Assalamualaikum wbt...
Sebelum nie kan saya ada sebut yang saya jarang update cerita dalam jurnal nie kan.. Kenapa..? Sebabnya saya siapkan satu projek inisiatif sendiri dengan persetujuan daripada ketua unit saya.
Sebenarnya dah lama saya fikir nak mudahkan urusan tempahan bilik perpustakaan untuk tujuan mesyuarat dan lain-lain perkara rasmi kat tempat kerja ni. Kadang-kadang keliru nak tahu siapa yang dah booking, atau hari apa yang mereka dah booking. Lagi satu, kita kan sekarang dalam dunia paperless. Sebelum nie, jika ada staf yang nak guna ruangan perpustakaan untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat, saya akan berikan mereka borang untuk diisi. Sesuai dengan saranan kerajaan persekutuan dalam penjimatan penggunaan kertas, jadi saya ambil inisiatif untuk bangunkan satu sistem tempahan guna Google Sites.
Mudah je, sebab semua guna tools percuma daripada Google. Saya combine Google Sites, Google Forms, Google Sheets dan dengan bantuan daripada aplikasi ChatGPT, — terus jadi satu sistem yang nampak kemas dan mudah digunakan. Tak perlu pun tahu coding! sebabnya ChatGPT yang bantu kita buatkan coding, cuma kena bagi arahan yang betul dan tepat.
Awak boleh tengok sistem tempahan nie,...
📌 Link Sistem Tempahan:
Okey, tak...? Lepas tue Insha Allah minggu depan kami akan blast kan mengenai sistem nie dalam emel jabatan, dan saya baru jea siapkan panduan untuk menggunakan sistem nie di dalam bentuk PDF.
Lepas tue, kami nak mohon untuk Cawangan Teknologi Maklumat masukkan dalam laman web rasmi jabatan, supaya senang orang nak mohon daripada situ..
Kenapa mereka buat tempahan..? Okey, dekat kompleks bomba nie memang ada banyak bilik mesyuarat di setiap wings dan setiap aras, tapi bila berlaku pelbagai mesyuarat yang dijalankan serentak, ada masanya mereka terpaksa cari bilik mesyuarat yang lain, nama pun bomba kan... hihi sentiasa sibuk, dan disebabkan itulah perpustakaan dijadikan bilik mesyuarat, tapi selalunya melibatkan mesyuarat umum saja. Bukan itu saja, ada masanya perpustakaan dijadikan bilik menunggu untuk calon-calon pegawai yang dapat panggilan temuduga kenaikan pangkat, bermula daripada pangkat pegawai bomba hinggalah penguasa bomba.
Saya reka bentuk laman nie ringkas jea, tapi cukup untuk keperluan asas macam pilih tarikh & masa, tujuan bilik digunakan, Submit borang dalam Google Form & terus rekod masuk dalam Google Sheets dan Google Calendar secara automatik. Selain tue, saya mintak bantuan ChatGPT untuk create coding untuk emel pemakluman secara automatik sebaik saja pemohon submit borang, dan satu lagi create coding supaya takde pertindihan hari booking. Maksudnya jika pemohon nak mohon untuk booking hari yang sama di booking oleh orang lain, maka sistem secara automatik akan menolak permohonan tue dan akan dimaklumkan dalam emel jugak.. Jadi dengan ini, kami staf perpustakaan sebagai Admin pun boleh semak tempahan dengan mudah melalui emel...
Bila dah ada sistem kecil ni dapatlah bantu saya untuk kelancaran urusan kerja seharian. Bila semua boleh tempah secara online, tak ada lagi masalah double booking atau lupa nak catat kat jadual.
Kalau ada yang nak cuba bangunkan sistem macam ni kat tempat masing-masing, boleh je! Tak perlukan bajet besar pun. Yang penting rajin explore Google Workspace tools dan ChatGPT.
Hihi, sapa cakap kerja perpustakaan hanya susun buku jea..? Kita pun kena kejar teknologi jugak tapi gunakanlah sebaiknya teknologi tue dan bukan sebaliknya..
Hebatnya SR... Dah mcm geng2 IT pula nie.. Terbaik lah... Memudahkan urusan semua pihak
ReplyDeleteAlhamdulillah Tahniah atas kerja keras...nampak menarik..bagus tu...
ReplyDeleteBagus juga buat sistem secara talian. Sekarang chatgpt dah boleh guna oleh orang biasa untuk buat kod untuk sistem yang dibangunkan.
ReplyDeleteinisiatif yg sangat bagus dan memudahkan pengguna :D
ReplyDeletesalam singgah n follow ya!