelapa)
3. sedikit garam
4. 10-12 daun pisang (18x18 cm), dilayur
5. 20-24 batang lidi (pencucuk)
Bahan inti
1. 400 g ikan selayang/kembung, direbus, ambil isi & tumbuk
2. 4 biji bawang merah, dicincang halus
3. 1/2 biji kelapa parut
4. 200 ml santan (1/2 kelapa)
5. 1/2 kpg asam gelugur (kecil)
6. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
7. sedikit gula
8. sedikit garam
Cara penyediaan
Kukus pulut sehingga masak (30 minit). Angkat pulut dan gaulkan dengan santan yang telah dicampurkan garam dan gula. Kukus pulut tersebut selama 5 minit lagi. Angkat dan sejukkan.
Untuk inti:
Kacau semua bahan di dalam kuali hingga agak kekeringan (masih lembab sedikit). Angkat dan biar sejuk.


Tepung Pasung @ Kuih Serunai
Bahan-bahan ( 20 biji )
BAHAGIAN BAWAH
300 g gula merah
1 biji telur
200 g tepung beras
100 g tepung sagu
2 cawan santan pekat
BAHAGIAN ATAS
500 g tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya (layur dahulu)
Bilah lidi yang ditajamkan (1 inci setiap satu)
Cara-cara
1. Potong bulat 9 inci daun pisang.Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera).Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon.Sematkan dengan lidi.
2. Sementara itu sediakan kukusan.Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus.
3. Dalam mangkuk besar campurkan kesemua BAHAN BAWAH. Adun hingga sebati.
4. Dalam mangkuk besar lain adunkan BAHAGIAN ATAS hingga sebati.
5. Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang.Isi separuh kelongsong dan kukus hingga 3/4 masak.
6. Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak.Siap untuk hidangan.

Mas Sejemput
Bahan-Bahan
20 biji telur ayam - ambil kuning sahaja
1 1/2 kg gula
1 liter air
Cara penyediaan
Panaskan gula bersama air dalam periuk tembaga selama 20 minit. Kuning telur dipukul selama 5 minit. Kemudian ambil satu sudu kuning telur dan titikkan ke dalam air gula (padamkan api). Letakkan kembali periuk ke atas api selama lebih kurang 5 minit, kemudian angkat. Jemput (tekan) dengan tiga batang jari semasa masih panas supaya menjadi bentuk tiga segi.

Jeruk Mamang
Bahan-Bahan
250gm daun mamang
1 liter air
30ml cuka
Sedikit garam
sedikit nasi putih -jika suka
beberapa tangkai cili padi
Cara penyediaan
Campurkan kesemua bahan di atas dan diperap selama 2 atau 3 hari. Sedap dimakan sebagai ulam atau dicampur di dalam gulai ikan.


Tok Aji Serban Terengganu
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.
Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah
3 biji telur 1 s/t garam
Cara-cara membuat
Lapisan Bawah (pulut)
- Kukuskan pulut sehingga masak.
- Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik.
- Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.
- Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
- Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
- Kukuskan lebih kurang 30 minit.
- Setelah sejuk, boleh lah dipotong kecil.

Kuih Puteri Mandi
Bahan-bahan
1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan
Inti:
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya
Cara Membuat:
Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.


Bubur Lambuk Terengganu
Bahan-Bahan:
1 pot beras putih
3 cawan air
1 cawan santan
pucuk paku (pucuk paku paya)
sedikit daun kesum (
sedikit daun kunyit (hiris halus)
pucuk manis
2 sudu besar kerisik kelapa
garam (secukup rasa)
*pucuk paku dan pucuk manis ambil daunnya
Bahan Kisar/Tumbuk:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
lada hitam (secukup rasa)
1 inci halia
Cara penyediaan
Rebus beras sehingga menjadi bubur (pekat). Masukkan bahan kisar/tumbuk dan kerisik serta garam, sedikit gula kemudian kacau rata. Masukkan pucuk paku, daun kesum, daun kunyit dan pucuk manis. Masukkan santan dan biarkan mereneh sehingga sayur-sayuran empuk dan cukup kepekatan bubur.
Cadangan Hidangan:
hidangkan bubur lambuk semasa masih panas dan bagi yang menggemari daun bawang & bawang goreng, bolehlah ditaburkan sedikit. Lada sulah juga boleh dijadikan perisa tambahan.
Tambahan:
Bagi yang menggemari bubur ayam boleh lah memasukkan potongan kiub-kiub ayam ke dalam bubur lambuk.


Asam Gumpal Terengganu
Bahan-bahan ( 20 biji )
* ***untuk buat sagu & inti **** 200 gm sagu biji (basuh dan toskan)
* 100 gm kacang hijau
* garam, gula secukup rasa
* ***untuk buat kuah**** 2 cawan santan
* satu inci halia (dimayang halus)
* sesudu halba
* garam, gula secukup rasa
Cara-cara
IntiKacang hijau tu seeloknya rendam dulu, kemudian baru rebus sampai empuk. masukkan garam dan gula secukup rasa. kalau inti asam gupal ni manis sikit baru sedap. masak sampai kering, kemudian bulatkan kecik - kecik.
Sagu biji yang ditoskan tadi tu siramkan dengan air panas, jangan banyak sangat siramnya, nanti lembik jadi sagunya.
Gunakan plastik, ambik sagu tu, kemudian kepal- kepalkan, dah tu leperkan sikit dan isi ngan inti kacang tadi, kepalkan bulat balik. kalau tak guna plastik nanti sagu tu akan melekat kat tangan.
Susun dalam loyang dan kukus dalam masa 15 hingga 20 minit atau sehingga sagu tu masak.
untuk buat kuah---Campurkan semua bahan, kacau jangan biar santan berketul, kemudian bila dah mendidih masukkan sagu yang dah dikukus tadi. Boleh dimakan panas - panas atau sejuk.


Resipi Air Locong
Skoteng/ cendol skoteng
Sagu mata ikan
Buah kabung
Isi nangka
2 cawan santan
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Gula secukup rasa
Cara buat
1) Kuah
Masukkan santan, air, gula dan garam secukup rasa dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2)Isi
Rebuskan sagu dan skoteng. Potong isi nangka panjang-panjang.
Nota : Bila nak makan, masukkan santan, skoteng, sagu, isi nangka dan buah kabung..Untuk lagi sedap masukkan ais batu.


Kuih Ulat Bulu Terengganu
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
1/2 sudu teh pewarna ungu
Secubit garam
Air secukupnya | untuk menguli
1/2 biji kelapa parut
1 keping daun pisang | diceraikan untuk membuat acuan
BAHAN INTI:
300gm isi kacang hijau | dibuang kulit dan direndam 2 jam
Gula secukup rasa
2 sudu makan tepung gandum | untuk memekatkan
CARA MEMASAK:
Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau hingga airnya kering dan empuk. Masukkan gula dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan intinya. Biarkan hingga kering dan angkat.
Untuk dohnya, uli tepung pulut bersama sedikit air, secubit garam, pewarna ungu dan juga lemak sayuran. Gaulkan rata sehingga tidak melekat di tangan. Ambil sesudu adunan dan masukkan inti ke dalamnya. Bentukkan adunan bujur memanjang. Setelah itu, rebus dalam air yang banyak dan biarkan hingga timbul. Angkat dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula. Masukkan ke dalam kotak daun pisang dan hidangkan.


Kuih Belebab
Bahan-Bahan:
2 biji kelapa, ambil 2 cawan pati santan
2 cawan keledek, dipotong kecil dan rebus
4 cawan tepung beras
½ cawan gula
Cara:
Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan.Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak.


Kuih Lompang Terengganu
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah/ gula melaka
2 cawan air
Daun pandan
Kelapa parut putih dengan secubit garam ( kukus sebentar bersama daun pandan yang disimpul)
Cara Membuat:
Satukan gula merah/ gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil . Kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil sehingga gula larut. Sejukkan. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata dan msukkan air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kukus 10 minit atau hingga masak. Apabila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.Gaulkan dengan kelapa parut yang di kukus tadi.
Pesanan: Jika hendak perisa pandan atau warna lain, tambahkan sukatan gula untuk menggantikan gula merah.


Kuih Loklik Terengganu
Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan.Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak.

Kuih Lompang Terengganu
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah/ gula melaka
2 cawan air
Daun pandan
Kelapa parut putih dengan secubit garam ( kukus sebentar bersama daun pandan yang disimpul)
Cara Membuat:
Satukan gula merah/ gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil . Kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil sehingga gula larut. Sejukkan. Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata dan msukkan air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati. Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kukus 10 minit atau hingga masak. Apabila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.Gaulkan dengan kelapa parut yang di kukus tadi.
Pesanan: Jika hendak perisa pandan atau warna lain, tambahkan sukatan gula untuk menggantikan gula merah.


Kuih Loklik Terengganu
Bahan-bahan:
1 cawan gajus - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/2 cawan tepung beras - digoreng tanpa minyak
1 cawan gula melaka
2 cawan kelapa muda - diparut
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
Masak gula melaka bersama air sehingga agak pekat. Masukkan gajus, tepung beras, kelapa dan garam ke air gula melaka. Masak sehingga sebati dan sedia dinikmati.


Kuih Paung Goreng Terengganu
Bahan-bahan:
1 cawan gajus - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/2 cawan tepung beras - digoreng tanpa minyak
1 cawan gula melaka
2 cawan kelapa muda - diparut
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
Masak gula melaka bersama air sehingga agak pekat. Masukkan gajus, tepung beras, kelapa dan garam ke air gula melaka. Masak sehingga sebati dan sedia dinikmati.


Kuih Paung Goreng Terengganu
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam
Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam
Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara membuat:
Ikan direbuskan dan sejukkan. Ambil isi ikan dan hancurkan. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup). Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

Kuih Urat Jati
Bahan-Bahan
30 biji telur
400gm gula halus
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar tepung gandum
Cara membuat
Pukul telur seketika dan tapis untuk membuang pusat putih telur. Kemudian campurkan gula dan pukul adunan ini sehingga kembang. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam adunan dan pukul sehingga sebati dan tidak bergentl. Kemudian, masukkan minyak sapi dan gaul sehingga sebati. Panaskan kuali leper dengan sapuan sedikit minyak sapi. Tuangkan sesenduk adunan tadi dan buat seperti lempeng. Goreng adunan ini sehingga kekuningan dan kemudian angkat. Setelah itu, susunkan tiga kepingan urat jati ini dan gulungkan dengan kemas. Kemudian potong gulungan ini lebih kurang berukuran 2.5sm setiap satu. Susun dalam pinggan dan boleh dihidangkan.

Ikan direbuskan dan sejukkan. Ambil isi ikan dan hancurkan. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup). Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.


Kuih Urat Jati
Bahan-Bahan
30 biji telur
400gm gula halus
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar tepung gandum
Cara membuat
Pukul telur seketika dan tapis untuk membuang pusat putih telur. Kemudian campurkan gula dan pukul adunan ini sehingga kembang. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam adunan dan pukul sehingga sebati dan tidak bergentl. Kemudian, masukkan minyak sapi dan gaul sehingga sebati. Panaskan kuali leper dengan sapuan sedikit minyak sapi. Tuangkan sesenduk adunan tadi dan buat seperti lempeng. Goreng adunan ini sehingga kekuningan dan kemudian angkat. Setelah itu, susunkan tiga kepingan urat jati ini dan gulungkan dengan kemas. Kemudian potong gulungan ini lebih kurang berukuran 2.5sm setiap satu. Susun dalam pinggan dan boleh dihidangkan.

Sata & keropok lekor... the best ever
ReplyDeleteSaya suka sata, Kuih Cek mek Molek (Tapi dah x boleh nak makan sangat), laksam.. teringin nak makan ketupat sotong..
ReplyDeleteArgh!!!! tidak!!! semua resepi ini buat rasa nak makan....semua sedap2. Balik ganu nanti wajib nie cari semua ni...
ReplyDeleteTq for the recipe. Membantu wat sendiri utk berbuka puasa. My favourite tok aji serban
ReplyDeletetq for recipe..my fav food ni
ReplyDeletekuih cek mek molek saya suka makan ni
ReplyDeleteAda tak resepi kuih urat jati...
ReplyDeletePertama kali makan sejak umur 44 tahun.
Sedap rupanya.x jumpa2 dah jual d mana2.