Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

HEBAHAN PENDAFTARAN: ANAK MERDEKA MALAYSIA

Thursday, July 24, 2025


Assalamualaikum wbt...
Adakah awak atau anak-anak atau saudara mara yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September ? Jom daftarkan diri awak sekarang untuk berpeluang meraikan Anak Merdeka Malaysia bersama Arkib Negara Malaysia!

📌 Pendaftaran kini dibuka!
📍 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang lahir pada 31 Ogos dan 16 September dari semua lapisan umur! 
📋 Cara Pendaftaran:
Pendaftaran mudah di hujung jari. Hanya imbas kod QR yang tertera atau layari pautan yang disediakan.
https://forms.gle/Zd3fPnGaJwFgWeHNA


🎁 Peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik, menerima cenderahati istimewa, dan diraikan dalam acara rasmi peringkat kebangsaan!

📣 Sebarkan berita ini dan jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada legasi merdeka!

📍FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/p/1C1Fe42yAQ/?mibextid=wwXIfr

📍INSTAGRAM
https://www.instagram.com/p/DMbl7HBStMt/?igsh=amppNTRxZGkyNWtq

📍TIKTOK
https://vt.tiktok.com/ZSBoLggkn/

📍X
https://x.com/myarkibnegara/status/1947824272665374889?s=46

Jomlah join... mana tau ada rezeki awak untuk menang...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #SayaAnakMerdeka #SambutanHariKebangsaan #myarkibnegara #AAD #MalaysiaMADANI #KembaraPerpaduan #HarmoniMADANI #RancakkanMADANI 

read more

EKSPLORASI DIGITAL@U-PUSTAKA 2025: LATIHAN PANGKALAN DATA MYGURU


Assalamualaikum wbt...

Nak bantu anak belajar dengan lebih mudah dan berkesan?

Jom ulangkaji Bersama MyGuru yang kini boleh diakses secara percuma melalui portal u-Pustaka – platform pendidikan digital yang menyokong pembelajaran murid sekolah rendah dan menengah.

Belajar jadi mudah bersama MyGuru di u-Pustaka!
Nota pembelajaran
Latihan & kuiz interaktif
Video berdasarkan silibus sekolah

Daftar di www.u-pustaka.gov.my dan mula belajar hari ini. Jom sertai kami pada ; 

24 Julai 2025 (Khamis)
10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
Puan Nur Lailatul Akma Zainal Abidin
Ketua Jabatan Learning Port Sdn. Bhd.
Klik pautan Google Meet untuk penyertaan
bit.ly/EKSPLORASIDIGITALuPUSTAKA2025LATIHANPANGKALANDATAMYGURU24JULAI2025KHAMIS

Semua boleh join dan semoga program ini memberi manfaat kepada semua terutama anak-anak yang masih belajar.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Saat berita duka menyentuh jiwa

Friday, July 18, 2025


Assalamualaikum wbt...
Semalam, hati saya bagai retak apabila menerima berita sedih. Suami kepada seorang rakan sekerja telah pergi meninggalkan dunia ini akibat kemalangan di Highway MEX, Putrajaya kira-kira pada jam 6 petang semalam. Berita itu datang tanpa amaran, seperti angin yang menggoncang jiwa. Kadang-kadang, kita tidak sedar betapa rapuhnya hidup ini – hanya satu detik, segalanya boleh berubah.

Pagi tadi, post-mortem hanya dapat dijalankan sekitar jam 11.30 pagi, kerana ada hal tertentu yang tak dapat saya nak diceritakan. Apa yang terlintas di fikiran adalah, alangkah baiknya jika urusan jenazah tidak ditangguhkan terlalu lama. Setiap kali mendengar berita sebegini, hati saya sebak memikirkan betapa pentingnya kita memuliakan jenazah dengan menyegerakan urusan pengebumian.

Pagi ini, saya terdiam sejenak. Jika diikutkan hati nie, saya nak menziarahi rakan saya di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya. Tapi kaki saya terasa kaku, langkah saya terhenti. Ingatan saya melayang pada arwah bos saya yang telah pergi hampir dua tahun lalu. Ketika itu, saya tidak cukup kuat untuk menahan sebak, apatah lagi hari ini jika melihat rakan saya menangis memeluk pilu kerana kehilangan suami tercinta.

Saya tidak sanggup membayangkan wajah anak-anak perempuan yang masih kecil – kembar seiras yang baru 9 bulan melihat dunia – kini harus membesar tanpa belaian seorang ayah. Hati saya luluh memikirkannya.

Saya juga sering berpesan kepada suami dan keluarga,

“Jika satu hari nanti saya dijemput pergi, kebumikanlah saya di mana nafas terakhir saya terhenti. Jangan tangguh, jangan susahkan urusan.”

Kerana akhirnya, kita hanyalah seorang pengembara di dunia yang sementara. Jasad kita tidak meminta apa-apa selain untuk dilepaskan kembali dengan doa dan keredhaan orang yang ditinggalkan.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita lengahkan kata sayang. Terlalu rapuh untuk kita abaikan orang-orang yang kita cinta. Kita tidak pernah tahu, apakah nafas ini akan disambung untuk esok atau dihentikan dalam sekelip mata.

“Ya Allah, ampunilah segala dosanya, lapangkan kuburnya, dan kurniakan syurga-Mu yang indah untuknya. Berilah kekuatan kepada keluarganya, agar mereka mampu menerima ujian-Mu dengan tabah.”

Setiap kali mendengar berita kematian, saya selalu ingatkan dalam hati bahawa dunia ini hanyalah persinggahan. Hari ini saya menaip, esok mungkin nama saya pula disebut dalam doa orang lain. Ingatlah juga untuk lebih menghargai masa bersama keluarga. Kita tidak tahu bilakah kali terakhir kita dapat berjumpa, berbicara, atau tersenyum bersama orang yang kita sayang. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Video Menarik! Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube

Monday, July 14, 2025


Assalamualaikum wbt.
Antara 26 hingga 29 Mei 2025 yang lalu, kami di Unit Pengurusan Pusat Sumber Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjadi lebih meriah daripada hari biasa! 💥Kami telah menganjurkan satu acara program tahunan iaitu Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2025, yang penuh dengan aktiviti santai, berilmiah, dan paling penting — menyeronokkan! 😄

📍 Lokasi: Perpustakaan, Aras G, Ibu Pejabat JBPM

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program nie adalah :

📅 26 – 29 Mei 2025
📖 Teka Muka Surat Buku & Teka Berat Buku
Siapa sangka teka berat buku pun boleh jadi aktiviti yang penuh debaran! Ramai yang mencuba nasib dan yang paling hampir jawapannya akan mendapat hadiah!

📅 27 Mei 2025
💻 Kursus Pengurusan Sistem Perpustakaan (Libarika)
Sesi perkongsian ilmu untuk mantapkan cara pengurusan bahan bacaan secara digital.

📅 28 Mei 2025
📚 Jom Baca Bersama 10 Minit – satu detik untuk berhenti sejenak bagi sama-sama tenggelam dalam dunia buku.
🧠 Kuiz Atas Talian (Kahoot Games) – siapa cepat dia menang!
🎲 Permainan Bingo & 🎁 Cabutan Bertuah – hadiah-hadiah yang besar menanti yang bertuah.

📅 29 Mei 2025
📚 Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (WTCKL)
Jalan-jalan cari buku, tambah koleksi bacaan dan jumpa penulis kegemaran secara langsung!

🎥 Nak tengok sendiri kemeriahannya?
Kami ada sediakan video sorotan sepanjang program nie :
👉 Klik sini untuk tonton di YouTube


Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga semangat membaca terus membara dalam jiwa Keluarga Bomba! ❤️🔥📖 Inilah aktiviti library yang telah berlangsung pada bulan lalu. Insha Allah ada lagi program library yang akan kami jalankan kelak..  Yang penting, hadiah untuk pemenang program telah disediakan..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Guna Google Sites – Projek Ringkas Tapi Power!

Sunday, July 13, 2025


Assalamualaikum wbt...
Sebelum nie kan saya ada sebut yang saya jarang update cerita dalam jurnal nie kan.. Kenapa..? Sebabnya saya siapkan satu projek inisiatif sendiri dengan persetujuan daripada ketua unit saya.

Sebenarnya dah lama saya fikir nak mudahkan urusan tempahan bilik perpustakaan untuk tujuan mesyuarat dan lain-lain perkara rasmi kat tempat kerja ni. Kadang-kadang keliru nak tahu siapa yang dah booking, atau hari apa yang mereka dah booking. Lagi satu, kita kan sekarang dalam dunia paperless. Sebelum nie, jika ada staf yang nak guna ruangan perpustakaan untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat, saya akan berikan mereka borang untuk diisi. Sesuai dengan saranan kerajaan persekutuan dalam penjimatan penggunaan kertas, jadi saya ambil inisiatif untuk bangunkan satu sistem tempahan guna Google Sites.

Mudah je, sebab semua guna tools percuma daripada Google. Saya combine Google Sites, Google Forms, Google Sheets dan dengan bantuan daripada aplikasi ChatGPT, — terus jadi satu sistem yang nampak kemas dan mudah digunakan. Tak perlu pun tahu coding! sebabnya ChatGPT yang bantu kita buatkan coding, cuma kena bagi arahan yang betul dan tepat.

Awak boleh tengok sistem tempahan nie,...

📌 Link Sistem Tempahan:
Sistem Tempahan Perpustakaan

Okey, tak...? Lepas tue Insha Allah minggu depan kami akan blast kan mengenai sistem nie dalam emel jabatan, dan saya baru jea siapkan panduan untuk menggunakan sistem nie di dalam bentuk PDF.

Lepas tue, kami nak mohon untuk Cawangan Teknologi Maklumat masukkan dalam laman web rasmi jabatan, supaya senang orang nak mohon daripada situ..

Kenapa mereka buat tempahan..? Okey, dekat kompleks bomba nie memang ada banyak bilik mesyuarat di setiap wings dan setiap aras, tapi bila berlaku pelbagai mesyuarat yang dijalankan serentak, ada masanya mereka terpaksa cari bilik mesyuarat yang lain, nama pun bomba kan... hihi sentiasa sibuk, dan disebabkan itulah perpustakaan dijadikan bilik mesyuarat, tapi selalunya melibatkan mesyuarat umum saja. Bukan itu saja, ada masanya perpustakaan dijadikan bilik menunggu untuk calon-calon pegawai yang dapat panggilan temuduga kenaikan pangkat, bermula daripada pangkat pegawai bomba hinggalah penguasa bomba.

Saya reka bentuk laman nie ringkas jea, tapi cukup untuk keperluan asas macam pilih tarikh & masa, tujuan bilik digunakan, Submit borang dalam Google Form & terus rekod masuk dalam Google Sheets dan Google Calendar secara automatik. Selain tue, saya mintak bantuan ChatGPT untuk create coding untuk emel pemakluman secara automatik sebaik saja pemohon submit borang, dan satu lagi create coding supaya takde pertindihan hari booking. Maksudnya jika pemohon nak mohon untuk booking hari yang sama di booking oleh orang lain, maka sistem secara automatik akan menolak permohonan tue dan akan dimaklumkan dalam emel jugak.. Jadi dengan ini, kami staf perpustakaan sebagai Admin pun boleh semak tempahan dengan mudah melalui emel...

Bila dah ada sistem kecil ni dapatlah bantu saya untuk kelancaran urusan kerja seharian. Bila semua boleh tempah secara online, tak ada lagi masalah double booking atau lupa nak catat kat jadual.

Kalau ada yang nak cuba bangunkan sistem macam ni kat tempat masing-masing, boleh je! Tak perlukan bajet besar pun. Yang penting rajin explore Google Workspace tools dan ChatGPT.

Hihi, sapa cakap kerja perpustakaan hanya susun buku jea..? Kita pun kena kejar teknologi jugak tapi gunakanlah sebaiknya teknologi tue dan bukan sebaliknya..

. #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


read more

Top Commentator Bulan Jun Dan Bulan Julai 2025


Assalamualaikum wbt..
Bila buat cerita nie, baru saya perasan... Ya Allah..! Saya lupa nak annouce nama Top Commentator bulan lepas... Haihhh, camne boleh lupa nie yea..? Tentu makan semut nie... hihihi

Maafkan ambe nie yea... Oh, 'ambe' tue dalam dialek orang Ganu, bererti 'hamba'.. dah macam cerita Hang Tuah pulak... Ehhh.. Melalut pulak.. Okey, mula-mula kita tengok dulu carta bulanan bulan Jun 2025.. Siapakah yang menduduki carta pada bulan Jun..? 


Tahniah yang menduduki carta bulanan, selamat kembali dalam carta saya ucapkan pada Abah Titik Asa, Camdandusler dan Kak Amie.. Okey, jom kita tengok siapakah yang menjadi pemenang bertuah untuk menerima hadiah saguhati daripada saya..? 


Wah, bulan nie kita ada dua bunga lah yang jadi pemenang... Tahniah yea pada yang tersenarai... 

Okey, sekarang nie, kita pergi pulak ke carta bulanan Bulan Julai 2025.. Adakah ianya berubah atau awak masih duduk dalam carta tue lagi..? 


Well, selamat kembali saya ucapkan kepada Tot dan Cik Tie.. Jadi siapakah yang bertuah untuk menerima saguhati..? Jom kita tengok..


Wah, kalau bulan lepas, kedua pemenang adalah si bunga, bulan nie kedua pemenang adalah si kumbang... Awak semua nie berpakat yea untuk menang...? Hihihi takde..takde.. gurau jea... Apapun tahniah kesemua pemenang yang bertuah... Insha Allah, nanti saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com

Seperti biasa, kesemua nama yang tersenarai dalam carta bulanan termasuklah carta bulanan Bulan Jun akan dimasukkan dalam bloglist khas.. Jom kita kenal-kenal dengan blogger yang hebat-hebat nie...

ABAH TITIK ASA | AIEN RUSLI | FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | SEMBANG SORANG | ADNIL LINDA | NA | CAMDANDUSLER | AMIE | NONA SANI | AMIIZAA@MIEJA | MOHD TAUFIK | TOT | PHA IS | CIK TIE

Kepada yang terkeluar daripada carta, jangan bersedih yea... Semoga di bulan depan nama awak pulak naik ke dalam carta bulanan... Hihi camne orang nak baca jurnal kalu takde cerita baru kan... hihi, semoga saya beristikhomah untuk teruskan menaip cerita untuk tatapan awak... 

SEKALI LAGI TAHNIAH YANG BERJAYA MASUK DALAM CARTA BULANAN... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Catatan diari – Dunia yang kian tua

Tuesday, July 01, 2025


Assalamualaikum wbt...
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, saya sering termenung sendiri. Dunia terasa semakin tua. Berita-berita yang sampai ke telinga tidak lagi menggembirakan. Perang, bencana, manusia saling menyakiti, dan nilai kemanusiaan seolah-olah semakin pudar. Dalam hiruk-pikuk hidup moden ini, saya mula merindui sesuatu yang sangat dalam—ketenangan jiwa.

Malam tadi saya duduk lama selepas solat. Tidak banyak yang saya lafazkan dalam doa, tapi hati saya seperti sedang berkata-kata. Saya rasa sangat letih. Bukan letih fizikal, tapi letih dengan segala yang menyesakkan jiwa—media sosial yang bising, kehidupan yang laju, dan manusia yang semakin jauh daripada Penciptanya.

Saya terfikir... di mana saya di tengah semua ini? Ke mana arah saya sebenarnya? Usai setelah solat, saya masih berdoa, tapi kadang-kadang semuanya terasa kosong. Seperti jasad dan rutin berjalan tanpa roh.

Dan dalam kekosongan itu, hati saya terasa sangat rindu. Rindu kepada Allah. Rindu pada saat-saat dahulu ketika hati ini mudah tersentuh hanya dengan satu ayat al-Qur’an. Rindu pada air mata taubat yang pernah jatuh tanpa dipaksa. Rindu pada rasa cukup walaupun tiada apa-apa.

Saya juga rindu pada Rasulullah SAW. Di saat dunia seolah-olah hilang arah, saya bayangkan bagaimana tenangnya Baginda menghadapi manusia yang membencinya dengan sabar dan senyum. Saya bayangkan betapa Baginda menangis di malam hari, bukan kerana urusan diri, tapi kerana kita—umat yang jauh datang selepas kewafatan Baginda.

Kadang-kadang saya tertanya, andai Rasulullah melihat keadaan umat hari ini, apakah Baginda akan sedih? Atau mungkin Baginda tetap tersenyum kerana tahu, masih ada yang cuba berpegang walau hanya dengan hujung jari.

Saya ingin jadi insan itu. Walaupun lemah. Walaupun tidak sempurna. Saya ingin tetap menggenggam iman, di saat ramai melepaskan. Saya tahu dunia ini sementara, dan usia dunia juga hampir ke penghujung. Tapi selama masih diberi nyawa, saya mahu terus melangkah. Meskipun perlahan, asalkan tetap menuju Allah.

Hari ini, saya hanya bisikkan dalam hati:

“Ya Allah, jangan biarkan aku hilang arah.
Peganglah diri hamba-Mu walau aku sering terlepas.
Dan Ya Rasulullah, tunggulah aku di telaga nanti.
Aku ingin menatap wajahmu, dan berkata—
Aku pernah rindu.”


— Dunia semakin tua, tapi harapan saya masih muda.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Kunci semangat juang ; Di sebalik tubuh sasa Syazwan, ada doa dan galakan seorang wanita tabah
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2025 (47)
    • ▼  July (7)
      • HEBAHAN PENDAFTARAN: ANAK MERDEKA MALAYSIA
      • EKSPLORASI DIGITAL@U-PUSTAKA 2025: LATIHAN PANGKAL...
      • Saat berita duka menyentuh jiwa
      • Video Menarik! Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomb...
      • Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat Guna Google Sites ...
      • Top Commentator Bulan Jun Dan Bulan Julai 2025
      • Catatan diari – Dunia yang kian tua
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist June - July 2025

  • Amie's Little Kitchen
    Set Linopot Ayam & Sumandak Rice with Sambal Tuhau
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Suatu petang di kedai kopi
  • Epilog Abah
    Kam, 140825: Remaja
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: KLINIK NEUROSUGERI, HOSP SG BULOH :.
  • Camdandusler
    Always At The Top with Your Style
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Borong Kurma Madu
  • LIFE WITH LOVE
    Wordless Wednesday: Roti Krim Perisa Durian Brand Gardenia
  • Traveling – D'Cat Queen
    WISATA BENGKULU: 15 JAM YANG MEMBUAT LETIH DAN MENDADAK SAKIT
  • Di Sebalik Uniform
    Membantu Urusan Jenazah di Pagi Hari
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    Singapura @ Garden By The Bay
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • Sembang Sorang
    Siput Sedut Masak Lemak di Restoran Raso Omakden
  • Ciktie Dot Com | Menulis Untuk Berkongsi
    Selamat Tahun Baru Hijrah 1447H
  • Hikayat Budak Pening
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.