Persaraan dan pelantikan Ketua Pengarah JBPM

Thursday, February 16, 2023

Assalamualaikum wbt..
Setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran.. Setiap yang hidup pasti akan mati.. Begitulah kehidupan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...

Pada 14hb Februari yang lepas merupakan hari terakhir perkhidmatan seorang Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato' Sri Ts. Mohamamad Hamdan Bin Hj. Wahid. Beliau telah berbakti kepada negara selama 35 tahun dalam perkhidmatan dan kini telah sampai ke penghujung kerjaya beliau sebagai seorang anggota bomba dan sebagai seorang ketua yang amat disegani oleh semua anggota di seluruh negara.. Seorang yang senang didekati, sentiasa mengukir senyuman malah sentiasa memberi nasihat yang berguna kepada kesemua kakitangan.. YAS Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid kini telah bersara wajib bermula pada 15hb Februari 2023 dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang ke-8 telah diisi oleh YAS Dato' Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin..

Selamat bersara diucapkan kepada YAS Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid..


Pada yang sama juga, Majlis Perbarisan Perhargaan (Paluan Berundur) kepada YAS Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid telah diadakan seperti membuat imbasan biometrik sebagai simbolik kehadiran untuk kali terakhir  perkhidmatan. Kemudian beliau menerima Hormat Panglima di perkarangan ibu pejabat serta melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan untuk kali terakhir. Setelah itu, satu deklamasi sajak telah diperdengarkan oleh TPgB II Thoyyibah Binti Taib.










Tahniah, syabas dan selamat bertugas kepada YAS Dato' Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin, yang mula bertugas pada 15hb Februari 2023.



Semalam juga telah diadakan majlis istiadat seperti pemakaian tanda pangkat Ketua Pengarah JBPM dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, penyerahan Surat Pelantikan, penyerahan Tongkat Kuasa, Menandatangani dan Penyerahan Nota Serah dan Terima Tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat.













Alhamdulillah, kini tampuk kepimpinan jabatan memiliki wajah baru.. 




Tahniah, syabas dan selamat bertugas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) YAS Dato Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) YAS Dato' Ts. Nor Hisham Bin Mohamad dan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat YS Dato' Ts. Ahamd Izram Bin Osman. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



1 comment

  1. Best jarang² dapat tengok event macam ni..sejak kerja dekat kampung, kadang² tu tertunggu-tunggu bila dapat join lagi event seumpama camni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧