#PerkhidmatanMejaKeMeja #BacaBersamaBomba #IlmuUntukSemua #JabatanBombaDanPenyelamatMalaysia #MembacaMembinaMinda #PusatSumberBomba #BudayaMembaca #PerpustakaanNegaraMalaysia #KakitanganBomba #BacaUntukKecekapanecekapan #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Showing posts with label Kerja Pejabat. Show all posts
Showing posts with label Kerja Pejabat. Show all posts
Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Guna Google Sites – Projek Ringkas Tapi Power!
Sunday, July 13, 2025
Assalamualaikum wbt...
Sebelum nie kan saya ada sebut yang saya jarang update cerita dalam jurnal nie kan.. Kenapa..? Sebabnya saya siapkan satu projek inisiatif sendiri dengan persetujuan daripada ketua unit saya.
Sebenarnya dah lama saya fikir nak mudahkan urusan tempahan bilik perpustakaan untuk tujuan mesyuarat dan lain-lain perkara rasmi kat tempat kerja ni. Kadang-kadang keliru nak tahu siapa yang dah booking, atau hari apa yang mereka dah booking. Lagi satu, kita kan sekarang dalam dunia paperless. Sebelum nie, jika ada staf yang nak guna ruangan perpustakaan untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat, saya akan berikan mereka borang untuk diisi. Sesuai dengan saranan kerajaan persekutuan dalam penjimatan penggunaan kertas, jadi saya ambil inisiatif untuk bangunkan satu sistem tempahan guna Google Sites.
Mudah je, sebab semua guna tools percuma daripada Google. Saya combine Google Sites, Google Forms, Google Sheets dan dengan bantuan daripada aplikasi ChatGPT, — terus jadi satu sistem yang nampak kemas dan mudah digunakan. Tak perlu pun tahu coding! sebabnya ChatGPT yang bantu kita buatkan coding, cuma kena bagi arahan yang betul dan tepat.
Awak boleh tengok sistem tempahan nie,...
📌 Link Sistem Tempahan:
Okey, tak...? Lepas tue Insha Allah minggu depan kami akan blast kan mengenai sistem nie dalam emel jabatan, dan saya baru jea siapkan panduan untuk menggunakan sistem nie di dalam bentuk PDF.
Lepas tue, kami nak mohon untuk Cawangan Teknologi Maklumat masukkan dalam laman web rasmi jabatan, supaya senang orang nak mohon daripada situ..
Kenapa mereka buat tempahan..? Okey, dekat kompleks bomba nie memang ada banyak bilik mesyuarat di setiap wings dan setiap aras, tapi bila berlaku pelbagai mesyuarat yang dijalankan serentak, ada masanya mereka terpaksa cari bilik mesyuarat yang lain, nama pun bomba kan... hihi sentiasa sibuk, dan disebabkan itulah perpustakaan dijadikan bilik mesyuarat, tapi selalunya melibatkan mesyuarat umum saja. Bukan itu saja, ada masanya perpustakaan dijadikan bilik menunggu untuk calon-calon pegawai yang dapat panggilan temuduga kenaikan pangkat, bermula daripada pangkat pegawai bomba hinggalah penguasa bomba.
Saya reka bentuk laman nie ringkas jea, tapi cukup untuk keperluan asas macam pilih tarikh & masa, tujuan bilik digunakan, Submit borang dalam Google Form & terus rekod masuk dalam Google Sheets dan Google Calendar secara automatik. Selain tue, saya mintak bantuan ChatGPT untuk create coding untuk emel pemakluman secara automatik sebaik saja pemohon submit borang, dan satu lagi create coding supaya takde pertindihan hari booking. Maksudnya jika pemohon nak mohon untuk booking hari yang sama di booking oleh orang lain, maka sistem secara automatik akan menolak permohonan tue dan akan dimaklumkan dalam emel jugak.. Jadi dengan ini, kami staf perpustakaan sebagai Admin pun boleh semak tempahan dengan mudah melalui emel...
Bila dah ada sistem kecil ni dapatlah bantu saya untuk kelancaran urusan kerja seharian. Bila semua boleh tempah secara online, tak ada lagi masalah double booking atau lupa nak catat kat jadual.
Kalau ada yang nak cuba bangunkan sistem macam ni kat tempat masing-masing, boleh je! Tak perlukan bajet besar pun. Yang penting rajin explore Google Workspace tools dan ChatGPT.
Hihi, sapa cakap kerja perpustakaan hanya susun buku jea..? Kita pun kena kejar teknologi jugak tapi gunakanlah sebaiknya teknologi tue dan bukan sebaliknya..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, akhirnya selesai untuk program anjuran perpustakaan... Oh ya, awak masih ingat pada cerita saya yang nie..?
BACA SINI | PROGRAM PERTAMA LIBRARY UNTUK TAHUN 2025
Program ini telah dijalankan dengan begitu lancar pada 26hb sehingga 27hb Februari 2025.. Tujuan program ini adalah merupakan satu inisiatif yang menggalakkan budaya membaca di kalangan kakitangan jabatan. Melalui program ini, kakitangan diberi peluang untuk meminjam buku-buku yang dibawa oleh kami dari meja ke meja, sekali gus memberi peluang untuk berkongsi ilmu dan memperluaskan bahan bacaan di tempat kerja.
Dengan cara ini, para kakitangan bukan sahaja dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah, malah dapat merapatkan hubungan antara sesama mereka.
Program ini kami buat dekat bangunan utama Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, bermula daripada aras 6, iaitu di Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat. Kami meluangkan masa di satu-satu bahagian dalam masa 30 minit setiap sesi..
Selesai dengan sesi Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, kami telah turun ke aras 5 yang menempatkan Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Ketua Pengarah, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Selesai sesi tue, kami turun pula pada aras 4 yang menempatkan Bahagian Latihan dan Bahagian Penyiasatan Kebakaran, kemudian turun ke aras 3 yang menempatkan Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan Dan Logistik serta Cawangan Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan. Akhir sekali untuk sesi pagi, kami turun ke aras 2 yang menempatkan Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan serta Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan.
Kami teruskan program nie pada sesi petang iaitu pada jam 2.30 petang di aras 1 yang menempatkan Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Cawangan Pengurusan Kewangan, Bahagian Pengurusan.
Pada hari esoknya iaitu pada 27hb, kami membuat sesi perkhidmatan nie di lokasi Engine Bay, Balai Bomba Dan Penyelamat Presint 7, WP Putrajaya. Di bangunan itu, kami cuma membuat laungan saja di bahagian-bahagian di sana kerana dekat situ takde lif, jadi agak sukar untuk kami menolak troli buku.. Oh ya, dekat bangunan balai tue, mereka berkongsi tempat dengan Ibu Pejabat JBPM WP Putrajaya serta Bahagian Udara..
Alhamdulillah, ramai juga staf baru yang menjadi ahli serta meminjam buku yang kami bawak.. Buku-buku yang kami bawak adalah genre buku berkaitan masakan, keagamaan dan novel..
Ok kan.. Lega rasanya bila dah habis program...
Assalamualaikum wbt...
Nak tanya pada yang bekerja sektor awam, awak pernah dengar ke mengenai 'Perkhidmatan Meja Ke Meja' atau lebih dikenali 'Program Desk To Desk'? Kalau ada yang pernah dengar, oklah..
Tapi..
Pada yang belum pernah dengar, inilah ceritanya...
'Perkhidmatan Meja Ke Meja' atau 'Program Desk To Desk' nie merupakan salah satu inisiatif daripada perpustakaan khusus di jabatan kerajaan untuk menggalakkan lagi masyarakat membaca.. Konsepnya lebih kurang macam 'Perpustakaan Bergerak' yang selalu datang ke sekolah pada satu ketika dulu.. Sekarang nie saya tak pasti sama ada perkhidmatan tue masih ada lagi atau tidak, mungkin ada, mungkin takde...
Berbalik pada cerita asal, Program Desk To Desk nie adalah untuk menggalakkan lagi kakitangan jabatan untuk membaca, memandangkan mereka semua nie sibuk bekerja, jadi mereka tak mempunyai masa yang cukup untuk singgah ke library... Ada jugak yang singgah tapi selalunya pada musim exam jabatan untuk pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.. Masa tuelah library agak meriah dengan pengunjung.. Jika hari biasa, bilangan pengunjung tak semeriah dengan perpustakaan negeri.
Jadi, kami orang-orang library akan sediakan program nie dengan membawa muatan satu buah troli dengan buku-buku terpilih, antaranya genre keagamaan, genre masakan, novel dan buku kanak-kanak...
Perancangan kami akan bermula pada hari Rabu nie, tepat jam 9.30 pagi.. Kami akan meronda dalam ruangan pejabat di setiap aras, sambil melaung macam orang jual aiskrim tue.. hihihi dengan adanya bunyi loceng aiskrim.. Lepas tue kami akan duduk di satu sudut ruangan untuk memudahkan kakitangan memilih buku, lepas tue terus buat pinjaman di situ juga...
Pada hari Khamis pula, kami merancang untuk meronda di kawasan balai bomba dan penyelamat pula, nak minta abang-abang dan kakak-kakak bomba pula untuk meminjam buku...
Menarik kan.. Nanti saya akan share gambar-gambar aktiviti kami.. Sekian la celoteh saya hari nie...
Assalamualaikum wbt...
Fuhhh, terasa lega dan ringan jea bahu sekarang nie.. Alhamdulillah, segala program yang saya rancangkan pada tahun nie akhirnya terlaksana..
Tapi, natijahnya jurnal nie terabai selama sebulan... ahakkssss... Sori tau awak... Niat di hati memang nak bercerita macam-macam tapi bila sampai di rumah, badan jadi terus lembik dan memang tilam la selalu jadi mangsa...
Sebelum tue, saya nak bagitau yang semalam adalah hari ulangtahun yang ke-22 tahun saya berkhidmat di sektor awam.. Jadi ada berbaki 18 tahun lagi untuk saya tiba di pelabuhan persaraan dan sebenarnya masih banyak benda lagi yang saya perlu pelajari, seiring dengan zaman yang semakin canggih dan moden...
Okey, saya nak ajak tengok video dalam youtube channel Perpustakaan JBPM dan jika sudi, awak boleh subcribe dan like video saya nie... Tontonan video nie adalah program yang telah saya jalankan pada bulan Ogos dan bulan September yang lepas...
Masih ingat cerita nie..? KERJA YANG MELAMBAK
Jadi, kesinambungan cerita lepas, saya berjaya buat program sempena bulan kemerdekaan yang diberi nama "PROGRAM MERDEKA@BOMBA TAHUN 2024" pada 22 Ogos 2024 dan akhir sekali saya berjaya buat program cuti sekolah yang diberi nama "PROGRAM CUTI SEKOLAH TAHUN 2024 ; PROGRAM JAWI DAN LITERASI MAKLUMAT" pada 19 September 2024.
Oooo lupa nak cerita, sekarang saya telah mendapat bos yang baru bagi menggantikan arwah bos sebelum ini.. Kali nie saya mendapat bos lelaki tapi Alhamdulillah, dia merupakan bos yang baik yang bernama Encik Zulkeply dan senang bekerjasama dengan beliau.. Beliau mula bertugas di sini pada awal bulan Ogos yang lalu, jadi saya tak lagi menanggung kerja-kerja hakiki Penolong Pustakawan, dan kini saya kembali dengan tugasan hakiki saya yang asal.. Cumanya saya perlu mengejar kerja hakiki saya la sekarang bagi memenuhi kriteria SKU saya..
Okey, berbalik pada cerita program yang saya buat nie.. Untuk program kemerdekaan, saya cuma buat biasa-biasa jea tapi untuk program cuti sekolah, unit kami telah bekerjasama dengan Bahagian Gerakan Literasi Maklumat (BGLM) Perpustakaan Negara Malaysia.. Kebetulan pula, kalau awak nak tau, bulan September adalah merupakan bulan Semarak Tulisan Jawi.. Jadi bertepatan dengan program yang saya buat bulan September tue, kami dapat bekerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia..
Jom kita tengok video nie..
PROGRAM MERDEKA@BOMBA TAHUN 2024
PROGRAM CUTI SEKOLAH TAHUN 2024 ; PROGRAM JAWI DAN LITERASI MAKLUMAT
Lepas habis saja program cuti sekolah, kami sibuk untuk persiapan Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan September 2024 anjuran Bahagian Pengurusan, JBPM. Kebiasaan, bahagian-bahagian yang menganjurkan majlis perhimpunan bulanan mempunyai tema tersendiri. Jadi memandangkan Bahagian Pengurusan terdiri daripada kakitangan gunasama, kami memilih tema Malaysian Style. Bahagian nie mempunyai 4 cawangan utama dan unit kami nie terletak di bawah Cawangan Pentadbiran. Jadi tema untuk Cawangan Pentadbiran adalah Indian Style a.k.a. Bollywood Style. Masa niela kalut duk cari baju ala-ala Indian tapi versi muslimah punya.. Akhirnya inilah hasilnya... Sebenarnya unit saya nie ada mempunyai acara tersendiri untuk majlis nie. Ianya adalah acara penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan anjuran library.. Video nya masih dalam draf jadi nanti saya akan kongsikan dengan awak yea..
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BULAN SEPTEMBER 2024 ANJURAN BAHAGIAN PENGURUSAN, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Inilah cerita saya untuk hari kedua bulan Oktober.. Insha Allah, nanti saya cerita lagi yea..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak program kerja yang saya buat untuk bulan nie.. Masih ada berbaki 3 bulan lagi untuk saya siapkan program yang telah dirancang..
Program yang saya buat nie adalah Program Tambah Nilai-Kursus Decoupage Dan Soft Toys untuk semua kakitangan JBPM.. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program nie dan ditunjuk ajar oleh 2 orang kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor..
Sebenarnya 2 orang tenaga pengajar nie adalah orang yang sama mengajar kursus tahun lepas, iaitu Kursus Gubahan Bunga..
Program Tambah Nilai pada tahun nie adalah satu projek kesinambungan daripada idea arwah rakan saya yang juga merupakan pegawai saya.. Jadi saya cuma menjalankan saja kursus tersebut walaupun pada mulanya tak yakin nak buat...
Awak tau tak apa tue maksud seni decoupage? Decoupage atau dalam bahasa Perancis découper membawa maksud pemotongan yang merupakan salah satu cabang seni di mana berlakunya bahan-bahan tertentu dan ditampal pada objek dan akan dicat dengan cat untuk menghasilkan efek yang cantik. Setelah itu, proses terakhir adalah sapuan varnish pada objek agar ianya menjadi kalis air.. Antara bahan untuk membuat seni decoupage adalah beg anyaman, glue decoupage, glaze decoupage, varnish decoupage, tisu bercorak untuk decoupage, span dan berus.
Jadi pada 25hb Julai yang lepas, saya dapat mengadakan satu kursus untuk warga kakitangan.. Alhamdulillah, semuanya seronok dapat ilmu yang baru serta belajar benda yang baru.. Malah ada di antara peserta bakal berpencen dan katanya seni nie dapat menjana pendapatan takala dah duduk di rumah.. Jom kita tengok video nie..
Inilah contoh beg anyaman yang telah siap decoupage.. Saya nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang tolong siapkan untuk saya takala saya sibuk menjadi urusetia.. Kalau ikutkan, saya memang tak dapat turut serta dalam pembelajaran nie kerana bahan praktikal yang diberikan cukup-cukup untuk para peserta tapi ada yang baik hati sanggup untuk buatkan untuk saya.. hihi Alhamdulillah.. Jadi inilah salah satu hasil kerja daripada rakan saya.. Nampak kan, teknik tampalan nie tak nampak seperti tampalan daripada kertas tisu, sebaliknya ianya nampak seperti dilukis pada beg anyaman..
Okey, next task adalah Program Kemerdekaan yang akan dijalankan pada bulan Ogos dan Program Cuti Sekolah yang akan diadakan pada bulan September nanti.. Fighto..Fighto..
Assalamualaikum wbt...
Huiihh, lama betul rasanya saya tak update jurnal nie.. Kalau tak salah saya pun ada berhutang entri Top Commentator sejak bulan April kan...
Huhuhu sori tau awak.. Nanti saya akan umum nama pemenang carta bulanan Top Commentator...
Bukan saya lupa tapi kesibukan kerja ditambah dengan tugasan yang saya menanggung kerja-kerja pegawai yang dikosongkan, jadi membuatkan saya tak cukup masa untuk bercerita dengan awak...
Tapi, kita imbas sekali lalu la yea sejarah bulanan, hihihi...
BULAN APRIL
Minggu-minggu terakhir bulan Ramadan, saya perlu menghadiri mesyuarat dan kursus.. Kalau ikut pada perancangan asal, selepas hari raya, saya perlu mengendalikan program library yang diberi nama 'Program Jom Baca Selama 10 Minit'.. Tapi setelah berbincang dengan pegawai atasan, saya menangguh program nie ke bulan Mei, memandangkan bulan April adalah bulan raya... Tapi bukan bermakna saya tak buat apa-apa.. Selepas raya pun saya perlu menghadiri program anjuran PNM dan juga kursus online...
BULAN MEI
Minggu pertama bulan Mei adalah minggu yang penuh dengan panggilan mesyuarat, masa tue tetiba semuanya jadi kelam kabut sebab saya baru perasan, salah satu peraduan di dalam rangkuman Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit perlu dijalankan pada minggu pertama.. Yang jadi kelam kabutnya adalah saya terlupa tarikh bermulanya peraduan, dengan poster belum siap, dengan prop pun belum sediakan..
Rasa dah macam Speedy Gonzales rasanya buat kerja.. Alhamdulillah, akhirnya pada 13hb Mei, satu peraduan berjaya saya laksanakan iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku..
Oh, lupa nak cakap.. Tadi kan saya cerita yang bulan April lepas saya menangguhkan satu program anjuran library.. Program nie saya namakan Program Keluarga Bomba@Membaca.. Dalam program nie saya laksanakan tiga sub-program, iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku, Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit dan terakhir Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Bersama Kakitangan Dan Anak Kakitangan.
Untuk program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang saya buat pada 17hb Mei yang lepas, saya sediakan pelbagai permainan untuk para peserta antaranya Permainan Kahoot, Bingo Games dan Cabutan Bertuah..Suasana masa tue memang meriah dan santai-santai jea.. Seperti kebiasaan program, kita pasti akan memberi sedikit cenderamata kepada peserta yang datang, jadi tahun nie saya buat kelainan sikit tentang cenderamata, ianya handmade 100 peratus daripada saya dan inisiatif saya sendiri.. Selain daripada notepad, saya berikan juga mereka 1 keping magnetic bookmark dan 6 keping e-buku dalam bentuk e-kad.. Saja nak bagi peserta gembira dengan program yang saya buat tue..
Nak tengok susana program pada masa tue..? Jom tengok video nie...
Dah selesai Program Jom Baca, saya teruskan pula dengan program yang ketiga iaitu Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.. Lawatan nie saya memang buat pada setiap tahun untuk kakitangan JBPM, tujuannya adalah memberi peluang kepada kakitangan takde masa untuk pergi ke pesta buku lantaran kesibukan kerja.. Jadi dengan program yang saya buat nie, dapatlah mereka beli buku kegemaran mereka.. Secara kebetulan tarikh pesta buku tue jatuh pada minggu cuti sekolah.. Alang-alang saya buat program nie, saya offer juga pada anak-anak kakitangan... Memang nampak lah keseronokan anak-anak dapat beli buku kegemaran mereka.. Tapi kan ada satu cerita cemas yang berlaku.. Kisahnya bermula pada hari Jumaat 24hb Mei.. Pada asalnya saya memang dah tempah bas daripada JBPM WP Kuala Lumpur seminggu sebelum program.. Kemudian pada petang Jumaat tue dalam pukul 5.45 petang, tetiba saya mendapat mesej whatsapp daripada pegawai person-in-charge mengatakan bas mengalami kerosakan dan tak boleh digunakan.. Masa tue, saya dah mula gelabah sebab duk fikir di mana saya perlu mencari bas gantian.. Nasib baik pegawai berkenaan memberi cadangan untuk saya buat tempahan bas daripada JBPM Negeri Sembilan... Dalam hati tue duk berdoa, agar bas daripada Negeri Sembilan boleh digunakan.. Petang tue juga saya berjumpa dengan Pengarah Bahagian Pengurusan untuk bertanyakan kepada Pengarah Bomba Negeri Sembilan perihal bas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya mendapatkan bas berkenaan.. Masa tue hanya Allah jea tau betapa leganya hati nie... Terus lah petang tue juga saya siapkan surat permohonan penggunaan bas kepada JBPM Negeri Sembilan (cuma tukar nama, alamat dan tarikh surat).. Jadi pada 27hb Mei lepas, selesailah sub-program saya yang ketiga iaitu lawatan ke Pesta Buku..
Mula-mula saya fikir saya taknak membeli buku, cuma nak jadi urusetia program jea.. Tapi godaan diskaun kat sana terlalu kuat, hihihi.. Jadinya terbeli la juga novel, bacanya nanti bila ada masa terluang...
Nak tengok suasana program lawatan...? Jom tengok video nie...
Okey, inilah cerita kesibukan kerja saya sepanjang bulan April dan bulan Mei.. Harap-harap bulan Jun nie lebih mesra dengan saya.. hihihi
Majlis persaraan mantan Ketua Pengarah JBPM dan Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah JBPM yang baharu
Wednesday, January 17, 2024
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.. Itulah ungkapan yang sememangnya menjadi lumrah dalam kehidupan kita... Begitu juga di alam pekerjaan, pasti suatu hari nanti kita bakal bersara...
Pada 31hb Disember 2023 yang lepas, satu majlis penghargaan sempena persaraan mantan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia iaitu YAS Dato' Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin serta isteri YBhg. Datin Sri Nor Latifah binti Jaafar telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM.. YAS Dato' Sri telah menerima Hormat Panglima di perkarangan Ibu Pejabat dan beliau juga telah melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormat untuk kali terakhir.
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti.. Tapi masa nie kami semua tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang dilantik untuk menjadi Ketua Pengarah yang baharu..
Akhirnya pada 9hb Januari yang lepas, terbitlah satu nama yang tak asing lagi untuk kami semua.. Sebenarnya nama beliau memang menjadi ramalan semua staf JBPM sebagai pengganti legasi seterusnya..
Pada 10hb Januari, satu Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah JBPM yang baharu telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat JBPM.. Di awal ketibaan, YAS Dato' Ts. telah menaiki kenderaan istiadat menuju ke perkarangan Ibu Pejabat dan menerima Hormat Panglima daripada Perbarisan Kawalan Kehormatan yang dianggotai oleh 2 orang pegawai dan 99 orang anggota lain-lain pangkat dan diketuai oleh PgKB II Mohd Elyas bin Hussain sebelum melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan.
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
![]() |
*sumber gambar : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JBPM, Pengarah-pengarah Bahagian JBPM, Pengarah-pengarah JBPM Negeri serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan warga Ibu Pejabat.
Jadi, sepanjang saya berkhidmat di bawah naungan JBPM, ini adalah Ketua Pengarah yang kelima yang pernah saya bekerja.. Hihi kiranya rekod baru lah untuk diri nie..
Assalamualaikum wbt..
Setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran.. Setiap yang hidup pasti akan mati.. Begitulah kehidupan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...
Pada 14hb Februari yang lepas merupakan hari terakhir perkhidmatan seorang Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato' Sri Ts. Mohamamad Hamdan Bin Hj. Wahid. Beliau telah berbakti kepada negara selama 35 tahun dalam perkhidmatan dan kini telah sampai ke penghujung kerjaya beliau sebagai seorang anggota bomba dan sebagai seorang ketua yang amat disegani oleh semua anggota di seluruh negara.. Seorang yang senang didekati, sentiasa mengukir senyuman malah sentiasa memberi nasihat yang berguna kepada kesemua kakitangan.. YAS Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid kini telah bersara wajib bermula pada 15hb Februari 2023 dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang ke-8 telah diisi oleh YAS Dato' Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin..
Selamat bersara diucapkan kepada YAS Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid..
Pada yang sama juga, Majlis Perbarisan Perhargaan (Paluan Berundur) kepada YAS Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid telah diadakan seperti membuat imbasan biometrik sebagai simbolik kehadiran untuk kali terakhir perkhidmatan. Kemudian beliau menerima Hormat Panglima di perkarangan ibu pejabat serta melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan untuk kali terakhir. Setelah itu, satu deklamasi sajak telah diperdengarkan oleh TPgB II Thoyyibah Binti Taib.
Tahniah, syabas dan selamat bertugas kepada YAS Dato' Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin, yang mula bertugas pada 15hb Februari 2023.
Semalam juga telah diadakan majlis istiadat seperti pemakaian tanda pangkat Ketua Pengarah JBPM dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, penyerahan Surat Pelantikan, penyerahan Tongkat Kuasa, Menandatangani dan Penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat.
Alhamdulillah, kini tampuk kepimpinan jabatan memiliki wajah baru..
Tahniah, syabas dan selamat bertugas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) YAS Dato Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) YAS Dato' Ts. Nor Hisham Bin Mohamad dan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat YS Dato' Ts. Ahamd Izram Bin Osman.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons